Puasa pun dah tak lama lagi.Bolehlah buat menu istimewa iaitu Nasi Qidra Palestin. Berasal dari negara Palestin.Dimasak menggunakan beras Arab yang istimewa. Biasanya nasi ini dijamu pada saudara mara di musim perayaan. Menu ini disajikan dengan sos pedas dan salad bersama sos delima.

Nasi Qidra Palestine
Langkah Persediaan: Mulakan dengan rendam Beras Arab dalam air bersama 1/2 sudu kecil garam sekurang-kurangnya 2 jam.

Bahan rebusan sup Qidra:
1-2kg daging kambing/lembu bercampur tulang atau 1 ekor ayam (belah 4)
1/4 cawan minyak zaitun
1 biji bawang besar (hiris)
3 labu bawang putih (biar bersama kulitnya)
1 set bahan rebusan sup arab
1 bungkus rempah qidra Palestine
2 biji buah tomato saiz besar (cincang)
2 batang lobak merah saiz besar (potong kasar)
4 biji kentang saiz sederhana ( belah 2)
Garam secukupnya

Cara membuat sup:

1. Panaskan minyak zaitun ke dalam periuk. Tumiskan hirisan bawang besar, bahan rebusan sup Arab bersama 3 labu bawang putih.
2. Kemudian masukkan rempah Qidra dan tomato. Kacau seketika dan masukkan ayam.

Ads

Nasi Qidra Palestine Wangi  Aroma Rempah Ratus

3. Masukkan 2 liter air dan garam ke dalamnya. Masak dengan api yang sederhana selama 1 jam 30 minit atau sehingga empuk.
4. Kemudian 5-10 minit terakhir, masukkan kentang dan lobak merah. Tambah air jika perlu atau daging masih belum empuk.
5. Apabila kentang, lobak dan daging sudah empuk, keluarkan ketiga-tiga bahan ini dari rebusan sup. Masukkan ke dalam bekas lain dan tutup dengan aluminium foil.

Nasi Qidra Palestine Wangi  Aroma Rempah Ratus
Bahan nasi:

Beras Arab
500 ml air rebusan sup + 500ml air panas
3 biji lada hijau
1/4 cawan kacang badam

Cara memasak:

1.Sukat 500ml rebusan sup dan 500ml air panas dan masukkan ke dalam periuk.
2.Masak di atas api kuat sehingga air menggelegak. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk. Masak sehingga air nasi mengering.
3.Kacau nasi sekali lalu dengan senduk kayu. Tutup periuk nasi dan kecilkan api. Biarkan 10-15 minit atau ehingga wap keluar.
4.Kemudian cucukkan lada hijau ke dalam nasi. Padamkan api, biarkan nasi kering selama 10-15 minit lagi.

Nasi Qidra Palestine Wangi  Aroma Rempah Ratus
Sos Pedas ( Shattah)

5 biji tomato masak ranum
2 ulas bawang putih
3 biji lada hijau
2 biji cili padi
1/2 genggam daun ketumbar
Jus lemon
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
1. Campurkan ke semuanya kecuali jus lemon. Kisar hingga halus.
2. Tuang dalam mangkuk dan masukkan jus limau nipis.
3. Masukkan garam dan gula.

Ads

Kredit resipi & foto: Norlida Mahmud

Ada yang nak shopping barangan rumah secara online, boleh layari https://invol.co/cloqny

Masak Daging Malbari Untuk Satu Kilo

Ads

Koleksi Menu Sahur Terbaik Untuk 30 Hari Ramadan

6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak. Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI