Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila musim panas, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh. Jus Limau Kasturi bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi dalam masa yang sama baik untuk melegakan sakit tekak, demam dan sakit kepala. Jom kita cuba buat Jus Limau Kasturi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Masyirah Mat Saad
JUS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji limau kasturi 2 sudu besar gula (ikut cita rasa) 1 1/2 cawan air Asam boi Ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan limau kasturi dan buang bijinya.
Ads
2. Kisar bersama air dan gula. Jangan terlalu lama nanti jadi pahit pula.
3. Selepas dikisar, tapis dan ambil air jusnya.
4. Hidangkan bersama ais dan asam boi.
5. Jika suka boleh letak sedikit hampas kulit limau kasturi yang dikisar tadi. Tabur dalam jus limau kasturi.
Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan. Lagi pulak di musim raya, pasti banyak mengemas rumah kan.
Kredit foto: greenbelttp.comTapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.
Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.
1. NENAS
Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.
2. JUS OREN
Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.
3. KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.
4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)
Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.
5. MADU
Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…
RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’
BAHAN-BAHAN :
2 cawan kecil nenas dipotong dadu
1 cawan ‘rolled’ oats (empingan oat yang sudah digelek dan belum dimasak)
2 cawan air
1 gelas jus oren
1 batang kulit kayu manis 1 sudu teh madu semulajadi (mentah)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat. 2. Biarkan oat sejuk 3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus. 4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit
Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.
Selain lazat, buah yang memiliki kulit luar seperti bentuk duri itu dikatakan mampu memberi perlindungan kepada tubuh daripada proses penuaan yang pantas dan masalah diabetes. Haa bagus kan. Jadi, kali ni peminat buat naga boleh lah cuba untuk buat air atau jus nya pula. Sangat lah mudah, sihat dan sedap! Sesuai diminum pada bila-bila masa sahaja!
Comel dan menyelerakan ais krim soda sakura ni.Nampak cantik macam ikan kecil-kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan.
Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis.Jika ada yang nak mencuba boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Cik Fieyza.
AIS KRIM SODA SAKURA
Bahan-bahan:
1 tin laici dalam tin
1 botol air aiskrim soda
Air gula – tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang.
1 sudu tepung jagung (larutkan dengan air)
Plastik aiskrim
Pewarna pilihan
Cara membuat:
1.Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.
2.Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.
3.Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!