Nikmati Buffet Makan Malam BBQ Di The Grill Oleh Rasa Lama

Share

Bercerita tentang buffet makan malam, bilakah anda ‘menghadiahkan’ diri dan keluarga dengan pelbagai menu makanan yang lazat namun dengan harga yang berpatutan?

Nah, buat anda yang ingin melayan diri dengan pelbagai menu makanan dengan berkonsepkan buffet makan malam BBQ, bolehlah berkunjung ke The Grill oleh Rasa Lama, yang bertempat di SS15, Subang Jaya.

Hanya dengan bermodalkan RM99 bersih (dewasa) dan RM49 bersih (kanak-kanak), Buffet Makan Malam BBQ ini menawarkan pelbagai pilihan daging seperti kambing, rusuk daging lembu dan daging lembu serta makanan laut.

Tidak ketinggalan juga anda boleh menikmati pilihan sampingan ulam-ulaman selera orang lama seperti jantung pisang, ulam raja, sambal belacan, tempoyak, sambal mangga dan banyak lagi!

Malah tidak dilupakan menu gado-gado dengan kuah kacang dari Indonesia dan rojak buah yang sangat sedap!

Bila dah makan berat, kenalah ada hidangan pencuci mulut untuk melengkapkan hidangan makan malam anda. Tidak dilupakan hidangan kuih muih seperti ketayap, koci, lepat pisang, bubur pulut hitam dan air batu campur serta banyak lagi!

Opss, jika suka pencuci mulut ala Barat, restoran Rasa Lama turut menyediakan Panacota dan Cream Caramel.

Inilah masanya untuk anda dan keluarga, saudara-mara dan rakan taulan berkunjung ke Rasa Lama untuk menikmati hidangan yang lazat serta berkongsi kemeriahan BBQ panggang.

Paling istimewa, The Grill oleh Rasa Lama ini akan disediakan secara mingguan iaitu setiap Jumaat dan Sabtu, bermula malam sambutan Krismas 24 Disember dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi (03) 5611 4321 atau WhatsApp 011-2762 2118.

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff