Bila sebut Nekbat ni meleleh air liur dibuatnya. Nekbat ni cukup popular di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.

Menurut Khairul Hasrol yang membahasakan dirinya Abam,katanya,” Bahan-bahannya ringkas tetapi memerlukan skil untuk membuatnya. Ringkasnya nekbat adalah bahulu tanpa gula yang disira dengan air gula dan disimpan dalam peti sejuk. Sejuk aje bila lalu ditekak.”

Jom kita ikut resipi yang dikongsikan Abam dalam laman FBnya.

NEKBAT



.

BAHAN-BAHAN :

Bahan untuk nekbat :

  • 5 biji telur (gred A)
  • 150gm tepung beras – beli online DI SINI
  • Pewarna kuning secukupnya – beli online DI SINI
  • Sedikit esen vanilla (optional) – beli online DI SINI

CARA MEMASAKNYA :
1. Sangai tepung beras di atas api sederhana kemudian sejukkan. Tujuannya adalah supaya tepung menjadi ringan


.

2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur sehingga betul-betul kembang (warna putih)


.

IKLAN

3. Gunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik shj


.

4. Masukkan esen vanilla & pewarna kuning


.

5. Panaskan acuan bahulu, sapukan minyak pada acuan


6. Tuang adunan tepung tadi dalam acuan

7. Bakar dengan oven pd suhu 180 darjah celcius menggunakan api atas bawah selama 10-15 minit/sehingga nekbat masak
8. Siap!

Bahan untuk air gula :

  • Gula pasir secukupnya (ikut citarasa) – eloknya dibuat manis sedikit kerana nekbat rasanya tawar – beli online DI SINI
  • 3 helai daun pandan (disiat-siat & disimpulkan)
  • 5 biji bunga cengkih – beli online DI SINI
  • Air secukupnya (mengikut kuantiti yg diperlukan)

CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.


2. Masukkan nekbat. Tunggu sehingga nekbat menyerap air gula


3. Angkat dan sejukkan
4. Siap!

TIP BUAT NEKBAT DARI ABAM:
1. Uji adunan nekbat terlebih dahulu dengan membakar sedikit adunan tersebut. Sekiranya terlalu rapuh, boleh tambah sedikit lagi tepung tetapi jangan terlalu banyak kerana nekbat akan mengeras/bantat.
2. Konsistensi tepung adunan lebih kurang sama macam bancuhan membuat bahulu
2. Di Terengganu, tepung gandum digunakan bagi menggantikan tepung beras
3. Nekbat yang dibuat menggunakan tepung beras, teksturnya lebih kesat/kasar
4. Sira nekbat ketika hendak makan. Sekiranya terlalu awal, nekbat akan menjadi terlalu lembik nanti

Kredit foto dan resipi : FB Khairul Hasrol

 

INGIN MEMBELI OVEN TERBARU DAN TERBAIK, BOLEH BELI ONLINE DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI:

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

Cara Masak Kuih Tradisional Melayu Paling Sedap & Mudah Untuk Minum Petang.

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!