Ni Dia Sambal Budu, Merecik Pedas & Sempoi Sangat

Share

Sambal budu ni memanglah “favourite” orang Kelantan. Tetapi kesedapannya turut menggamit citarasa warga negeri-negeri lain untuk turut menikmatinya. Dahlah kosnya murah, cepat aje buatnya.

Kalau bajet ketat tengah bulan, makan sambal budu dengan nasi panas pun sudah cukup menyelerakan dan memuaskan hati. Kenyang perut suka hati, jomlah cuba membuatnya.

SAMBAL BUDU

BAHAN-BAHAN :

  • 4 sudu pati budu (admin guna warna merah yg kurang masin)
  • 3 sudu air asam jawa ( bancuh pekat)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • 2 biji limau kasturi
  • 2 sudu gula

CARA MEMASAK

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, 2 sudu gula dan cili api sehingga lumat.
2. Masukkan pati budu dan air asam jawa dan perah air limau kasturi. Gaul sehingga sebati kesemua bahan2 tadi.
3. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Kredit : admin zaz 😀 — with Maria Jaafar.

Published by
Faridah Talib