Harvest Gourmet, jenama produk makanan berasaskan tumbuhan Nestlé Malaysia, melancarkan kempen #HGEatGoodChallenge bagi mendidik dan mengadvokasikan pemakanan yang lebih sihat dan mampan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kempen dan cabaran #hgeatgoodchallenge ini bermula dari 10 Dis 2022 hingga 8 Jan 2023 melalui aplikasi kesihatan BookDoc.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, kempen #HGEatGoodChallenge ini bertujuan menggalakkan dan memberi pengalaman kepada rakyat Malaysia mempelajari cara mudah untuk mengamalkan cara pemakanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan lebih sihat dalam diet harian mereka.
Ads
Perunding pakar dietetik, Indra Balaratnam memberitahu, pemakanan merupakan salah satu elemen penting dalam spektrum kesihatan, namun ramai mengabaikan tabiat pemakanan yang seimbang kerana gaya hidup yang sibuk dan kurang disiplin.
“Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 2 orang dewasa adalah berlebihan berat badan atau obes, 3 daripada 10 orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia.
“Diet berasaskan tumbuhan terbukti banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti merendahkan risiko penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetes, serta meningkatkan jangka hayat kita,” kata Indra.
Sempena kempen dan cabaran #HGEatGoodChallenge ini, turut menampilkan rakan usaha sama yang terdiri daripada kumpulan F&B seperti Epic Food Hall, KyoChon, Uncle Bob Sabah, Sheraton KL, EQ Hotel dan lain-lain yang akan menyediakan hidangan Nestlé Harvest Gourmet di restoran mereka untuk dijadikan pilihan para peserta sepanjang tempoh cabaran.
Ads
Menerusi cabaran ini, peserta dikehendaki menyediakan dan menghantar 15 hidangan Harvest Gourmet dan mencatatkan 120,000 langkah (purata 4,000 langkah sehari) dalam tempoh 30 hari untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah menarik, antaranya Apple Watch Ultra.
Ads
Peserta yang berjaya melengkapkan cabaran juga, akan menerima e-sijil daripada Nestle RELeaf.
Ibu chef selebriti popular Datuk Chef Wan meninggal dunia pagi ini.
Berita kematian ini diumumkan Chef Wan sendiri menerusi laman sosial Instagram beliau. Ibunya yang mesra disapa Cik Ani, meninggal dunia di Hospital Gleneagle pada jam 6.20 pagi.
“With great sadness my dearest mom had passed away at 6.20am peacefully in her sleep at the Gleneagle hospital pagi ini. May her soul rest in peace, di ampun segala dosa2 beliau serta di tempat kan bersama sama orang2 yg beriman nanti. Her body will be prepared for burial at Masjid Putra Putrajaya and lay to rest at tanah perkuburan Cyber 10. Alfatihah. Thank you so much for all your kind wishes and doa for my mother. Alhamdulilah.”
Pemergian Allahyarhamah juga mendapat perhatian selebriti yang lain antaranya Alif Satar, Hisyam Hamid, Marion Counter, Noor Nabila, Fedtri Yahya dan ramai lagi.
Umum sudah maklum, selebriti chef tersohor dato chef wan sangat menjaga kebajikan ibunya. Lihat sahaja posting-posting beliau mengenai ibunya, sangat membahagiakan.
Malah baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran Cik Ani yang ke 90 tahun, ia telah disambut dengan begitu meriah dan dihadiri oleh para tetamu tersohor dan kenamaan.
Moga Allah merahmati Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh & beriman. Al-Fatihah.
Belum pun reda berita duka pemergian Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad semalam , hari ini Majalah RASA menerima berita duka lagi.
Instafamous masakan terkenal, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat jangkitan pada paru-paru.
Allahyarham yang juga merupakan bapa saudara kepada Fatimah Omar Mukhlis, iaitu kanak-kanak yang popular menerusi instagram thefamily.uk.
Berita pemergian Adamdidam turut dikongsikan selebriti dan pengacara Neelofa yang memuat naik ucapan takziah menerusi Instastory beliau.
Difahamkan, allahyarham Adamdidam meninggal dunia di kediaman ibu bapa beliau di Kota Bharu dan akan dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan.
Semasa hayatnya, AdamDidam pernah mengacarakan rancangan televisyen untuk majalah Rasa iaitu Rasa Ketuhar Kuali bersama Aunty Aini dan Rasa Jelajah Rasa Nusantara bersama Ili Sulaiman.
Jenazah Adam akan disembahyangkan di Masjid Telipot pada pukul 10 pagi ini.
Takziah untuk keluarga arwah semoga arwah ditempatkan dengan para syuhada dan insan yang disayangi oleh Allah swt serta sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah swt Aameen Aameen Ya Robb
Bulan Ramadan kembali lagi namun kali ini suasananya agak berbeza dari tahun sebelumnya sejak PKP bermula. Namun begitu biarpun tiada kemeriahan bazar ramadan mahupun bufet ramadan , Berjaya Times Square Hotel mengambil peluang ini dengan menawarkan promosi Sajian Set Kombo Nasi Kandar dan Nasi Briyani Gam Batu Pahat . Kedua-dua promosi berbuka 2020 ini akan bermula dari 24 April 2020 hingga 23 Mei 2020.
Khas untuk para pengunjung dan peminat masakan Melayu, Cheff Yusoff, Eksekutif Chef dari Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam juadah Melayu akan menyediakan sendiri juadah santapan berbuka puasa.
Hidangan Pek Nasi Kandar ini disertakan dengan Ayam Masak Merah, Acar, Air Botol, Kurma dan anda boleh memilih antara kubis goreng dengan udang atau kacang panjang goreng dengan udang kering dan telur. Untuk pilihan kuah pula, anda boleh memilih diantara seleksi Kari Ikan, Masak Kicap, Dalca Sayur atau Sambal Kosong. Untuk hidangan tambahan, seperti Daging Masak Merah, Kambing Masak Ros atau Sambal Sotong boleh didapati pada harga RM7.00nett untuk setiap hidangan.
Untuk juadah Nasi Briyani Gam Batu Pahat yang sememangnya hidangan ikonik di hotel ini, pengunjung boleh memilih sajian dengan ayam atau kambing dan disediakan dengan ramuan khas yang mana ianya pasti menjadi juadah kegemaran pengunjung kami.
Bagi pembelian juadah ini, pengunjung kami boleh mendapatkannya melalui kaedah Pandu Lalu di pintu masuk bersebalah dengan Kawasan air pancut Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Set Nasi Kandar:
RM16.00nett seorang
RM30.00nett untuk 2 orang
RM42.00nett untuk 3 orang
RM65.00nett untuk 5
Set Nasi Briyani Gam Batu Pahat
Harga: RM11.00net setiap set
Air botol percuma akan disediakan bagi setiap pembelian.