
Kalau beli kentang boleh beli banyak buat stok. Bukan apa resipi dari kentang ni dahlah mudah rasanya pula sedap ya amat. Bahan ramuan ringkas dan anak-anak memang suka ni.
Jom kita tengok resipi kentang bakar dengan kepingan daging seperti yang dikongsikan Malisa Aina dalam laman www.wanista.com
KENTANG BAKAR DENGAN DAGING

BAHAN-BAHAN :
- 3 sudu besar mentega | dicairkan
- 3 sudu besar minyak zaitun extra-virgin
- 10 – 12 biji kentang russet, dikupas
- Garam kosher secukup rasa
- 1 biji merah, dikupas dan dihiris nipis
- 1/2 sudu teh kepingan lada merah | jika suka
- 4 – 6 tangkai thyme segar
- Kira-kira 85gm kepingan daging (beef bacon) | ada dijual di pasaraya
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan ketuhar kepada 375 darjah.
2. Gabungkan minyak dan mentega cair dalam piring kecil. Ketepikan.
3. Sapu mangkuk pembakar bulat (sekitar 9 – 10 inci) dengan sedikit mentega dan minyak campuran.

4. Potong kentang senipis mungkin melintang. Susun kentang dalam keadaan menegak. Letakkan bawang merah yang dihiris di sekitar kentang – pada kira-kira 3 atau 4 bahagian setiap kentang.
5. Taburkan dengan garam dan kepingan lada merah (gunakan lada hitam jika tidak menggunakan kepingan lada merah). Sapu dengan mentega dan minyak campuran.
6. Bakar selama 1 jam 25 minit. Jika anda mendapati kentang agak kering, sentiasa sapu minyak zaitun. Juga, pisau mentega boleh digunakan untuk memisahkan beberapa keping kentang jika ada kentang yang melekat bersama-sama terlalu banyak.
7 .Ketika kentang sedang dibakar. Goreng kepingan daging dalam kuali kecil, tak perlu terlalu garing. Ketepikan.
8. Kentang dikeluarkan dari ketuhar. Tabur kepingan daging yang digoreng secara berselerak. Letakkan tangkai thyme di atas kentang.

9. Bakar lagi selama 35 minit. Keluarkan dari ketuhar.
10. Taburkan sedikit garam kosher. Hidangkan serta-merta.
* Sebagai tambahan, anda boleh makan bersama krim masam, thousand island ataupun apa-apa ikut suka. Anda boleh juga letakkan cheddar, parmesan, grated cheese di atas kentang. Memang lagi super sedap rasanya.
Sumber : Wanista.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Cara Buat Pastri Pedas Viral Yang Sedap & Mudah Dibuat.

Aneka pastri pedas menerbitkan perasaan tidak sabar untuk menikmatinya. Bagi anda yang meminati hidangan pastri jenis pedas bolehlah menghasilkan sendiri di rumah, sambil meneliti resipi pilihan RASA dari media sosial yang viral kali ini. Pasti berpuas hati. Selamat mencuba!
1. CURRY CHICKEN PIE

BAHAN-BAHAN:
DOH:
- 230gm mentega
- 350gm tepung gandum
- 1 biji kuning telur | dipukul
- Secubit garam halus
- 1 sudu teh gula halus
- Sedikit air sejuk
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.
Masukkan mentega. Pastikan mentega dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil (Jika mentega lembut, masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula) - Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit air ais. Masukkan air ais tu sesudu duhulu jika adunan lembut dan mudah di bentuk tidak tambah air ais, jika masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. - Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam. - Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. - Adunan pie yg dah siap dibalut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara itu boleh buat lapik tutup pie. Canai adunan yang satu lagi dengan kaedah yang serupa.
- Cara membuat penutup pie. Potong dengan roller cutter anggaran 1cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.
- Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dengan kepingan doh. Buat secara mengayam tikar iaitu berselang- seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang dicanai nipis.Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dengan garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dengan kuning telur dan larikkan dengan garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
INTI PIE:
- 1 biji kentang | potong dadu dan di goreng
- 2 ketul bahagian dada ayam | di potong dadu
- 1 biji lobak merah | didadu, boleh juga menggunakan mix vegetable
- Cendawan butang | jika suka
BAHAN TUMIS:
- 1 labu bawang besar | di dadu
- 2 ulas bawang putih | boleh tambah
- 2 sudu minyak masak
- gula | secukup rasa
- garam | secukup rasa
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar rempah kari | untuk buat curry chicken pie
- 1 kiub ayam | stock ayam
- Serbuk lada sulah | secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung | larutkan tepung jagung dengan 2 sudu makan air
CARA MEMASAK:
- Goreng kentang terlebih dahulu tetapi jangan sampai garing, angkat kentang dan toskan minyaknya.
- Panaskan 2 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
- Tambahkan stok ayam, garam dan gula secukup rasa. Kemudian baru dimasukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable. Perasakan semuanya.
- Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie sehingga menjadi pekat. Sejukkan inti pie.
- Panaskan pembakar terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dari acuan pie.
Nota: Pastri yang di quiche atau tart saveri amat sesuai di sediakan untuk minum petang ataupun majlis ringkas yang mana pastri ini senang di makan.ianya juga di gelar sebagai finger food.
Kongsi resipi: Azlita Masam Manis
2. QUICHE TUNA PEDAS TANPA KRIM

