
Burger ni makan bila-bila masa pun sedap. Nak-nak kalau dah bosan makan nasi. Tapi anda pernah cuba tak buat sendiri patty burgernya. Sedap sangat dan ‘fresh’. Tanpa pengawet dan pewarna . Nama pun buat sendiri.
Nak lebih segar, kisar atau cincang daging segar, baru betul betul bebas lemak dagingnya. Rasanya pun berganda lebih sedap dan pastinya asli berbanding daging kisar yang dah diproses.
DAGING BURGER HOMEMADE

.
Bahan-bahan:
- 1/2 kg daging lembu cincang
- 2 sudu besar bawang besar – dicincang halus
- 1 biji telur
- 1/2 sudu besar lada hitam – dikisar
- 3/4 sudu bawang putih – dicincang halus
- 1 sudu mustard
- 1 cawan serbuk roti
- Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Sediakan daging yang telah dicincang.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan bersama daging cincang & kacau rata.
3. Masukkan garam & sesuaikan ikut citarasa.
4. Bentukkan daging tadi seperti daging burger mengikut citarasa anda.

.
5. Bakar di atas pan dengan menggunakan minyak/majerin.

.
6. Boleh dihidang bersama roti burger.
FB : Resipi Orang Kampung
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan Lauk Ringkas Boleh Masak Guna Isi Ikan Dory

Jika ke pasaraya, pasti pernah lihat filet ikan dori yang diletak di bahagian sejuk beku. Biasanya isi ikan ini enak dimasak Fish & Chips. Tapi jangan tak tahu, ia juga boleh dimasak aneka lauk lain yang sesuai dinikmati bersama nasi. Nak cuba? Jom lihat menu-menunya.
1. FILET IKAN BERSAMA FAT CHOY

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
- 300gm filet ikan Dorry | potong 3X3cm
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan tepung jagung
Bahan Lain:
- 1 pokok Fat Choy | potong panjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 2cm halia | hiris memanjang
- 1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
- 1 biji cili merah | hiris memanjang
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
INFO CHEF: Selain filet ikan dory anda boleh sediakan filet ikan sendiri. Contohnya anda boleh buat filet ikan merah atau ikan talapia merah.
2. KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
- 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
- 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
- 1/4sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu makan kicap
- 3 sudu makan air
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh gula
- Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
- 5 tangkai cili kering | potong 2cm
- 1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
- Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
- Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
- Tutup api, dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Lebih sedap jika ditambah dengan biji gajus yang telah digoreng, kerana ia akan memberikan sedikt rasa lemak pada masakan ini.
ANDA MUNGKIN SUKA MENU INI:
6 Idea Masakan Ala Katering Yang Boleh Anda Masak Sendiri. Sesuai Untuk Majlis Kenduri Pertunangan.
Anak-Anak Tak Tahan Pedas? Resipi Ayam Tiga Rasa Ni Pasti Kena Dengan Selera Si Cilik.
Resipi Ketam Kam Heong Sedap Ala Restoran Chinese Muslim

Andai dinikmati di restoran makanan laut, Ketam Masak Kam Heong ini memang mahal rasanya. Anda sebenarnya boleh masak sendiri di rumah menu enak ini tanpa menggunakan kos mahal. Sedap tau. Jika tiada ketam nipah, boleh sahaja guna ketam laut biasa. Pun sangat enak dan membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian Hamdan Hayati ni! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK KETAM KAM HEONG SEDAP ALA RESTORAN

BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ketam nipah
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN TUMBUK:
Cili kering – beli online disini
Bawang merah – beli online disini
Bawang putih – beli online disini
Halia
Udang kering (lagi banyak lagi sedap) – beli online disini
BAHAN-BAHAN LAIN:
Segenggam daun kari
Cili kering – digunting
2 ½ sudu makan serbuk kari ikan (tambah sedikit air untuk jadikan pes)
Kicap manis (ikut suka nak hitam macam mana) – beli online disini
Garam & aji (optional)
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ketam dan potong kecil. Kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ketam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
4. Bila sudah ditumis elok, masukkan daun kari, cili kering yang digunting, pes kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap, garam dan aji ikut selera masing-masing.
6. Tambah sedikit air dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga rencah bersalut rata pada ketam.
7. Rasa dan tambah perasa yang tidak cukup. Masak sampai agak pekat.
8. Ketam Masak Kam Heong sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Hamdan Hayati
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Maggi Ketam Boleh Masak Sendiri Di Rumah. Sedap & Lebih Jimat
Masak Gulai Ketam Berapi Cara Orang Penang. Sedap Menjilat Jari
Cara Langkah Demi Langkah Masak Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Pajeri Nanas Negeri Sembilan Style, Pelengkap Hidangan Istimewa Bersama Keluarga

Pajeri Nanas Negeri Sembilan Style, Pelengkap Hidangan Istimewa Bersama Keluarga.
Pajeri Nanas memang sedap dimakan bersama lauk pauk yang lain. Rasa masam-masam manis membuatkan sajian ini cukup berselera dinikmati bersama keluarga. Jom kita cuba resipi Pajeri Nanas Cara Negeri Sembilan yang dikongsikan oleh Azie Mat Junus Menurut wanita ini, resipi Pajeri Nanas tersebut diperolehi daripada arwah ibunya. Selamat mencuba!
RESIPI PAJERI NANAS CARA NEGERI SEMBILAN

BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas
1o biji bawang kecil (merah) dimayang halus – beli online
10 biji bawang putih dimayang halus – beli online
2 inci halia dimayang halus – beli online
2 tangkai daun kari
3 sekawan (kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
Segenggam udang kering kasar – beli online
2 pek kecil serbuk kari – beli online
10 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar kerisik – beli online
2 kotak santan segera (kalau guna santan perah dalam 1 setengah biji kelapa)
Air untuk yang guna santan kotak
Garam
Gula kelapa atau gula biasa
Bahan perisa jika suka




CARA MEMBUAT:
1. Bahan yang dihiris ditumis sampai sedikit garing. Udang kering pun tumis sekali.

2. Sudah garing masukkan campuran cili kisar dan rempah kari. Tumis lagi bagi pecah minyak.

3. Sambil itu masukkan gula kelapa. Garam dan gula tidak perlu banyak jika nanas jenis manis.

4. Biar sampai jadi begini.

5. Selepas itu masukkan nanas yang sudah dipotong tadi. Jangan masukkan air, api sederhana sahaja. Ini proses pecah air, tujuan agar air nanas keluar.

6. Kacau selalu tetapi tidak boleh kasar-kasar takut nanti berkerak bahagian bawah atau nanas patah-patah.

7. Apabila nanas sudah mula kecut, baru masukkan santan. Tidak perlu tambah air. Ini semua air daripada nanas.

8. Apabila sudah jadi seperti ini, barulah masukkan kerisek. Rasa pajeri ini macam ala-ala rendang.

9. Beginilah hasil kejadiannya. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Azie Mat Junus
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Pulut Udang Mewah Dengan Inti, Peniaga Ini Kongsi Step By Step Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

