Teringin nak makan lauk kenduri tak semestinya tunggu majlis kenduri baru ada peluang nak merasainya. Umpamanya Nasi Hujan Panas, gulai kurma daging, dalca dan sebagainya. Kalau ada majlis keraian bolehlah cuba skill dengan memasak Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah. Dikongsi resipi enak yang pasti semua orang menyukainya.
NASI TOMATO Untuk 20 orang makan
Nasi Tomato 8 cawan beras basmathi direndam 30 minit 9 cawan air
1 cawan susu cair – BELI ONLINE DI SINI
1 biji bawang merah besar saiz sederhana dicincang -BELI ONLINEDI SINI
6 ulas bawang putih dicincang
2 inci halia dititik
4 sudu besar sos tomato – BELI ONLINE DI SINI
1/2 tin tomato puri
1 kiub ayam
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang serai dititik
4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga
Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
Daun pandan/ ketumbar
Kismis
Garam dan gula
Cara masak nasi 1.Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukkan sos tomato, tomato puri, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu. 2.Bila semua dah sebati bolehla masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit. 3.Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar. 4.Bila periuk nasi dah keep warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit atau berkerak di bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru lah buka tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @chopstik untuk elakkan nasi patah.
Ads
Ayam Masak Merah 1 1/2 ekor ayam 2 biji bawang besar (dikisar) 7 ulas bawang putih (dikisar) 2 inci halia (dikisar) 2 batang serai (dikisar) 1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang) Sos cili – BELI ONLINE DI SINI Sos tomato Gula melaka Gula, garam Tomato 1 biji bawang besar untuk hiasan 4 sekawan Minyak untuk menumis
Cara memasak: 1.Gorengkan ayam. 2.Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. 3.Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula. 4.Masukkan ayam dan kacau lebih kurang 10 minit. Biar ayam tu mesra. 5.Akhir sekali taburkan bawang dan tomato. Siap untuk dihidang.
*Saya tak letak susu dalam masak merah ni sebab tak suka dan ayam akan cepat basi..ini resipi mak mentua kami.Kalau nak buat sikit, kecilkan portion.
Kredit: Latipah Karim
Ada yang nak membeli peralatan rumah? Boleh beli secara online DI SINI.
Dah lama mengidam makan Peach Strudel macam dekat Kenny Hills Bakers. Jadi bila dah teringin sangat, kita cubalah buat sendiri ikut resipi yang dikongsi oleh Hidayati Hana . Ikut step by step pasti menjadi elok. Kalau nak buat banyak boleh gandakan adunan.
PEACH STRUDEL Bahan-bahan: 4 keping kulit pastry puff 1 biji kuning telur Pastry Puff dipotong 4 Sapukan kuning telur Lapikkan tray dengan baking paper Bakar dalam oven suhu 160 selama 30 minit Dah siap sejukkan dahulu 125gm cream cheese 2 sudu besar gula ising- BELI ONLINE DI SINI 70gm whipping cream Buah peach dalam tin
Cara membuat: 1.Putar cream cheese hingga lembut. 2.Masukkan gula ising. 3.Masukkan whipping cream. 4.Putar hingga sebati 5.Masukkan ke dalam piping bag. 6.Pipekan atas pastry puff tadi. ( kalau cream cheese tu cair boleh masukkan dalam peti sejuk sekejap sebelum digunakan) 7.Susun buah peach yang dah dipotong. 8.Taburkan gula ising jika suka
Biskut raya dah habis, malas nak menguli lagi. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
RESIPI KOKO KRUNCH BAR
BAHAN-BAHAN:
300g Koko Krunch
(sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁
250g butter
300g Mashmellow (yg kaler putih)
CARA MEMASAK:
Masak ats dapur ye api kena kecik.
Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
Bagi penggemar sajian Daging Masak Lemak, resipi ini pastinya membuka selera. Makan tiap hari pun tidak mengapa. Tak ada rasa jemu kerana menjadi kegemaran.
Terdapat pelbagai resipi Daging Masak Lemak yang dikongsi. Ada yang perlu ditumis dan ada yang tidak. Hanya didihkan bahan kisar bersama santan. Mana satu yang sedap? Jujur, keduanya punya keistimewaan dan keunikan masing-masing. Ada dikalangan kita yang suka rencah yang ditumis. Ada yang tidak. Pucuk pangkalnya berbalik pada selera masing-masing.
Kali ini RASA kongsikan resipi Daging Masak Lemak versi tumis yang dikongsi oleh saudara Yayar B. Awang Noh. Nampak sangat sedap dan mudah disediakan. Jom cuba lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara memasaknya.
RESIPI DAGING MASAK LEMAK SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
800gm daging (direbus guna periuk tekanan tinggi 8 minit)