Bulan puasa ni nampak air yang sedap, memang itu jadi rebutan. Nak buat air semudah 1 ,2, 3 , rasa minum dekat kafe bolehlah cuba resipi ni. Kali pertama buat terus jadi, rasa memang sedap sangat.
Nescafe Ais Kaw
Bahan-bahan:
Nescafe
Gula perang
Susu segar
Ads
Ais
Cara membuat:
1.Mula-mula mixer nescafe dan gula perang yang dicampur air ( sikit ) sampai jadi foam.
2.Lepas jadi foam tuang nescafe yang dah diadun tadi pada susu.
Bila cuaca panas, inilah masa untuk menikmati semangkuk Lai Chee Kang yang sejuk, segar dan menenangkan. Bukan sekadar manisan biasa, minuman ini dipenuhi dengan pelbagai bahan semula jadi seperti barli, buah kundur, bij selasih, red dates, gaji beri dan white fungus yang baik untuk kesihatan. Wajib cuba di rumah!
LAI CHEE KANG
Bahan-bahan:
2 liter air
1 paket dried white fungus
1 sudu besar biji selasih | rendam 15 minit
3 sudu besar biji barli | direndam hingga kembang
1 paket dried longan | rendam hingga kembang
3-4 ketul gula batu
3-4 ketul gula air mata kucing / gula melaka
10-15 biji red dates
1 sudu besar goji beri | jika ada
5-6 biji buah kembang semangkuk
Kacang tanah tanpa kulit | sangai
2 helai daun pandan
Buah kundur
Ais
Cara Memasak:
Di dalam periuk, masukkan air, gula air mata kucing, gula batu, biji barli dan dried longan.
Bila gula dah mula cair, boleh masukkan white fungus, red dates, goji beri, daun pandan dan biji selasih. Kacau hingga semua sebati.
Biarkan Lai Chee Kang masak dengan api perlahan. Bila dah masak, biarkan Lai Chee Kang hingga suam.
Sambil-sambil tu, boleh goreng kacang tanah tanpa kulit hingga garing.
Masukkan Lai Chee Kang ke dalam mangkuk, masukkan buah longan, buah kundur dan ais secukupnya. Tambahkan juga kacang di atasnya.
Dah siap Lai Chee Kang kita.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
1 cawan susu pekat
2 biji mangga (dipotong dadu)
1 cawan sagu
Air secukupnya
1 tin laici tin (ambil buah sahaja)
Air batu
Cara Memasaknya:
Pertama, masak jeli berperisa mangga. Bila masak, sejukkan dan kemudian potong seperti dadu. Ketepikan.
Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. Bila sagu dah masak, tapis biji sagu. Ketepikan.
Satukan semua bahan di atas di dalam satu mangkuk besar. Masukkan dulu separuh daripada potongan mangga. Kacau sebati. Kalau nak rasa lebih manis, boleh lebihkan susu pekat. Terpulang pada selera masing-masing.
Akhir sekali, masukkan air batu dan bubuh separuh lagi hirisan mangga di bahagian atasnya untuk lebih cantik dan nampak lebih menyelerakan. Siap!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!