Terkenal dengan jolokan hero malaya suatu ketika dahulu dan juga hos Who Wants To Be A Millionaire Dato’ Jalaluddin Hassan turut mewarnai Rasa Nostalgia Ramadan bersama Datuk Chef Wan. Aura pelakon lama memang berbeza melihat gaya percakapannya juga tidak sama dengan pelakon masa kini.
Istimewa di bulan Ramadan Chef Wan memasak menu kesukaan Dato’ Jalal ketika berbuka iaitu Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering dan Cucur Udang. Menurut Chef Wan untuk mendapat rasa yang enak pada sambal tumis, sotong kering sebaiknya direndam semalaman.
Keduanya turut berkongsi nostalgia Ramadan dan mengimbau makanan yang disukai mereka. Menariknya juga di sepanjang program ini, Chef Wan tidak lokek berkongsi tip masakan yang memang dinantikan oleh semua. Rugi jika tak menonton Rasa Nostalgia Ramadan jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang ramadan di Astro Prima HD 105 & 125.
Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Masukkan halia.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan santan. Pastikan sukatan nisbah santan dan nasi adalah 1:1 cawan.
6. Tambahkan sedikit air.
7. Letakkan air di atas dapur dan biarkan ia sehingga mendidih.
Ads
SAMBAL TUMIS SOTONG KERING Bahan-bahan:
500gm sotong kering yang telah direndam
4 sudu minyak
5 sudu besar air asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Santan (optional)
Gula merah
Kacang tanah (tumbuk)
Bahan kisar:
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1⁄2 sudu makan belacan
1 biji bawang besar
Cara memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air serta belacan.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan cili kisar.
5. Seterusnya masukkan sotong yang telah direndam.
6. Masukkan gula merah.
7. Kemudian, masukkan air asam jawa.
8. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
9. Tambahkan air.
10. Masukkan garam dan gula.
Ads
CUCUR UDANG Bahan-bahan:
150gm kacang dal (rebus dan toskan)
Minyak
75gm udang kering (rendam dahulu sebelum disangai dan ditumbuk)
300gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk kunyit
200gm udang (buang kulit dan belah belakang)
1 labu bawang merah (cincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
150g taugeh
2 biji cili hijau (cincang)
Segenggam daun kucai (potong)
2 biji telur
Garam
Air
Cara memasak:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan serbuk penaik dan serbuk kunyit.
3. Masukkan garam.
4. Masukkan udang kering yang telah direndam dan disangai serta ditumbuk.
5. Kemudian masukkan kacang dal yang telah direbus dan ditoskan airnya.
6. Masukkan cili hijau dan bawang merah yang telah dicincang.
7. Masukkan segenggam daun kucai yang telah dipotong dan sebiji tomato yang telah
dipotong dadu.
8. Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul.
9. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan dibelah belakang.
10. Masukkan air dan taugeh.
11. Gaul kesemua bahan yang telah dicampur ke dalam mangkuk tersebut.
12. Panaskan minyak.
13. Masukkan adunan yang telah dicampur ke dalam minyak yang panas.
14. Goreng cucur udang sehingga menjadi kuning keemasan.
15. Angkat cucur udang tersebut dan sedia untuk dihidang.
Bagi penggemar Kuih Talam Pandan, resipi dari saudari Zura Zulini anda patut cuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya sangat enak. Jika anda merasakan kuih ini susah disediakan, anda patut ubah tanggapan. Dengan resipi ini, pandangan anda pasti berubah. Mudah sangat! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
1. Untuk lapisan bawah, kisar daun pandan dengan air kemudian tapis. 2.Tuang air kisaran daun pandan tadi ke dalam bekas berisi semua tepung, santan dan juga garam. 3. Kacau rata semuanya hingga sebati. Kemudian tapis ke dalam bekas lain. 4. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak. 5. Tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu sukatan metrik) adunan pandan ke dalam acuan lompang saiz besar dan kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana. 6. Sediakan bahan untuk lapisan keatas. Satukan semua bahan, kacau sebati kemudian tapis. 7. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, tuang 1 sudu besar atau lebih sedikit adunan lapisan atas ke dalam acuan tadi. 8. Kukus kembali selama 15 – 20 minit.
9. Kuih Talam Pandan siap disediakan dan tunggu kuih sejuk terlebih dahulu baru dikeluarkan dari acuan.
NOTA: Untuk kuih ini, ikut suka nak tuang sama ada yang putih atau yang hijau terlebih dahulu.