BAHAN-BAHAN:
1 keping besar doh siap pastri manis
BAHAN INTI:
2 tin kecil tuna pedas*
Daun bawang* | cincang @ bawang cincang
Bahan bertanda perlu disatukan dan ketepikan
2 biji telur ayam
CARA MEMASAK:
- Sediakan doh pastri dan masukkan ke aduan tart besar
- Bakar 10 minit dan cucuk permukaan doh tadi.
Angkat dan sejukkan..
4. Apabila kulit tat sejuk. masukkan inti tuna yang di sediakan.
6. Rata-ratakan, pecahkan telur ayam di dalam bekas lain, kacau sampai sebati dan tuangkan adunan telur dan masukkan sedikit garam.
7. Lakukan sampai habis dan bakar pada suhu 170c sehingga kuning keemasan.
Kredit resipi: nikee-me.blogspot
3. APPLE TURNOVER

BAHAN-BAHAN:
1 paket puff pastry | suhu bilik
BAHAN INTI:
- 4 biji epal hijau | potong dadu
- 4 cawan air
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 sudu besar mentega
- 1/2 cawan gula merah
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu makan air
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Panaskan oven pada suhu 200C
- Potong buah epal dadu halus dan letakkan ke dalam bekas yang berisi air dan di campurkan jus lemon kemudian ketepikan.
- Panaskan pan kuali kecil, letakkan mentega dan masukkan gula merah, serbuk kayu manis serta buah epal tadi. Masak dalam 2 minit dan masukkan bancuhan 1 sudu teh tepung jagung serta air.
- Gaulkan rata, setelah likat angkat dan sejukkan.
- Ambil kulit puff potong empat segi kecil dan letak inti epal. Sapukan sedikit air di tepi dan bentukkan menjadi 3 segi.
- Aturkan di dulang pembakar dan dalam 2 inci jaraknya dan sapukan susu atau telur merah di atasnya.
- Bakar pada suhu 180C selama 25 minit sampai masak garing..
INFO: Anda juga boleh menyediakn sugar glaze jika suka untuk di sapukan pada bahagian atas permukaan apple turn over yang sudah sejuk.
BAHAN SUGAR GLAZE:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gula aicing
- 1 sudu teh susu
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Gaulkan semua bahan ke dalam mangkuk kecil, kacau sampai sekata.
- Sapukan ke atas puff tunggu sampai kering dan sedia dihidangkan.
Kredit resipi: nikee-me.blogspot
4. PAI AYAM DAN BAYAM

BAHAN-BAHAN:
Inti:
- 400gm isi ayam | dipotong dadu
- 100ml krim masakan
- 5 ulas bawang putih | dihiris
- 100gm bayam | dihiris
- 1 kiub stok ayam
- Sedikit garam
- Sedikit minyak untuk menumis
- Kulit Pai:
- 150gm tepung gandum
- 6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
- 125ml air sejuk
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam lalu biarkan separuh masak. Masukkan bayam dan masak sehingga layu.
- Seterusnya, masukkan krim masakan dan kiub ayam. Kacau dan biarkan sehingga sedikit pekat. Ubahsuai rasa mengikut citarasa anda. Ketepikan seketika.
- Untuk menghasilkan kulit pai, campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar.
- Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
- Kepalkan menjadi bentuk bulat dan bungkus menggunakan plastik. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
- Canai doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan. Isi inti pai dan tutup permukaan dengan lebihan doh.
- Lubangkan sedikit penutup doh supaya pai masak sempurna. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain ayam, boleh juga menggunakan isi udang yang telah dicincang kasar
Kredit resipi: INSTAGRAM: imeldaharris
5. PIZZA MINI

BAHAN-BAHAN:
- 1 keping doh pastri segera serbaguna
- 200gm keju cheddar di parut
- 50gm peperoni | dihiris
- 5 biji tomato ceri | dihiris
- 1 tangkai daun basil segar
- Sedikit sos tomato
- Sedikit herba parsley kering
CARA MEMASAK:
- Uli doh pastri dan canai supaya menjadi bentuk doh pizza.
- Kemudian sapukan sos tomato hingga rata. Taburkan keju, hirisan peperoni, tomato ceri dan daun basil di atas pizza.
- Taburkan herba parley dengan secukupnya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga pizza masak.
Info chef: Inti pizza boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda.
Kredit resipi: INSTAGRAM: imeldaharris
Masakan Sunda Ni Memang Sedap Mengancam, Tengok Gambar Dah Kecur Air Liur!

