
Isi Kandungan
ToggleEsok macam teringin sesuatu yang berat, boleh masak terus untuk menu ini sampai tengah hari. Jimat dan mengenyangkan. Nasi lemak dan sambal sotong kombinasi yang padu dan pasti disukai seisi keluarga . Mudah kerja kan.
Nasi lemak
Bahan-bahan:
- 1 cawan beras
- 3 ulas bawang merah (dihiris halus)
- 1 inci halia (dihiris halus)
- 1 sudu teh halba
- 3 sudu makan santan pekat
- Sedikit garam
- Sehelai daun pandan
Cara memasak:
1.Basuh beras dan sukatan macam masak nasi biasa.
2.Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.Tunggu hingga nasi masak
Sambal sotong
Bahan-bahan:
- 6 ekor sotong- dipotong sederhana
- 15 tangkai cili kering-BELI ONLINE DI SINI
- 2 labu bawang besar
(Blend bahan ni) - Air asam jawa-BELI ONLINE DI SINI
- Garam dan gula secukup rasa
TONTON GERENTI JADI: RESIPI TELUR HANCUR KACANG KUDA
Cara memasak:
1.Tumis bahan yang dikisar sehingga masak.
2.Masukkan air asam, garam dan gula sehingga mendidih dan agak pekat
3.Kemudian masukkan sotong ( jangan terlalu lama)
4.Bila sambal menggelegak tutup api dan boleh dihidangkan
Kredit resipi & foto: Cbah Ahmad
INGIN BELI OVEN , BOLEH KLIK DI SINI.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Bubur Ayam Sedap Yang Mudah & Paling Jimat.

Sesekali makan Bubur Ayam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah mana malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Salah satu resipi Bubur Ayam yang paling mudah adalah yang dikongsi oleh saudari Ana Mariana Ismail ni. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
- 1 batang lobak merah – potong dadu
- 2 keping dada ayam – rebus dan carik
- Kiub pati ayam
- Bawang putih – cincang halus
- Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa
- 1 inci halia – ketuk
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
2. Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.
3. Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nk guna lada hitam tumbuk pun blh) dan garam secukup rasa.
4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
5. Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
6. Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawanag, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Ana Mariana Ismail
Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Anda juga boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Nasi Ayam ‘Roasted’ Paling Padu & Sedap Giler

Sedapnya Nasi Ayam ‘Roasted’ ni. Pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ada rahsia tau nak masak Nasi Ayam Roasted sedap ni. Rasanya? Kalah Nasi Ayam dari restoran. Cubalah. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM ROASTED SEDAP
(Untuk hidangan 5-6 orang makan)
1.SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 liter air
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada sulah – beli online disini
Garam secukup rasa
1 hiris halia
Bebola ikan secukupnya – jika suka
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk tinggi. Masukkan kiub pati ayam.
2. Perasakan juga dengan sekali renjis serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan sekeping halia.
3. Selepas sup mendidih, masukkan seekor ayam ke dalamnya.
4. Angkat ayam selepas ia separa masak kira-kira 10-15 minit. Toskan dalam bekas.
5. Sambung reneh sup guna api perlahan. Masukkan bebola ikan untuk tambahan jika suka.
6. Sewaktu dihidangkan, barulah taburkan daun bawang dan bawang goreng. Sup yang sangat ringkas. Tapi ada rasa yang sangat istimewa.
2. NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
3 cawang beras – dibersihkan
1 senduk marjerin pelangi – beli online disini
2 hiris halia
2 helai daun pandan
1 batang serai saiz kecil
1 sudu gula
Secubit dua serbuk kunyit – beli online disini
Sup ayam secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Dalam kuali panaskan marjerin dan masukkan halia, daun pandan yang disimpul, serai dan gula. Jika ada lemak ayam, boleh dicairkan sekali.
2. Masukkan beras yang sudah dibersihkan. Goreng seketika kemudian masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi.
3. Tambahkan air sup secukupnya dan serbuk kunyit secubit dua untuk menghasilkan warna kuning.
4. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasa nasi yang sedikit berlemak dan wangi.
3. AYAM ROASTED
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam yang telah direbus tadi
2 sudu besar kicap pekat – beli online disini
1 sudu besar kicap cair – beli online disini
2 sudu besar sos blackpepper – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
1 sudu besar minyak bijan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Lumurkan ayam dengan semua bahan-bahan yang lain hingga rata.
2. Sangkut ayam pada tempat yang sesuai dan jemur di bawah cahaya matahari selama 30 minit (ini adalah tip untuk dapatkan kulit ayam yang garing dan cantik)
3. Kemudian masukkan ke dalam AF. Pilih menu ‘Roast’. Bakar ayam sehingga masak. Boleh juga panggang guna ketuhar.
4. Bila sudah masak, boleh potong ayam kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan.
4. SAMBAL CILI ‘KICK’
BAHAN-BAHAN:
5 batang cili merah
2 biji cili padi merah
1 hiris halia
1 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkai)
2 senduk air jeruk bawang putih
2 sudu makan Sos Cili Thai by Maepranom – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan cili merah, cili padi, halia, bawang putih jeruk dan air jeruk. Kisar hingga sedikit halus.
2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk kecil. Masukkan sos cili thai. Masak seketika. Sos ini tidak perlu tambah gula dan garam kerana rasanya sudah lengkap.
5. SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 senduk kicap cair
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap biasa
1/2 sudu kecil sos tiram
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Panaskan seketika.
2. Tambahkan dengan sedikit sup tadi. Kacau kesemuanya dan sedia dihidangkan bersama nasi, ayam, sambal cili dan lain-lain.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sos Steamboat Homemade Ala Johnny’s. Sedap, Pekat, Memang Puas Hati
Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah & Sedap Untuk BBQ Dengan Keluarga
Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Nasi Dagang Lembut Gebu Bersama Gulai Ikan Tongkol Sedap

