Nasi Lemak memang tak lengkap tanpa padanan sambalnya. Masak nasi lemak guna beras basmathi pun gerenti sedap gak, lembut berderai dan sedap nasinya.
Ni dia resipi perkongsian daripada Mariana Zainal, yang bestnya siap dengan sambal kerangnya sekali. Terbaiklah Mariana.
NASI LEMAK BASMATHI
.
BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmathi
1 cawan santan pekat
5 cawan air
Sebesar ibu jari halia(hiris)
1 biji bawang besar hiris
1 sudu teh lada hitam( lada hitam biji, buang angin dlm badan) – beli online DI SINI
3 biji bunga lawang(bangkit aroma) – beli online DI SINI
1 helai daun pandan(simpul)
2 sudu teh garam
CARA MEMASAK : 1. Basuh beras. Eloknya beras basmathi direndam dulu dengan air sekurangnya 30 minit), toskan. 2. Masukkan semua bahan dan beras dalam periuk nasi elektrik.. Tekan cooked.. Biarkan sehingga masak…siap. 3. Apabila butang periuk dah naik, jangan kacau nasi tu lagi, biar aje dulu, lepas 15 minit nanti baru kacau.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan bahan kisar dalam kuali masak guna api sederhana.(jangan letak minyak sbb Mariana dah kisar dengan minyak,salah satu teknik bila masak sambal tak nak merecik. 2. Bila cili dah mula masak elok..masukkan bawang hiris,gula pasir,gula merah,air asam jawa dan bahan perasa.. 3. Masak hingga pekat bila dah pekat masukkan garam..Sesuaikan rasa, buang lebihan minyak.
(kisar semua bahan ini) Hiasan 1 biji besar besar ( potong bulat)
CARA MEMASAK : 1.Masukkan bahan kisar dalam kuali. 2. Masukkan asam keping,gula,garam dan bahan perasa. 3. Tumis hingga naik minyak dan garing, api sederhana dan kacau sesekali. 4. Apabila sambal dah masak elok, masukkan kerang dan air. 5. Masukkan juga bawang besar yg di hiris bulat. 6. Sambal agak pekat tutup api, dah siap.
TIP DARI MARIANA : NAK NASI YANG LEBIH LEMBUT TAMBAH 1/2 LAGI CAWAN AIR..
:JIKA GUNA BERAS BIASA, 1 CAWAN BERAS DAN 1 1/2 CAWAN SANTAN CAIR
Andai dinikmati di restoran makanan laut, Ketam Masak Kam Heong ini memang mahal rasanya. Anda sebenarnya boleh masak sendiri di rumah menu enak ini tanpa menggunakan kos mahal. Sedap tau. Jika tiada ketam nipah, boleh sahaja guna ketam laut biasa. Pun sangat enak dan membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian Hamdan Hayati ni! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK KETAM KAM HEONG SEDAP ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ketam nipah Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Segenggam daun kari Cili kering – digunting 2 ½ sudu makan serbuk kari ikan (tambah sedikit air untuk jadikan pes) Kicap manis (ikut suka nak hitam macam mana) – beli online disini Garam & aji (optional) Sedikit air Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ketam dan potong kecil. Kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. 2. Panaskan minyak masak. Goreng ketam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
4. Bila sudah ditumis elok, masukkan daun kari, cili kering yang digunting, pes kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap, garam dan aji ikut selera masing-masing.
6. Tambah sedikit air dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga rencah bersalut rata pada ketam.
7. Rasa dan tambah perasa yang tidak cukup. Masak sampai agak pekat. 8. Ketam Masak Kam Heong sedia untuk dihidangkan.
Andai tak ada idea nak masak apa, menu Ikan Selar Masak Rendang Padang yang min kongsikan dari saudari Nor Shafinaz Radzuanni pasti boleh buka selera. Mana tidaknya, guna bahan-bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa! Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.
CARA MASAK IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit
1 keping asam gelugur @ keping
CARA MEMASAK:
1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.
2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat
3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan asam keping.
5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.
6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.
7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !
