
Bangga! Tiada kata yang boleh diucapkan apabila melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara. Lebih membanggakan bila kemenangan itu diperolehi menerusi sajian hidangan tradisi Malaysia. Ternyata keunikan dan keenakan sajian Malaysia berada di kelas yang tersendiri dan mampu diangkat ke peringkat antarabangsa.
Memilih untuk menyajikan Nasi Lemak Bunga Telang, hidangan Chef Safura Tawil yang juga merupakan chef kepada Duta Besar Malaysia di Dubin, Ireland telah berjaya memikat juri seterusnya memenangi pingat emas dalam pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020.
Ini bukanlah kali pertama Chef Safura mengharumkan nama negara. Pada tahun 2016, beliau juga telah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan “Embassy Chef Challenge 2016” di Ottawa, Kanada menerusi hidangan Pulut Kuning.
Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Chef Safura menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong beliau.
“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga.
Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Rd Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” ujarnya.
TAHNIAH Chef Safura dari team Majalah RASA!
Kredit foto: Chef Safura Tawil & Facebook
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

Biarpun baru beroperasi, Hotel Tenera menjanjikan fasiliti yang terbaik buat tetamunya. Hotel Tenera yang diurus oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd merupakan 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.
Turut diberi pengiktirafan sebagai Best Outstanding 4-Star Hotel 2018 oleh Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA.)
Untuk tempoh kurang dari setahun beroperasi, hotel ini telah pun menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan tambahan kepada tetamu, pihak pengurusan hotel mengambil peluang kemenangan ini untuk memasarkan hotel dan meningkatkan jualan dengan lebih tinggi.
Kemudahan tambahan juga ditambah dengan variasi yang pelbagai, termasuklah 302 bilik mewah di hotel dan 200 bilik apartmen. Apartmen terbahagi kepada tiga stail yang berbeza. Terdapat juga 3 kolam renang, gimnasium, bilik permainan, bilik mesyuarat, dewan besar kapasiti 1000 orang.
Terdapat tujuh jenis restoran yang mempunyai konsep pelbagai iaitu, restoran mewah, makanan laut restoran terbuka dengan harga berbaloi iaitu Selasih Restoran, dan pelbagai lagi.Menampilkan menu yg menarik dengan harga yg mampu bilik. Hotel Tenera tampil dengan menu yang menepati citaras untuk warga muda mahupun berusia.
Untuk keselesaan tetamu, 600 unit kawasan letak kenderaan disediakan, perkhidmatan buggy, live band setiap hari kecuali Isnin dan pelbagai kemudahan mesra pelanggan yang lain.
Lagi kemudahan yang baru beroperasi ialah, Serai Pool yang menampilkan dua jenis kolam renang iaitu kolam renang terbuka dan kolam renang khas untuk wanita, hijab pool, bilik penyusuan, bilik permainan dan kafe. Serai Pool mula operasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Menampilkan hotel berteraskan muslim friendly, hotel ini mempamerkan kakitangan wanita yang berhijab selain kebersihan adalah identiti utama hotel dalam mengekalkan konsep itu, kata Encik Fadzly Hamzah, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera.
Bukan hanya bilik hotel dan apartmen mewah, hotel ini juga menjanjikan pengalaman berbeza, yang lain daripada hotel lain. Hotel ini memberikan servis mesra pelanggan dari pintu masuk hotel disambut mesra oleh bellman dan penyambut tetamu sehinggalah tetamu hotel daftar keluar dari hotel, layanan mesra dari kakitangan hotel ini merupakan salah satu faktor kemenangan mereka di HAPA.
Terletak di kawasan strategik iaitu lima minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan pilihan umum.
Covid-19: FAMA Bakal Buka Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal & Buat Jualan Secara ‘Online’

Berita baik buat seluruh rakyat! Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menubuhkan pusat jualan baharu khas bagi penjualan barang-barang basah di 77 lokasi di setiap negeri.
Ia adalah bagi mengawal kesesakan di pasar-pasar basah di waktu pagi. Oleh itu pihak kementerian bersetuju supaya FAMA mengambil peranan ini untuk mewujudkan pusat jualan baru iaitu pusat jualan barangan basah.
FAMA akan mewujudkan Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal di 97 lokasi di seluruh negara dalam waktu terdekat merangkumi 10 Pasar Tani terpilih, 33 Pasar Tani kekal, 17 Pusat Operasi FAMA, 3 MyFarm Outlet, 34 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan, dan Kompleks Jabatan dan agensi yang bersesuaian.
Hanya barang basah sahaja dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal. Lapan kategori produk dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal adalah:
- Sayur sayuran
- Buah buahan
- Ayam, Ikan dan Daging
- Barangan runcit
- Barangan Asas Tani
Waktu operasi untuk Pasar Tani Terpilih adalah pukul 8.00 pagi – 12.00 tengahari yang beroperasi 2 kali seminggu. Waktu pusat operasi Pasar Tani Kekal pula bermula pukul 8:00 pagi – 12.00 tengahari dan juga sehingga pukul 4.00 petang setiap hari .
YB Dato Seri Ismail Sabri juga berkata satu SOP yang ketat iaitu penjarakkan sosial akan ditetapkan, gerai-gerai yang berniaga akan dijarakkan supaya tidak timbul kesesakan dan sebagainya. Pintu masuk dan pintu keluar akan dikawal oleh pihak polis dan juga tentera.
Ia sangat penting walaupun kerajaan membenarkan rakyat berbelanja dengan pilihan yang lebih banyak di pasar-pasar basah termasuk pasar tani tetapi SOP yang ditentukan mestilah dipatuhi di pasar-pasar tani.
Malah demi keselesaan juga menggalakkan rakyat untuk membeli secara atas talian, FAMA akan menjual produk-produk mereka secara ‘online’.
Diharap langkah yang diambil ini akan memberi lebih kemudiahan buat rakyat berbelanja barang-barangan segar dalam keadaan lebih terkawal, pilihan yang lebih banyak dan selamat. Doakan Covid-19 di negara ini dapat dihapuskan dengan secepatnya.
Covid-19 yang melanda seluruh dunia masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan dan di negara ini, semua pihak sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung wabak ini dari terus merebak. Hasilnya, setiap hari bilangan pesakit yang sembuh semakin meningkat. Setakat hari ini (31 Mac) seramai 537 orang pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Oleh itu demi meminimumkan jangkitan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di seluruh negara. Langkah ini diambil sebagai salah satu cara untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 dari terus menjangkit individu-individu sihat yang lain.
Bahkan kerajaan juga telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Hulu Langat dan Menara City One, Kuala Lumpur dimana lokasi-lokasi telah disahkan mempunyai jumlah jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi.
PKP Tahap 1 telah dijalankan bermula 18 hingga 31 Mac, dan rakyat sesungguhnya mengharapkan ia ditamatkan secepat mungkin. Namun, sikap tidak endah sesetengah pihak yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini menyebabkan PKP Tahap 2 diteruskan bermual 1-14 April.
PKP Tahap 2 ini tentunya lebih ketat namun ianya berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat.
- Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasar Raya dan Pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
- Restoran dan Kedai Makan boleh beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam
- Operasi Stesen Minyak diterhadkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam
- Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) juga dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Waktu operasi pengangkutan awam dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan dari 5.00 petang hingga 10 malam sahaja.
- Kenderaan persendirian hanya dibenarkan antara jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan Teksi.
- Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.
- Pengangkutan komersil melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7.00 malam sehingga 7.00 pagi.
- Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian. Kelonggaran akan diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar, dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.
Diharap seluruh rakyat boleh mematuh PKPD Tahan 2 ini supaya kita dapat membantu para petugas barisan hadapan dalam menghapuskan wabak ini serta mengelakkan gelombang ketiga Covid-19 dari berlaku. Kita mampu mengatasinya jika semua rakyat memberikan kerjasam yang baik dan bersatu hati. Ayuh!
Kredit foto: Laman Sosial Rasmi FAMA & KKM
BELI BANYAK BAHAN BASAH? ANDA BOLEH CUBA TIP-TIP NI:
Bahan Masak Cepat Busuk? Ini Petua Simpan Sayur Agar Segar & Tahan Lama
Cara Mudah Potong Seekor Ayam Segar Kepada Bahagian-Bahagian Kecil
Sukar Dapat Bekalan, Peniaga Terpaksa Jual Nasi Lemak Tanpa Telur

Krisis kekurangan bekalan telur sejak akhir-akhir ini memberikan kesan kepada para peniaga terutamanya yang menjalankan perniagaan makanan.
Sudahlah sukar didapati, harganya juga tinggi. Jika ada bekalan pun, ia adalah telur dalam pek-pek kecil dan juga telur mahal seperti telur organik.
Hal ini tentunya menjejaskan peniaga dan orang awam yang bergantung kepada bahan mentah tersebut.
Merujuk kepada laporan portal Sinar Harian, ada peniaga nasi lemak yang terpaksa menjual nasi lemak tanpa telur ayam kerana sukar mendapatkan bekalan bahan mentah tersebut sejak dua minggu lalu.
Dia yang menjual hidangan tersebut sejak dua tahun lalu turut menerima rungutan daripada pelanggan-pelanggan yang ingin membeli nasi lemak bersama lauk tersebut untuk anak mereka.
“Saya berniaga nasi lemak waktu pagi dan petang, jadi kalau pagi dah habis, saya terpaksa menjual nasi lemak tanpa telur pada waktu petang, jadi pelanggan selalunya merungut kerana tiada pilihan lauk untuk mereka disebabkan ingin membeli lauk telur untuk anak mereka.
“Hairan juga ada pasar raya di Shah Alam yang mengehadkan pembelian telur kepada lima papan satu keluarga, malah harga telur gred C turut meningkat daripada sekitar RM9 sepapan kepada RM11.90.
“Rasanya macam makin susah nak dapatkan bekalan telur terutamanya menjelang Ramadan dan Syawal, jadi saya harap isu ini tidak berlarutan kerana kami turut berdepan isu bekalan minyak peket yang masih sukar didapati di pasaran.”
Jenuh juga tu. Nasi Lemak kan sinonim dengan gabungan telur rebus. Walaupun ada lauk lain, rasa tak lengkap pula bila tiada telur ni.
Anda pula macam mana? Bekalan telur di kawasan anda masih ok? Diharap masalah ini akan cepat pulih lebih-lebih lagi bila bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri makin mendekati.
Kuih muih berbuka, lauk pauk, kuih raya, manisan, kebanyakannya bergantung kepada telur.
Moga ada jalan penyelesaian yang lebih baik nanti. InsyaAllah.
Sumber asal: Sinar Harian
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Udang Berempah Sedap, Masak Sendiri Barulah Puas Makan
Resipi Pizza Homemade Lembut & Sedap. Memang Best Bila Buat Sendiri
Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Sedap, Tak Kukus & Sukat Guna Cawan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official