Ngasari & Roti Pisang Banjar, Nampak Sedapnya..,

Share

Selain Pisang Goreng, Cekodok Pisang, ada idea tak nak buat kuih apa dengan pisang? Kalau keluarga anda suka pisang dan banyak stok pisang cer cuba buat dua menu ni , nampak sedap dan senang je nak masak. Pisang Naga Sari tu kuih lama yang masih digemari hingga sekarang. Rugi kalau anda tak mencubanya…



KUIH NAGASARI PISANG
BAHAN-BAHAN:
  • 200gm tepung beras
  • 50gm tepung ubi
  • 125gm gula pasir
  • 800 ml santan
  • 1sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 helai daun pandan | simpulkan.
  • Daun pisang secukupnya | layur dan lap
  • Pisang secukupnya ikut cita rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan,gula pasir,garam dan daun pandan dalam periuk.
  2. Renehkan sekadar santan masak sahaja, kemudian tutup api.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung beras dan tepung ubi, esen vanilla, kemudian tuangkan santan tadi.
  4. Adun perahan hingga rata agar tidak bergentel.
  5. Letakkan semula di atas dapur, renehkan di atas api kecil sambil kacau.
  6. Reneh hingga meletup-letup, baru tutup api.
  7. Sediakan daun pisang yang sidah dipotong ikut saiz dan dilap.
  8. Tuangkan sesudu adunan kemudian ratakan dan letakkan pisang di atasnya dan tutup degan sesudu lagi adaunan.
  9. Lipatkan daun pisang, kemudian susun dalam pengukus, kukus hingga masak lebih kurang 15-20 minit.
  10. Setelah masak,sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.
    Resipi & photo: @hanhanny


ROTI PISANG BANJAR
BAHAN-BAHAN:

  • 300gm pisang kapok Abu masak | potong kecil
  • 200gm tepung terigu protein sedang
  • 400ml santan hangat kekentalan sedang (200 ml santan instan diencerkan)
  • 100gm gula pasir | boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis
  • 1 sudu teh garam garam
  • 1 biji telur saiz A
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Marjerin | untuk oleh acuan

CARA MEMASAK:
1. Campur tepung gandum, gula, garam, vanila, telur dan santan.
2. Adun hingga rata dan tidak berketul.
3. Masukkan pisang, adun lagi hingga sekata.
3. Panaskan acuan atau boleh guna acuan non-stick.
4. Hias atasnya dengan 3 – 4 potong irisan pisang di atasnya dan tutup.
5. Bakar dengan Panggang dgn api kecil hingga masak.
5. Sebelum angkat, sapukan sedikit marjerin di atasnya.
6. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

Resipi & photo oleh : @hanhanny

Published by
Norasida Myasin