Nasi Dagang berlaukkan Gulai Ikan Tongkol memang enak. Juadah terkenal dari negeri Pantai Timur ini sentiasa menjadi buruan ramai. Namun jika tinggal di negeri-negeri luar dari Kelantan, Terengganu dan Pahang, agak sukar nak jumpa bahan-bahan untuk memasak juadah ini. Melainkan anda tempah menerusi kedai atas talian (online). Saudari Hajar Mohd ada berkongsi resipi memasak Nasi Dagang sedap menggunakan campuran beras Jati dan juga beras pulut. Ia sebagai pilihan buat anda yng sukar mendapatkan beras nasi dagang atau beras wangi. Nah…bolehlah cuba nanti ya.
CARA MASAK NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL SEDAP
BAHAN NASI DAGANG:
4 cawan beras jati (kalau ada, boleh guna beras wangi @ beras nasi dagang) – beli online disini
1 cawan beras pulut (kalau pakai beras wangi @ beras nasi dagang, tak payah tambah beras pulut ya) – beli online disini
3 cawan santan cair yang telah dicampur sedikit gula dan garam
2 ulas bawang merah – hiris
½ inci halia – hiris
1 sudu makan halba – beli online disini
1 @ 1 1/2 cawan santan pekat yang dicampur sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan beras dan beras pulut. Bersihkan.
2. Rendam selamat 8 jam atau 4 jam atau 2 jam. Kemudian basuh, toskan dan kukus selama 20 minit.
3. Cukup kukus 20 minit pertama tadi, angkat dan alih beras ke besen.
4. Gaul dengan santan cair yang telah dicampur sedikit gula dan garam. Bagi meresap elok. Biarkan sekejap.
5. Kemudian Letakkan hirisan bawang merah, halia dan juga halba.
6. Kukus kali kedua selama 20 minit.
7. Cukup kukus 20 minit kali kedua, angkat dan alih ke dalam besen. Aron (kacau) dengan santan pekat yang dicampur sedikit garam. Siap.
BAHAN GULAI IKAN TONGKOL:
1 kg ikan tongkol
Garam
Asam keping – beli online disini
Sedikit gula melaka @ gula nisan – beli online disini
250ml santan
1.5 liter air
1 senduk cili kering kisar – beli online disini
1 paket rempah nasi dagang (kalau tiada guna saja rempah cap ros @ rempah kari biasa) – beli online disini
Sedikit cili api hijau & merah
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
1/2 inci halia – beli online disini
1/2 inci lengkuas
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan tongkol, potong dan rebus bersama garam dan asam keping untuk hilangkan hanyir. Boleh tambah sedikit gula melaka @ gula nisan. Rebus sampai ikan masak dan pejal.
2. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Hidupkan api dapur.
3. Terus masukkan gulai nasi dagang. Jika tiada rempah ni, boleh guna rempah cap ros atau rempah kari biasa. Kacau sekejap sahaja.
4. Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi.
5. Ikan ni sudah cukup masam jadi tak perlu tambah asam dalam kuah lagi. Masak sampai mendidih tapi jaga-jaga jangan sampai santan pecah minyak.
6. Panaskan kuali lain, tumis cili kisar bersama minyak. Masak sampai naik warna lawa.
7. Masuk gula nisan.
8. Bila warna cili sudah cantik, masukkan ke dalam kuah gulai. Api dapur tutup ya.
9. Gulai Ikan Tongkol @ gulai nasi dagang siap disediakan.
BAHAN ACAR:
2 ulas bawang merah – beli online disini
Sedikit halia (optional)
Lobak merah – hiris
Timun – hiris
Cili besar merah – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Cuka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan-bahan yang perlu dihiris dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
2. Tumbuk bawang merah dan halia. Masukkan ke dalam bekas tadi.
3. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Masukkan juga cuka. Gaul rata.
5. Hidangkan bersama Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol.
Kredit resipi & foto: Hajar Mohd
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur Dadar Garing Ala Kedai Thai. Bancuh Telur Guna 3 Bahan Je
Asam Pedas Ikan Kerisi. Resipi Orang Pantai Timur Yang Sangat Sedap
Makan Satu Dah Kenyang. Resipi Mi Gulung Sedap Untuk Makan Malam
Mudah Nak Masak, Resipi Bihun Sup PAMA Ni Memang Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official