Anda yang suka makanan yang pedas-pedas, jangan lupa singgah di Restoran Rumah Cibiuk, Seksyen 14, Shah Alam. Restoran ini menyajikan masakan Sunda yang rata-rata masakananya adalah pedas sedap. Tak cukup pedas ! Boleh tambah sambal dari enam variasi yang ada.
Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada empat resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri.

NASI LIWET AYAM BAKAR KAMPLIT
BAHAN NASI LEWET:
- 500gm beras wangi
- 3 ulas bawang merah | kisar halus
- 3 ulas bawang putih | kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
- 2 sudu makan marjerin
- 1 sudu makan minyak
- 1 cawan santan
- Air secukupnya
- 4 helai daun salam
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang serai | titik
- Garam secukupnya
BAHAN AYAM PANGGANG:
- 1 ekor ayam kampung | belah empat
- 200ml air
BAHAN KISAR UNTUK AYAM BAKAR:
- 2 helai daun salam
- 3cm lengkuas
- 4 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
- Sambal goreng bawang
- Hirisan ikan masin
- Hirisan jering goreng
- Hirisan tempe goreng
- Hirisan tauhu goreng
- Ulam-ulaman
CARA MEMASAK:
- Panaskan marajerin bersama minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai,halia,daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
- Masukkan beras wangi diikuti air dan santan.
- Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
- Tutup periuk dan masak seperti biasa dalam periuk elektrik.
- Setelah nasi masak, letakkannya di atas daun pisang dan letakkan ditengahnya dengan sambal bawang, daun kemangi.
- Gulungkan dan kemas di kedua-dua hujung gulungan. Ketepikan.
- Sementara itu sediakan ayam panggang. Gaulkan ayam bersama bahan kisar berserta air, garam dan gula secukupnya. Masak hingga airnya kering.
- Kemudian sediakan pemanggang atau panaskan ketuhar dengan suhu 180C. Panggang atau bakar ayam lebih kurang 15 minit. Setelah masak , ketepikan.
- Hidangkan Nasi Liwet bersama ayam bakar, tempe goreng, tauhu goreng dan jering goreng.

AYAM BAKAKAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung | bersihkan dan tos
- 1000ml sanatan pekat
- 3 helai daun salam
- 3cm lengkuas | titik
- 1 batang serai | titik
- 1 sudu makan gula merah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 12 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras | goreng sangai
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 6 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
- Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
- Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
- Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
- Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
- Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.

IGA BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
- 10 sudu makan kicap
- 500ml santan
- 1 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 1000ml air
- Garam secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 tangkai cili kering
- 3 biji buah keras
- 2cm lengkuas
- 5ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
- Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
- Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
- Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
- Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
- Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
- Seterus sediakan pemanggang.
- Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.

CUMI BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm sotong | buang kepala dan kulit arinya
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 helai daun salam
- Garam secukup rasa
- 2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili merah
- 2cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
- Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
- Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
- Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
- Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.

UDANG PETAI BERLADA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang segar | buang kulit dan kepala
- 1 cawan isi petai | buang kulit ari
- 1 sudu makan jus limau anaipis
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 12 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1sudu the serbuk belacan
- 1 biji tomato
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan air limau nipis. Biarkan lima minit, kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan.
- Paanaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan udang yang telah digoreng bersama petai, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kacau lagi seketika, kemudian tutup api.
- Udang Petai sedia dihidangkan.
Pedas Tapi Sedap. Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahannnya cukup mudah. Bagi anda yang suka sangat makan nasi goreng, resipi ni adalah salah satu yang perlu anda cuba. Memang membuka selera. Tak perlu dah makan dekat kedai. Masak sendiri lagi sedap.
Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG SOTONG PEDAS

BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – sukatan 3 orang makan
3 ekor sotong – hiris
4 biji cili padi
3 ulas bawang putih – beli online disini
3 biji bawang merah – beli online disini
1 sudu makan cili kering kisar – beli online disini
1 sudu teh udang baring / udang geragau – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur
Hirisan sayur pilihan – kubis/ petai/kacang panjang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang geragau hingga lumat.

2. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk bersama cili kering kisar hingga wangi dan garing.

3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.

4. Pecahkan telur.

5. Kacau hingga rencah menjadi sebati dan bergaul sebegini.

6. Masukkan nasi dan juga hirisan sotong. Kacau semua hingga bergaul rata.

7. Bila nasi sudah bergaul sempurna, masukkan hirisan kubis dan kacang panjang. Kacau lagi.

8. Seterusnya masukkan petai (jika ada). Gaul lagi hingga sayur masak dan sedikit layu.


9. Rasa nasi goreng. Jika semua perasa sudah cukup, angkat dan hidangkan.


Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! Resipi Telur Bistik Simple Sedap Macam Dekat Restoran
Sedapnya. Resipi Asam Laksa Sedap Ala-Ala D’laksa Yang Sangat Mudah
Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis. Simple Je Tapi Sedap
Resipi Nasi Air Thai. Sajian Bubur Nasi & Kuah Sup Panas Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

