Buat pencinta buah ceri, jenama Northwest Cherries kini sudah kembali ke Malaysia!
Buah ceri yang sinonim dengan bentuknya yang kecil tapi rasanya yang sangat sedap, Northwest Cherries ini kembali dengan kempen ‘Cherish The Moments’ bagi meraikan musim menuai yang berlangsung sehingga pertengahan Ogos.
Kempen ini menggalakkan orang awam untuk lebih menghargai momen bersama yang tersayang di samping menikmati buah ceri yang tinggi khasiat dan penuh berperisa.
Wakil Northwest Cherries di Malaysia, Retna Malar memberitahu, meskipun pengeluarannya terhad tetapi buah ceri ini mempunyai kualiti yang terbaik dan nilai yang tinggi.
Ads
“Tidak hairanlah buah ceri ini bukan saja saiznya yang besar tetapi rasanya lebih manis, lebih banyak jus dan rangup,” katanya.
Ads
Turut dikenali sebagai ‘Diamond of Fruit’, buah ceri ini kaya dengan kandungan potassium, vitamin C dan anti radang, yang membantu mencegah atau mengurangkan risiko beberapa penyakit keradangan.
Ads
Bukan itu saja, buah ceri ini rendah kandungan gula, tiada lemak dan bebas daripada garam. Oh ya, ceri juga satu-satunya yang mempunyai kandungan melatonin secara semulajadi.
Buah ceri Northwest Cherries boleh didapati di pasaraya AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben’s Independent Grocers, Cold Storage, Mercato, Lotuss, Giant, Aeon Big, TF-Value Mart dan NSK.
Buah ceri ini juga boleh didapati di pasar malam dan secara online di Lazada, Shopee dan Hantar Fresh di bawah label USA atau Washington Cheeries.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Raja Berjiwa Rakyat. Itulah yang boleh digambarkan akan keperibadian Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Jika semalam, YDPA Al-Sultan Abdullah bersama-sama turun padang meninjau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak PDRM di sekitar ibu negara, hari ini Raja Permaisuri Agong pula memasak juadah untuk disumbangkan kepada para doktor, jururawat dan petugas Hospital Sungai Buloh.
Menerusi instagram airtangan_tunkuazizah, baginda dilihat menyediakan beberapa juadah yang kemudiannya dibungkus dalam pek makanan. Nampak enak dan membuka selera kan?Pasti para petugas berasa lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab.
Walau kepenatan, diharap dengan sajian istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong ini dapat memberi semangat buat para petugas hospital.
Menjunjung kasih dan terima kasih kepada SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan kami di Hospital Sungai Buloh.
Setakat hari ini, sebanyak 1183 kes dilaporkan di Malaysia dengan 8 kematian dicatatkan. Malah 114 kes telah sembuh. Jumlah yang membimbangkan dan mungkin akan lebih meningkat jika tidak ditangani dengan sempurna.
Oleh itu,ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-19 di negara ini.
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd dan Astro telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman ( MoU) yang membentuk sebuah syarikat usahasama (JV Co) untuk penghasilan dan penjanaan keuntungan menerusi pemilikan kandungan di Malaysia dan rantau Nusantara.
Menurut Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, matlamat utama kolaborasi adalah menyasarkan penghasilan bersama kandungan harta-harta intelek atau IP yang komprehensif meliputi segmen Melayu dan Islamik. Menerusi misi utama untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan, Astro memerlukan IP yang pelbagai untuk memenuhi kehendak setiap segmen pengguna.
Kumpulan Media Karangkraf merupakan satu kuasa besar dalam industry kreatif terutamanya di kalangan komuniti berbahasa Melayu menerusi senarai aset media yang dimiliki dan usahasama yang dijalinkan ini bertujuan membangunkan jenama dan seleksi kandungan IP yang hebat bersama-sama. Usahasama ini menyatukan dua entiti yang membawa misi yang sama dengan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan masing-masing untuk membuka peluang perniagaan baru bagi mencipta harta-harta intelek Nusantara yang boleh digunapakai bukan sahaja di Malaysia malahan memiliki nilai komersial yang tinggi untuk dibawa menjelajah ke negara-negara serantau.
Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf berkata, “ Kumpulan Media Karangkraf amat teruja untuk menjalinkan kerjasama yang lebih rapat lagi dengan Astro, terutamanya setelah terlibat dalam pelbagai kempen sebelum ini seperti Projek Rumah Ngaji, Quran Hour dan sebagainya. Dengan gabungan jumlah jangkauan yang memberangsangkan, kami merasakan bahawa Astro merupakan rakan strategik yang paling tepat untuk membantu memperluaskan harta intelek kami di pelbagai platform seperti televisyen, OTT dan di ruang digital di Malaysia dan di negara-negara yang berikutnya. Usahasama ini akan membolehkan kami memiliki ekuiti dalam penguasaan kandungan Melayu dengan aspirasi serantau serta mempelbagaikan perniagaan baru seterusnya memacu inovasi digital.”
Karangkraf dan Astro berharap kerjasama ini akan saling melengkapi kekuatan masing-masing dalam menghasilakn sejumlah kandungan IP yang berkualiti serta pada masa yang sama memupuk budaya inovasi dan memiliki nilai yang tinggi bagi tujuan pengedaran untuk memenuhi kehendak industri yang semakin meningkat.
Kerjasama antara Karangkraf dan Astro adalah selaras dengan strategi utama Astro dalam menguasai pemilikan bersama kandungan IP utama yang mempunyai daya tarikan serantau dan memenuhi aspirasi syarikat untuk menjadi pembekal, pengumpul dan pengedar utama kandungan di Asean. Hari ini Astro telah menguasai sebanyak 71% daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia merangkumi 21 juta individu menerusi semua platform paparan manakala Kumpulan Media Karangkraf pula memiliki 15 juta pembaca merentasi penerbitan bercetak dan aset digital.
Siapa dah nikmati Roti Canai pagi ni? Kalau dah, anda patut berasa bangga kerana anda sedang menikmati hidangan roti terbaik di dunia!
Menerusi laman Instagram TasteAtlas, hidangan popular di Malaysia itu telah dinobatkan sebagai roti terbaik mengalahkan sajian-sajian lain yang popular di serata negara. Sebanyak 50 jenis roti terbaik telah disenaraikan dan Roti Canai mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Mengikut carta yang dikongsikan juga, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan Roti Naan, tetapi juga Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.
Malah tahun lalu, Roti Canai juga dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia. Wow… Tak sangka kan? Satu dunia mengiktirap sajian kegemaran ramai ini. Memang patut kita banggakan!
Jom cuba buat Roti Canai sendiri bersama kuahnya sekali.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.