Jika nak kukus dalam loyang yang bersaiz 10×10, alas loyang dengan plastik. Kukus lapisan pertama selama 20 minit. Bila sudah masak, tuang lapisan kedua dan kukus lagi selama 20 minit.
Pernah dengar nama tepung Hun Kwe, fungsinya hampir sama dengan tepung jagung, namun fungsinya untuk memberikan tekstur kenyal menjadikan talam atau kuih muih yang korang kukus menjadi lebih cantik dan kemas bila dipotong atau dikeluarkan dari acuannya. Selain memberikan tekstur yang lembut kenyal, campuran tepung Hun Kwe juga menjadikan kuih lebih sedap dan mudah disediakan. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan dua resipi yang menggunakan tepung Hun Kwe.
.
KUIH HUN KWE NANGKA BAHAN-BAHAN:
60gm tepung Han Kwe
600ml santan | serdahana cair
120gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
10 biji nangka | potong dadu-dadu kecil
BAHAN LAPISAN HIJAU:
30gm tepung Hun Kwe
300ml air
60gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
3 titik pes pandan
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan putih, bancuh tepung Hun Kwe dengan bahan lain kecuali nangka.
Masak atas api kecil sambil terus kacau hingga mendidih dan meletop-letop.
Masukkan nangka, kacau lagi.
Tutup api, tuangkan ke dalam acuan yang sudah dicuci dengan air supaya ia tak melekat.Tuangkan hingga 3/4 acuan.
Seterusnya sediakan lapisan hijau, bancuh tepung Hun Kwe dengan baha lain.
Renehkan atas pi kecil sambil dikacau hingga meletup-letup kecil.
Tuangkan dalam acuan yang sudah beriei adunan putih tadi.
Biarkan sejuk, lebih sedap jika disimpan dalam peti sejuk.
Kelaurkan dari acuan bila sedia dihidangkan.
by @fridajoincoffee
.
HUN KWE PANDAN PISANG BAHAN-BAHAN:
Pisang Abu secukupnya, | kukus dan potong.
ADUNAN HUN KWE:
45gm tepung Hun Kwe
1/2 sudu teh agar-agar serbuk tanpa warna
.350ml santan
100gm gula pasir
Secubit garam
1/2 sudu teh esen vanilla
ADUNAN HUN KWE PANDAN:
45gm tepung Hun Kwe
½ sudu teh agar-agar serbuk
150ml santan yang dikisar dengan daun pandan.
100gm gula pasir
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Letakkan hirisan pisang di dalam acuan, letakkan ke tepi. 2. Kemudian sediakan adunan Hun Kwe putih dengan cara campurkan semua bahan, kacau rata. 3. Renehkan atas dapur dengan api kecil. 4. Sentiasa kacau hingga aduanan mendidih dan meletup-letup kecil. Tutup api. 5. Seterusnya buat adunan Hun Kwe pandan, cara penyediaan sama dengan adunan putih tadi. 6. Setelah masak tutup api. 7. Tuangkan aduan putih dan pandan ikut kreativiti ke dalam acuan. 8. Sejukkan, kemudian keluarkan dari acuan bila sedia dihidangkan.
. By : @birgittawang_ .
Soscili adalah salah satu penyedap masakan dan juga bahan wajib ada di rumah kita. Segala makanan bergoreng memang sedap kalau dicicah dengan sos ni. Sebotol kecil, harganya dalam RM2-Rm3 ringgit lebih bergantung pada jenama. Kalau sekali guna pun dah 1/2 botol. Sekejap je habis kan. Khas untuk puan-puan yang nak jimat, resipi Sos Cili Thai homemade ni anda boleh cuba.
Hanya dengan bermodalkan RM5, puan-puan dapat menghasilkan tiga botol Sos Cili Thai ni secara homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat jimat! Bagi yang nak cuba, berikut adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Haslindawati Omar.
RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air
3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
Sedikit cuka makan
½ cawan gula – ikut tahap kemanisan yang anda suka.
Secubit garam
BAHAN KISAR (JANGAN TERLALU HANCUR. AGAK-AGKA SAHAJA):
5 biji cili merah besar – buang biji
4 biji cili padi merah – tidak perlu buang biji
5 ulas bawang putih
1/3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan 2 cawan air.
2. Masak bahan kisar tadi hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sebati sampai gula larut.
4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Teruskan masak sampai mendidih dan sos berkilat.
6. Siap dan sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih. Simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!