Daging salah satu bahan basah yang boleh dibeli banyak untuk stok dan simpan dalam peti sejuk. Masalahnya bila dan sibuk, tak sempat masak hingga lupa ada simpan daging dalam peti sejuk. Bila tengok daging dah keras dan berubah warna. Mula was-was, boleh dimakan lagi atau tak?
Jawapannya, anda masih boleh menggunakannya untuk dimasak, walaupun sudah berubah warna dari merah ke coklat gelap atau kehitaman. Daging sebenarnya tetap elok dimakan selagi tidak dikeluarkan dari peti sejuk, tidak berbau atau berledir.
Memang daging segar berwarna merah, ia menunjukkan adanya kandungan protein yang dikenali sebagai mioglobin. Apabila daging terdedah pada udara terlalu lama dan terkenal cahaya berterusan, ia menyebabkan warna daging yang asalnya merah bertukar gelap. Air yang membeku dalam daging juga boleh mengubah warna. Bukan itu sahaja, daging juga mungkin menjadi lebih lembik dan mengecut sedikit.
Harap info ini membantu anda yang ragu-ragu akan daging yang telah disimpan lama dalam peti sejuk, jadinya selagi tidak dikeluarkan dari peti sejuk ia selamat digunakan ye…