
Sambal budu ni memanglah “favourite” orang Kelantan. Tetapi kesedapannya turut menggamit citarasa warga negeri-negeri lain untuk turut menikmatinya. Dahlah kosnya murah, cepat aje buatnya.
Kalau bajet ketat tengah bulan, makan sambal budu dengan nasi panas pun sudah cukup menyelerakan dan memuaskan hati. Kenyang perut suka hati, jomlah cuba membuatnya.
SAMBAL BUDU

BAHAN-BAHAN :
- 4 sudu pati budu (admin guna warna merah yg kurang masin)
- 3 sudu air asam jawa ( bancuh pekat)
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 10 biji cili api
- 2 biji limau kasturi
- 2 sudu gula
CARA MEMASAK
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, 2 sudu gula dan cili api sehingga lumat.
2. Masukkan pati budu dan air asam jawa dan perah air limau kasturi. Gaul sehingga sebati kesemua bahan2 tadi.
3. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Kredit : admin zaz 😀 — with Maria Jaafar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Gulai Lemak Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

“Dulu walau banyak mana makanan saya borong di Bazar Ramadan saya beli, balik rumah, masakan mak juga saya cari,” beritahu Fad Bocey. Nampak macam kelekar tetapi memang itulah yang berlaku di kalangan anak-anak. Sementelah lagi kalau bujang. Biarpun simple air tangan ibu tetap terbaik pada selera si anak.

Akui Fad Bocey, satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah dia jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bila berbuka, antara kuih kegemaran Fad adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.

“Saya sangat terharu dan seronok bila Chef Wan undang saya bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bestnya, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak secara live dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap.
Anda yang ingin mencuba menu yang disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey berikut disediakan resipinya

GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan
½ biji nanas | hiris
500ml santan pekat
200ml air
1/2 kecil parutan nanas
3 helai daun limau purut
1 genggan daun Basil Thai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
2batang serai
3cm kunyit hidup
1 1/2cm halia
2cm lengkuas
10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
- Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
- Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
- Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air daun pandan
200ml santan
2 biji telur |kacau
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya | untuk inti
2 sudu makan marjerin | cairkan
2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
- Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
- Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
- Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
- Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
- Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.

JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan gan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan padasetiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Bebola Daging Homemade, Lebih Sedap dan Lebih Sihat

Bebola daging ni sedap dibuat sup atau steambot. Lagi sedap kalau bebola daging ni kita buat sendiri di rumah. Boleh adun mengikut kehendak cita rasa kita sendiri.
BEBOLA DAGING MUDAH

BAHAN-BAHAN
• 200 gram daging kisar
• 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• Serbuk lada hitam
• Perasa dan garam secukupnya
• 2 senduk tepung ubi atau tepung jagung
• 1 biji telur ayam
• Air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian bulatkan ikut saiz kesukaan masing-masing.
3. Masuk dalam peti beku ½ jam atau 1 jam.
4. Keluarkan dan rebus. Pastikan rebus sehingga bebola timbul ke atas.
5. Bebola daging siap.
Resipi Oleh Ecah Jai dari Telegram KakiMakan
Nasi Ayam Panggang, Hidangan Sedap Untuk Tetamu Datang Bertandang!

Nasi ayam panggang hidangan lengkap yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Ayam di panggang harum memikat selera dan bahan sampingan seperti kicap, sambal dan sup lagi membangkitkan selera.

BAHAN-BAHAB NASI:
- 4 mug beras basmathi
- 6 mug air rebusan ayam
- 2 ketul kiub pati ayam*
- 3 inci halia*
- 3 biji bawang putih*
- 7 helai daun bawang
- 2 sudu besar minyak bijan
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 helai daun pandan- di simpul
- 4 – 5 sudu besar marjerin planta
**Kisar atau tumbuk bahan-bahan yg bertanda ( * )
BAHAN-BAHAN UNTK SOS PERAPAN AYAM PANGGANG:
- 1 ekor ayam – kerat 4 dan cuci bersih
- 7 sudu besar sos marinade ayam lee kum kee
- 1 sudu besar serbuk chinese five spice mc cormick
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 sudu besar serbuk chicken seasoning mc cormick
- 5 sudu minyak jagung
BAHAN-BAHAN SUP:
- 4 ulas bawang putih – di mayang
- 3 inci halia – di mayang
- 2 bungkus sup bunjut
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- 1 keping kecil asam keping
- Air rebusan ayam secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS CILI:
- 10/15 biji cili api merah – optional
- 6 biji cili merah
- 1 biji tomato- kerat kasar
- 2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji limau kasturi @ limau nipis- perah
- 1 sudu tomato sos
- 3 sudu cili sos
- sedikit air dari air rebusan ayam
- garam dan gula secukupnya
CARA-CARA: (Masukkan semua bahan didalam blender dan kisar hingga hancur)
BAHAN-BAHAN KICAP:
- 2 ulas bawang putih
- kicap manis secukupnya
- air rebusan ayam secukupnya
- 1 sudu besar sos tiram
- tepung jagung di campur dgn air secukupnya (untuk pekatkan)
- sedikit gula
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung)..selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur…agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya..(utk memekatkan kuah)
BAHAN HIASAN:
- Tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
CARA MEMASAK SUP:
- Mula-mula buat air rebusan ayam (masukkan air, sedikit daun bawang, halia & beberapa ulas bawang putih yang diketuk kasar) Tutup periuk dan masak hingga mendidih.
- Selepas air mendidih, masukkan ayam dan biarkan ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
CARA MASAK NASI:
- Mula-mula masukkan majerin dalam periuk elektrik dan biar ia mencair.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar dan biar naik bau.
- Selepas itu masukkan bunga lawang, daun bawang dan daun pandan.
- Bila sudah layu masukkan minyak bijan.
- Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam mengikut sukatan beras. Biarkan hingga nasik masak.
CARA MEMASAK AYAM:
- Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar.
- Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan. Sapukan rata dan biarkan 1- 2 jam.
- Selepas ayam diperap susun ayam dalam tray yang sesuai, tinggalkan bahan-bahan sos perapan yang lebih itu.
- Kemudian bakar ayam dalam oven selama lebih kurang 1 jam 15min pada suhu 200c.
- Baki sos perapan yang masih ada lebih tadi jangan buang. Setiap 20 minit keluarkan sekejap ayam dan sapukan ayam dengan lebihan sos perapan tadi, sehingga selesai bakar. ( anggaran dalam 3-4 kali sapu sepanjang proses bakar ayam tu..)
- Agak-agak warna ayam dah bertukar coklat gelap dan kulit ayam nampak berminyak berkilat boleh diangkat.
CARA MEMASAK SUP:
- Panas periuk dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia & sup bunjut sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah.
- Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. Masak sehingga mendidih dan perasakan sup. masukkan 1 kiub pati ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
Selepas semua sudah masak, bolehlah di makan. Cara penyediaan iaitu timun, tomato dipotong nipis-nipis, daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. Taburkan juga bawang goreng. Siap untuk dimakan.
Kredit: Adnilsam Apat




