Esok macam teringin sesuatu yang berat, boleh masak terus untuk menu ini sampai tengah hari. Jimat dan mengenyangkan. Nasi lemak dan sambal sotong kombinasi yang padu dan pasti disukai seisi keluarga . Mudah kerja kan.

Nasi lemak 

Bahan-bahan:
1 cawan beras
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu teh halba
3 sudu makan santan pekat
Sedikit garam
Sehelai daun pandan

Cara memasak:

1.Basuh beras dan sukatan macam masak nasi biasa.

2.Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.Tunggu hingga nasi masak

Sambal sotong

IKLAN

Bahan-bahan:
6 ekor sotong- dipotong sederhana
15 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
(Blend  bahan ni)
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1.Tumis bahan yang dikisar sehingga masak.

2.Masukkan air asam, garam dan gula sehingga mendidih dan agak pekat

IKLAN

3.Kemudian masukkan sotong ( jangan terlalu lama)

4.Bila sambal menggelegak tutup api dan boleh dihidangkan

Kredit resipi & foto: Cbah Ahmad

IKLAN

INGIN BELI OVEN , BOLEH KLIK  DI SINI.

Sambal Goreng Jawa, Hidangan Tradisi Disukai Ramai

Kek Gebu Pumpkin Ogura , Enak Rasa Labunya. Boleh Cuba Cuti Kemerdekaan Ni.

Whipping Cream Homemade Segar, Guna Empat Bahan & Ais Aje.