
Cheesekut yang pernah menjadi viral ini memang menjadi kegilaan semua orang. Cara membuat yang sangat mudah dengan mengunakan bahan-bahan yang mudah dicari.
CHEESEKUT
BAHAN-BAHAN
- 1 paket biskut kering
- 1/2 tin susu pekat
- 250g cream cheese
- 1/4 cawan susu segar
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan cream cheese, susu pekat dan susu segar dalam blender. Blend sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.
- Dah sebati adunan tadi,buat lapisan nipis dalam bekas.
- Biskut kering tadi pulak, korang celupkan dalam susu segar. Susun kat atas cream cheese yang dalam bekas tadi.
- Sud ah selesai susun, lapiskan lagi cream cheese. Susun pulak biskut. Buat sampai cream cheese tadi, boleh tutup lapisan biskut paling atas.
- Simpan dalam peti ais semalaman.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ubi Kayu Sira Gula Pedas, Hidangan Orang Lama Tapi Tetap Disukai Ramai

Musim hujan ni sejuk. Jadi selalulah perut lapar. Hujan-hujan ni sedap kalau makan pedas-pedas sikit, kan? Apa kata kita buat ubi kayu sira gula pedas. Sedap sesangat. Jangan lupa bancuh kopi o. Terangkat la makan macam ni. RASA kongsikan resipi daripada status facebook atas nama Fatin Ramli.
Petang-petang ni dok saja-saja nampak ubi kayu so tercetus la menu zaman kanak-kanak dulu, sedap wea lama tak makan, ubi sira gula pedas Dulu kecik-kecik cukup suka makan ni, ni dah kira 20 tahun kemudian Baru nak merasa balik. Simple je rupanya buat ubi ni.
UBI KAYU SIRA GULA PEDAS

BAHAN-BAHAN
3 tongkol ubi kayu
Minyak masak
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
Gula
Garam
CARA MEMBUAT
1. Potong ubi kayu ikut cita rasa masing-masing.
2. Goreng ubi kayu sampai kekuningan dan empuk.
3. Angkat ubi kayu. Ketepikan.
4. Tumis bawang putih.
5. Masukkan cili kisar. Tumis lagi.
6. Masukkan gula dan garam.
7. Biarkan cili masak. Masukkan ubi kayu tadi.
8. Salut ubi kayu serata mungkin. Siap!
Kredit Resipi Fatin Ramli
Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa

Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya, mudah pula membuatnya.Esok hujung minggu beli santan lebih sedikit. Boleh buat 5 ‘dessert’ Melayu tradisional yang menceriakan hari minggu anda sekeluarga. Jom ‘try’ ya…
1. ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm sagu biji
- 100 gm kacang hijau
- Garam dan gula nisan secukupnya
*Gula nisan dibuat dari mayang kelapa dan dijual dalam pembalut berwarna warni
Bahan kuah :
- 2 cawan santan
- 2.5 sm halia /dimayang halus
- Satu sudu teh halba
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk.
2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa.
3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil
4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya.
5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan.
6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi.
7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan.
8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak.
Cara buah kuah :
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul.
2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi
3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.
Saiz hidangan : 20 biji
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih inisejuk atau panas.
2. BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan kacang hijau/ rendam dahulu sejam
- Air secukupnya untuk merebus kacang hijau
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- 1 ketul gula Melaka
- ½ cawan gula pasir
- 1 sudu makan minyak masak
- 2 helai daun pandan /belah dan simpul
- 1 sudu teh garam
- Isi durian secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu makan minyak masak (untuk cepat empuk).
2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir
3. Masukkan gula Melaka yang diracik, kacau hingga gula larut dan sebati.
4. Masukkan isi durian, masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan.
5. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
6. Setelah siap bolehlah dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Didih
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Bubur kacang hijau jadi makanan lepas buka istimewa terutamanya waktu moreh
INFO CHEF : Tambahan durian mengenakkan bubur kacang hijau. Mudah dan ringkas disediakan.
3. AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
- 10-12 gram agar-agar
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- 1 biji telur
- 3 1/2 cawan air
- 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
3. Pukul sedikit telur bersama santan. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
5. Tuang ke dalam acuan kecil dan sejukkan.
Saiz hidangan : 6 orang
Masa memasak : 10 minit
Cara memasak : Didih dan didinginkan dalam peti sejuk
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa santan berlemak dan daun pandan beraroma wangi
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk. Jika mahukan warna, boleh sahaja meletakkkan pewarna hijau atau gunakan gula Melaka untuk warna perang untuk agar-agar santan gula Melaka
4. PENGAT DELIMA DENGAN BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji delima /diambil isinya
- 1 biji santan kelapa
- 15 biji kurma /dibuang biji
- 10 biji buah tin kering /dipotong
- 20 biji gajus goreng @ bakar
- 2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
1. Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2. Masak dengan api yang sederhana.
3. Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
5. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan sagu /dibilas air dan tos
- 3 cawan air
- Sedikit garam
Bahan gula Melaka:
- 250 gm gula Melaka/ketulan besar (diracik halus)
- 1 cawan air
- 1 helai daun pandan /disimpul
- 1 tin susu cair
- Secubit garam (jika suka)
CARA MEMASAK :
Cara masak sagu :
1. Masak dalam api perlahan dan sentiasa kacau hingga sagu kembang.
2. Toskan dan bilas untuk buang kanji dan kemudian sejukkan.
Cara masak gula Melaka :
1. Masak semua bahan dalam api perlahan sehingga gula melaka cair .
2. Reneh hingga pekat, sejukkan.
Cara penyediaan :
1. Sudukan sedikit sagu dalam mangkuk atau gelas.
2. Tuangkan susu perlahan-lahan
3. Tuangkan sedikit sirap gula Melaka sedikit atau ikut kemanisan yang anda suka.
Saiz hidangan : 4 mangkuk kecil
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Sedap dimakan dingin, lemak manis.
INFO CHEF : Boleh gunakan santan gantikan susu. Masakkan santan sekejap dengan daun pandan dan sedikit garam.
Buat Air Sedap Guna Isi Rambutan, Limau Nipis, Pudina & Ais

Isi rambutan biasa dimakan begitu sahaja atau dijadikan jem. Namun pernahkah anda mencuba minuman yang diperbuat daripada buah ini? Saudari Azizah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Nampak sangat sedap dan menyegarkan. Malah bahan-bahannya juga tidak sukar. Jadi kalau dekat rumah ada banyak buah rambutan boleh cuba buat minuman ni. Barulah rambutan yang banyak tu tidak membazir. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan juga dimana jua.
RESIPI AIR SEDAP MENGGUNAKAN ISI RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
Isi rambutan secukupnya
Jus limau nipis – lebih sedap guna limau kasturi kerana lebih wangi
Gula secukup rasa – beli online disini
Daun pudina- jika ada
Ais
Air masak
CARA MEMASAK:
1. Bancuh gula bersama jus limau nipis dan air hingga larut.
2. Masukkan isi rambutan dan juga daun pudina. Jika suka, boleh simpan seketika dalam peti sejuk untuk mendinginkan air. Tidak letak pun tidak mengapa.
3. Tuang bancuhan air rambutan ke dalam gelas dan masukkan ais.
4. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Air ini mempunyai rasa masam dan manis. Sangat menyegarkan. Jika suka, boleh juga menambah asam boi dan biji selasih.
Kredit resipi & foto: Azizah Ibrahim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ringkas & Mudah. Ini Rahsia Daging Masak Merah Sedap Macam Dekat Kedai
Sapu Marjerin & Guna Api Kecil. Petua Masak Lempeng Tak Lekat Di Kuali
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official