Kehabisan idea nak masak? Asyik ulang lauk sama. Ha…Ni ada tujuh menu mudah, cepat dan ringkas yang anda boleh masak. Jangan pening-pening lagi ya. Selamat mencuba!
1. SAMBAL SOTONG BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong segar ] bersihkan dan potong mengikut kegemaran saiz kegemaran anda
3 sudu makan santan pekat
6 ulas bawang merah ] tumbuk halus
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
1cm halia ] tumbuk halus
5 sudu makan cili giling
1 labu bawang besar ] dihiris
1 sudu teh pes asam jawa ] larutkan dengan 100ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
CARA MEMASAK:
Panaskan satu sudu makan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk halus dan cili giling hingga garing. Gunakan api yang sederhana. Kacau selalu sehingga pecah minyak.
Masukkan sotong yang telah dihiris dan garam. Kecilkan api dan gaul lagi. Biar sambal mereneh. Kacau dan masukkan bawang besar dan santan pekat.
Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Gaul dan reneh sehingga kuah pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Gula nipah atau gula apung lebih sedap untuk sambal ini. Sotong boleh direndam dalam air halia yang ditumbuk sebelum menumis bagi mereka yang ada alahan kepada sotong.
2. UDANG MASAK GULAI KERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm udang segar bersaiz sederhana
30gm nanas mengkal separuh masak dipotong kecil
1 biji bawang besar dihiris kasar
4 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
8 ulas cili padi | ditumbuk
2 biji cili masak | ditumbuk
2 cm halia | ditumbuk
250ml santan pekat
150ml air
1 sudu teh serbuk kunyit
50gm kerisik
Sehelai daun kunyit disiat kasar
Garam dan gula mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan yang telah ditumbuk, hirisan bawang besar, nanas, serbuk kunyit, daun kunyit, separuh daripada santan dan air di dalam periuk dan masak hingga mendidih pada api yang sederhana dan dikacau selalu.
Kemudian tuangkan baki santan dan baki air yang tinggal serta kacau lagi sehingga kuah mendidih. Pastikan santan tidak berketul.
Setelah nanas telah empuk, baru dimasukkan udang, kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar sesuai rasa. Kacau rata.
Kecilkan api dan reneh seketika gulai dan kacau selalu sehingga kuahnya pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
3. SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
2 kg Tulang lembu Gear-Box
5cm halia ] dititik
1 biji bawang besar ] dihiris
3 ulas bawang putih ]ketuk
1 bungkus sup bunjut
2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
2 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1kuntum bunga lawang
5 biji cili padi ] ketuk
Sedikit bawang goreng ] hiasan
Daun sup secukupnya ] hiasan
Air limau nipis secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan ketepikan.
Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik. Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan tulang.
Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan gula.
Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan.
Info Chef: Untuk cepat empuk tulang,rebus menggunakan periuk tekanan.
4. KERANG MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg kerang segar ] cuci hingga bersih
100gm cili giling
6 ulas bawang putih ]cincang halus
5cm halia muda ]cincang halus
50gm sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
15 biji cili padi ] dihiris
150ml kicap pekat manis
2 sudu makan tepung jagung ] larutkan dengan 80ml air
Sedikit hirisan daun bawang dan lada sulah
Garam, gula dan cuka secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis cili giling, bawang putih serta halia hingga garing.
Masukkan sos tiram, minyak bijan dan kicap pekat manis dan gaul rata. Setelah itu perasakan dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
Kemudian masukkan kerang dan gaul selama lima minit.
Curahkan bancuhan tepung dan gaul hingga kuah pekat. Masukkan hirisan cili padi dan daun bawang.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Elakkan menabur bawang goreng dan daun sup kerana masakan ini adalah ala cina dan jika mahu, lebih sesuai ditabur daun ketumbar.
5. AYAM GORENG DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
Dua keping isi ayam | dipotong saiz 4cm sebanyak 8 keping
4 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
1.25cm lengkuas | dikisar
2 batang serai dihiris | dikisar
1.25cm kunyit hidup | dikisar b
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
Daun pandan secukupnya
Lidi pencucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan kisar dengan kepingan ayam. Perasakan dengan sos ikan dan gula. Perapkan semalaman di dalam peti sejuk ( chiller ). Ketepikan.
