Nasi Minyak Terengganu Lauk Meriah Gerenti Berselera

Share

Memang renyah sikit nak masak nasi minyak Terengganu ni tapi bila dah siap memang puas hati perut pun kenyang! Mana taknya, meriah betul resipi lauk nasi minyak Terengganu yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook ni. Kalau ada majlis kecil-kecilan bersama keluarga masak resipi ni gerenti tetamu berselera. Saya kongsikan di bawah bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap resipi ini.

NASI MINYAK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

1. Beras Basmathi Jasmin Parboil 1.8 kg. Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.

2. Untuk tumisan:

– Rempah 4 sekawan

– bawang besar 1biji dimayang

– bawang putih 2 biji dimayang

– daun pandan 2 helai disimpul

-minyak masak

– minyak sapi

3. Kismis

4. Susu cair 1/2 tin

5. Sos tomato 5 sudu besar

6. Garam

7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh

8. Halia 2 inci (diketuk)

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan periuk elektrik

masuk minyak masak dan minyak sapi

tumis sampai naik baunya

masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras…

bila air dah mendidih…masukkan beras yang ditoskan..gaul rata…masukkan air…kalau beras jasmin parboil ni..yang telah direndam..sukatan air dengan beras ..air paras2 beras sahaja (ukuran air dengan beras dalam periuk)..

masuk halia..masukkan susu cair..sos tomato..garam dan pewarna kacau rata..bila dah masak nasi tu..masukkan biji kismis..bila nasi dah masuk…kacau nasi tadi perlahan lahan…

biarkan lagi 20 minit untuk nasi masak dan kering sepenuhnya..siap

Gulai Daging/ Khemok Daging

1- Daging 1 kg

– Daging tulang 1.5 kg

2. Bahan perapan daging

– bawang besar 4 biji

– bawang merah 8 biji

– halia 2 inci

– lengkuas 2 inci

– bawang goreng 4 cawan

Bahan di atas dikisar halus

– rempah gulai cap bunga ros 2 pek kecil

– rempah masak cap bunga ros 2 sudu besar

– sos tomato 5 sudu besar

– susu cair 1/2 tin

– biji badam 6 biji disangai dan ditumbuk halus..masuk dalam perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah kita..

* semua bahan di atas disatukan dan diperap dengan daging dalam 30 minit.

3. Susu cair 1/2 tin

4. Gula melaka

5. Garam secukup rasa

6. Bahan tumisan

– bawang besar 1 biji dimayang

– daun pandan 2 helai disimpul

– rempah 4 sekawan

– cili boh 4 sudu besar

– serai 2 batang diketuk( optional..tak suka tak payah letak)

– minyak masak

7.kentang 4 biji (dipotong)

CARA PENYEDIAAN:

Tumiskan bahan tumisan hingga wangi…dan sampai pecah minyak..

masukkan daging yg diperap tadi..tutup periuk..biar keluar semua air daging dan rempah sebati…

masukkan 3 cawan air…renihkan daging dgn api sederhana..masukkan gula melaka ..garam ..secukup rasa..masak sampai daging empuk..

jika daging blum empuk tambah air dan susu cair..masak smpai kuahnya jadi pekat( boleh tmbah air jika terlalu pekat)..

siap untuk dihidangkan…

Ayam Masak Merah

1. Ayam 1 ekor ( dibersihkan dilumur kunyit dan garam dan digoreng hingga separuh msk atau masak)

2. Bahan tumis

– rempah 4 sekawan

– cili kering dikisar 6 sudu besar

– serai 2 batang diketuk

– daun kari 1 pelepah

– bawang besar 1 biji dimayang

– bawang putih 2 biji dimayang

3. Bahan kisar

– bawang merah 8 biji

– halia 1 inci

– bawang putih 4 biji

4. Lada merah dan hijau 2 biji untuk hiasan

5. Sedikit daun bawang untuk hiasan

6. Tomato puri 1 tin kecil

7. Sos tomato 4 sudu besar

8. Sos cili 5 sudu besar

9. Sos tiram 1 sudu besar

10. Kicap manis 2 sudu besar

11. Garam

12. Gula melaka

13. Perasa

14. Tomato 2 biji

15. Bawang holland 1 biji dipotong bulat untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan minyak..masukkan bahan tumis..tumis hingga naik bau..

masukkan cili kisar..tumis hingga pecah minyak…masukkan bahan kisar kacau sebati tumis hingga pecah minyak lagi..

masukkan tomato puri…masukkan segala jenis sos dan kicap..masukkan ayam yang sudah digoreng…cili merah dan hijau..

masak hingga kuah pekat..masukkan garam dan gula melaka..perasa..dan akhir sekali masukkan bawang holland dan daun bawang untuak hiasan.

Acar nenas:

Bahan-bahan

1. Nenas 1 biji dikupas kulitnya dan dipotong nipis

2. Gula melaka 1/2 keping

3. Cuka makan 4 sudu besar

4. Air 1 cawan

5. Cili boh 3 sudu besar

6. Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan…

masukkan air smpai mendidih masukkan gula melaka..

bila pekat sikit masukkan cuka…garam..tutup api.

Bila dah sejuk masukkan nenas..siap

Sambal belacan

1. Cili besar merah 4 biji

2. Cili padi 20 biji

3. Belacan sebesar ibu jari(dibakar biar wangi)

4. Limau kasturi 1 biji dibuang biji

5. Garam

6.Gula

7. Pes Asam jawa 1/2 sudu

8. Limau nipis 1 biji

CARA PENYEDIAAN:

Bahan 1 hingga 7 dikisar..

air sedang2..jangan terlalu sedikit atau banyak..

kisar jangan terlalu halus..keluarkan… perah limau nipis…rasa secukup rasa..

siap

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nadzirah Rashid