
Nasi Tumis Pandan ini seakan nasi lemak namun ia tidak menggunakan santan. Rasanya enak, lebih wangi dan tahan lama. Sesuai dijadikan pengganti bagi nasi lemak bahkan boleh dinikmati dengan anek lauk pauk lain.
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras | dibersihkan
- 3 1/2 cawan air
- 3 biji bawang merah | dimayang
- 2cm halia | dihiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan hingga wangi.
- Kemudian masukkan air diikuti beras serta garam. Kacau rata.
- Masukkan ke dalam bekas periuk elektrik dan biarkan nasi hingga masak.
- Boleh dinikmati bersama telur rebus dan juga sambal bilis.
https://youtu.be/TlK0qRGHGVg
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

Terkenal dengan jolokan hero malaya suatu ketika dahulu dan juga hos Who Wants To Be A Millionaire Dato’ Jalaluddin Hassan turut mewarnai Rasa Nostalgia Ramadan bersama Datuk Chef Wan. Aura pelakon lama memang berbeza melihat gaya percakapannya juga tidak sama dengan pelakon masa kini.
Istimewa di bulan Ramadan Chef Wan memasak menu kesukaan Dato’ Jalal ketika berbuka iaitu Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering dan Cucur Udang. Menurut Chef Wan untuk mendapat rasa yang enak pada sambal tumis, sotong kering sebaiknya direndam semalaman.
Keduanya turut berkongsi nostalgia Ramadan dan mengimbau makanan yang disukai mereka. Menariknya juga di sepanjang program ini, Chef Wan tidak lokek berkongsi tip masakan yang memang dinantikan oleh semua. Rugi jika tak menonton Rasa Nostalgia Ramadan jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang ramadan di Astro Prima HD 105 & 125.
NASI LEMAK
Bahan-bahan:
600gm beras
1.1 liter santan
2 inci halia (hiris nipis)
3 helai daun pandan
Kacang tanah goreng
Telur rebus
Garam
Sedikit air
Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Masukkan halia.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan santan. Pastikan sukatan nisbah santan dan nasi adalah 1:1 cawan.
6. Tambahkan sedikit air.
7. Letakkan air di atas dapur dan biarkan ia sehingga mendidih.
SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
Bahan-bahan:
500gm sotong kering yang telah direndam
4 sudu minyak
5 sudu besar air asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Santan (optional)
Gula merah
Kacang tanah (tumbuk)
Bahan kisar:
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1⁄2 sudu makan belacan
1 biji bawang besar
Cara memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air serta belacan.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan cili kisar.
5. Seterusnya masukkan sotong yang telah direndam.
6. Masukkan gula merah.
7. Kemudian, masukkan air asam jawa.
8. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
9. Tambahkan air.
10. Masukkan garam dan gula.
CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
150gm kacang dal (rebus dan toskan)
Minyak
75gm udang kering (rendam dahulu sebelum disangai dan ditumbuk)
300gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk kunyit
200gm udang (buang kulit dan belah belakang)
1 labu bawang merah (cincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
150g taugeh
2 biji cili hijau (cincang)
Segenggam daun kucai (potong)
2 biji telur
Garam
Air
Cara memasak:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan serbuk penaik dan serbuk kunyit.
3. Masukkan garam.
4. Masukkan udang kering yang telah direndam dan disangai serta ditumbuk.
5. Kemudian masukkan kacang dal yang telah direbus dan ditoskan airnya.
6. Masukkan cili hijau dan bawang merah yang telah dicincang.
7. Masukkan segenggam daun kucai yang telah dipotong dan sebiji tomato yang telah
dipotong dadu.
8. Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul.
9. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan dibelah belakang.
10. Masukkan air dan taugeh.
11. Gaul kesemua bahan yang telah dicampur ke dalam mangkuk tersebut.
12. Panaskan minyak.
13. Masukkan adunan yang telah dicampur ke dalam minyak yang panas.
14. Goreng cucur udang sehingga menjadi kuning keemasan.
15. Angkat cucur udang tersebut dan sedia untuk dihidang.
Resipi Nasi Ayam Terlajak Senang Dan Sedap

Teringin nak makan nasi ayam homemade. Mudah saja caranya. Boleh ikut resipi berikut.
Bahan-bahan utk sup
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan utk perap ayam
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan utk nasi
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan utk kuah lada
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
kredit: amirah hussain
Nasi Goreng Telur Ikan Bilis, Hidangan Paling Pantas, Mudah Dan Sedap Untuk Sahur.

Nasi banyak tapi lauk dah habis, jangan dibuang jika ada nasi lebihan masak sebelum ini kerana ia boleh jadikan nasi goreng. Walaupun nampak mudah tetapi nasi goreng asas ini yang menambahkan selera bila sahur nanti.
NASI GORENG TELUR IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi
- Halia
- 4 biji telur
- Ikan bilis
- 2 sudu makan sos tiram
- Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Bawang segala bawang seperti bahan di atas berserta halia dan cili tumbuk masak sampai naik bau pastu masuk ikan bilis dan bila ikan bilis garing.
2. Masukkan telur semuanya. Gaul sampai ia garing. Selepas itu masukkan sos tiram 2 sudu dan gaul rata.
3. Akhir sekali masuk nasi gaul sampai sama rata semua baru masuk serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.
INFO:
- Kalau hebdak masak untuk satu keluarga macam ada anak kecil boleh tukar dengan cili yang besar yang biasa itu.
- Boleh tambah sayur kegemaran anda seperti kacang buncis atau lobak merah.
- Jika ingin pedas boleh tambah cili padi.
- Boleh goreng asing ikan bilis rangup dan masuk akhir sekali.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Anne Natasya D’Ismail
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/alahai-senangnya-nasi-goreng-telur-masin-udang-tersusun-rapi/
Set Asas Bubur Ayam, Kangkung Goreng Belacan & Sambal Belacan Paling Mudah & Enak
http://www.rasa.my/layan-makan-nasi-goreng-ikan-cili-tumbuk-sedap/