Nenek Ajar Masak Daging Bawang Putih Sedap. Resipi Ori Dari Bangkok

Share

Belum ada idea nak masak apa? Apa kata cuba resipi yang satu ni. Sajian Daging Bawang Putih ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut empunya resipi; Myra Chaqkey, resipi ni diwarisi dari neneknya yang berasal dari Bangkok, Thailand. Cukup sekadar lauk ni dan nasi, pun dah mampu membuatkan kita makan bertambah-tambah. Nak masak pun sangat mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas sahaja. Jom cuba!

 

CARA MASAK DAGING BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm daging – hiris
  • 2 sudu makan minyak masak beli online disini
  • Sedikit air
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan hirisan daging yang telah bersih dan ditoskan airnya.

3. Tambahkan sedikit air supaya daging empuk sekata. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

4. Teruskan masak daging hingga air kering.

5. Daging Bawang Putih siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Myra Chaqkey

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur