Nestum Crunchy Cookies, Tak Rugi Buat Banyak Anak Anak Pun Suka

Share

Dah lama tak menerap biskut. Boleh juga buat kudapan untuk makan bersama keluarga atau hadiah untuk ibu mertua. Boleh ikut resipi ini dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. Dah pandai nanti bolehlah buat jualan.


NESTUM CRUNCHY COOKIES


Bahan-bahan:
250g buttercup
1 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
2 1/2 cawan tepung gandum }-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan tepung jagung } ayak-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil baking powder }
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan nestum
Ceri merah / hijau untuk hiasan } optional

Cara membuat:
1.Adun butter dan gula hingga kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanilla, adun sebati.


3.Off mixer, masukkan bahan-bahan ayak dan nestum, kacau sebati sehingga jadi doh, tak melekat di tangan.
* kalau doh lembik, letak sedikit tepung gandum.

4.Tekap dengan acuan yang digemari dan gentel dan susun atas baking tray.
5.Hias dengan hirisan ceri merah. Bakar pada suhu 160°c 20 -25 minit atau sehingga masak , bergantung oven masing-masing.



Kredit: Nor Azliza Mohamed

Published by
Putri Adila Saari