Tak lama lagi raya dah nak tiba. Pastinya hidangan istimewa mahu dihidangkan untuk keluarga. Maka kita hidangkan dua menu kombo iaitu nasi tomato dan ayam masak merah yang akan buat anda melekat di meja makan. Aroma bau kedua masakan ini sungguh membuka selera.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras biasa / beras Basmathi
5 cawan air
4- 5 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/ 4 cawan minyak zaitun (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak)
2 sudu besar menggunung minyak sapi (kalau tak ada boleh guna mentega)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3-4 helai daun pandan di simpul
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Beras direndam selama 15-20 minit. Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Ads
Cairkan minyak sapi dan minyak masak / minyak zaitun dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan rempah-rempah kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan Beras
Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa Akhir sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Kisar semua bahan bertanda *
CARA MEMASAK:
1. Goreng Ayam
Macam biasa, mula-mula gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, bubuh minyak dan goreng. Tak payah garing sangat ye sebab lepas ni kita nak bubuh dalam lauk.
2. Tumis Rempah & Bahan Kisar
Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.
3. Masukkan Cili Kisar
Ads
Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
4. Perasakan
Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali. Perisakan dengan garam pulak. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng awl-awal tadi. Terjunkan semua dan gaul sebati.
Siap!
Tetiba rasa teringin nak makan gulai lemak ikan masin. Kalau dapat memang tak usah lauk lain ,sedap ya amat. Dipadu pula dengan sayur taugeh goreng dan sambal belacan. Memang mantap kombinasi lauk begini.
Masak Lemak Cili Api Ikan Talang Dengan Nenas
Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
10 cili api
1 batang serai
Separuh santan (guna santan kara kotak)
Tulang ikan talang ( ikut suka nak letak banyak ke sikit)
Nenas 1/4 biji
Kunyit hidup
Cara memasak:
1.Blend bawang merah ngan cili padi serta kunyit hidup.
2.Kemudian masukkan dalam periuk, letak air sikit masukkan ikan talang, bagi lembut.
3.Masukkan serai yang dititik baru la masukkan santan dan nenas.
Buat anda yang menjaga diet, masak secara kukus adalah digalakkan. Hari ini teringin nak menikmati ayam kampung kukus. Letakkan rempah ratus bagi pasti berselera makan nanti. Bau aroma halia dan daun ketumbar menambah perisa pada ayam yang dikukus.
AYAM KAMPUNG KUKUS Bahan-bahan:
1-2 ekor ayam kampung (biasanya saiz ayam kampung kecil, sekitar 500-600gram seekor)
1 inci halia – hiris halus
6 ulas bawang putih – hiris
2-3 batang akar pokok ketumbar – ketuk sedikit
1 sudu makan sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun ketumbar
Cara membuat:
1. Ayam dibersihkan tapi tak perlu dipotong.
2. Lumurkan sos ikan, hirisan halia, hirisan bawang putih, akar pokok ketumbar, garam (sedikit saja sebab sos ikan dah masin) dan lada sulah secukupnya. Gaul rata dan perap setengah jam atau lebih.
3. Kukus ayam hingga masak/empuk.
4. Tabur cincangan daun ketumbar dan hidangkan panas.
*Boleh makan begitu saja atau dihidangkan dengan sambal kicap, sambal cili atau jeruk cili/bawang.
Pernah dengar atau makan Kroket Kentang dan Resoles Ragout, dua kuih ini sangat popular di Indonesia. Rasan savory dan sedap menjadikannya tidak pernah jemu dimakan, paling penting ia mudah disediakan. Sesuai ni kalau korang buat untuk hidangan minum petang atau tambahan kuih untuk sarapan pagi.
KROKET KENTANG BAHAN-BAHAN: BAHAN ISI:
250gm daging kisar
200gm lobak merah | dadu halus
1 biji bawang Holland | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang
1 pokok daun bawang | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan tepung gandum | bancuh dengan sedikit air
BAHAN UNTUK KULIT:
1kg kentang
400gm tepung gandum
200gm Margarin
2 biji kuning telur
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk penaik
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
Masukkan daging, kacau hingga berubah warna
Kemudian masukkan pula lobak merah, kacau rata.
Masukkan pula semua jenis sos, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan larutan tepung dan daun bawang , kacau rata lagi.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Seterusnya sediakan kulit. Hancurkan kentang yang telah digoreng tadi hingga halus.
Masukkan bahan lain, adun rata.
Ambil lebih kurang 30gm adunan, leperkan dan isikan inti di tengahnya. Bentukkan semula adunan menjadi bujur. Lakukan hingga habis adunan dan inti.
Panaskan minyak, kemudian goreng kroket dengan api sederhana hingga kekuningan.