Ambil sehelai daun pandan dan balutkan seketul ayam yang diperap dan sematkan lidi supaya daun tidak tertanggal semasa menggoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dalam masa 15 minit hingga garing.
Angkat dan tos.
Sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan daun pandan dilayurkan dahulu supaya mudah membalut ayam.
6. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |belah lapan, digaram sedikit dan digoreng
1 sudu makan serbuk ketumbar | dijadikan pes rempah
1 sudu makan serbuk jintan putih | dijadikan pes rempah
1 sudu makan serbuk jintan manis | dijadikan pes rempah
4 ulas bunga cengkih | rempah penumis
4 ulas buah pelaga | rempah penumis
1cm kulit kayu manis | rempah penumis
2 ulas bawang putih | dihiris
5 ulas bawang merah | dihiris
10 cili kering direndam | dikisar
2 biji buah keras | dikisar
2.5cm kunyit hidup | dikisar
3 batang serai dihiris | dikisar
1.25cm lengkuas dihiris | dikisar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur ayam dengan sedikit garam dan goreng garing. Ketepikan.
Ambil sedikit minyak baki menggoreng ayam dan tumislah bahan penumis, pes rempah, hirisan bawang tadi. Tumis hingga naik bau wangi.
Masukkan pula bahan kisar dan gaul rata. Goreng di atas api yang sederhana. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam dan reneh di atas api kecil sehingga kering dan garing.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: juadah ini memerlukan anda bijak dalam mengawal asam garamnya untuk mendapatkan rasa yang sesuai sekali.
7. UDANG MASAK TOMATO
BAHAN-BAHAN:
500gm udang segar|bersihkan
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
5cm halia muda | dikisar halus
3 batang serai dihiris | dikisar halus
2 sudu makan cili boh
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1cm kayu manis
50ml sos tomato
50ml sos tiram
80gm bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang yang telah dilumur sedikit garam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan kira-kira dua sudu makan minyak baki menggoreng udang tadi dan tumis buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau wangi. Masukkan pula cili boh dan gaul hingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
Masukkan sos tomato dan sos tiram , kecilkan api dan teruskan menumis. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan udang goreng bersama bawang goreng dan gaulkan sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak suka, tidak perlu masukkan bawang goreng.
8. SOTONG BAKAR SUMBAT SAMBAL
BAHAN PES SUMBAT SAMBAL:
800gm sotong
5 biji cili masak | dikisar kering
3 biji cili padi | dikisar kering
5cm lengkuas | dikisar kering
3 ulas cili padi | dikisar kering
3 batang serai dihiris | dikisar kering
8 biji bawang kecil | dikisar kering
2 biji bawang putih | dikisar kering
5cm halia | dikisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jus limau nipis
½ biji kelapa parut
1 helai daun kunyit diracik halus
Garam dan gula secukupnya
Lidi untuk menyemat sotong
Foil aluminium secukupnya untuk membungkus sotong
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan tos. Ketepikan.
Di dalam satu mangkuk, bahan yang telah dikisar kering digaulkan dengan serbuk kunyit, jus limau nipis, kelapa parut dan daun kunyit sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ini menjadi bahan inti kepada sotong tadi. Ketepikan.
Ambil sotong, sumbat bahan inti ke dalam sotong sepenuh mungkin dan sematkan lidi. Pastikan inti tidak terkeluar. Ulangi langkah hingga selesai.
Ambil selembar kertas aluminium dan letakkan sotong di tengahnya serta taburkan baki inti di atas sotong-sotong tadi. Bungkus sotong dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 25 minit atau dibakar hingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak ada ketuhar, boleh bakar menggunakan kuali pemanggang ajaib.
Nak buat roti homemade yang lembut dan gebu? Cuba resipi Wool Roll Bread ini. Mudah, sedap dan hasilnya macam roti bakeri profesional! Ikuti langkah-langkah lengkap di sini.