Nikmati Keenakan Daging Lembu & Bebiri Muda Australia di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Share

Buat para penggemar daging, pasti anda bersetuju yang seleksi daging lembu dan bebiri muda kambing Australia halal menjanjikan kesegaran rasa, berperisa dan cukup sempurna untuk digandingkan dalam pembuatan sushi Jepun.

Daging lembu dan bebiri muda kambing halal terbaik Australia adalah hasil padang rumput ternak hijau yang subur, udara segar, cahaya matahari dan air bersih. Daging lembu Australia sentiasa menjadi pilihan unggul dengan rangkaian tekstur, kelembutan, profil rasa dan kualiti pemakanannya.

Rangkaian besarnya termasuk produk daging lembu yang diberi makan rumput berkualiti, bijirin, organik beserta baka yang berkualiti tinggi seperti Wagyu, Hereford dan Angus. Kambing Bebiri muda Australia adalah sumber protein yang bermutu tinggi, lazat dan sihat.

Sushi yang baik tidak semestinya hanya menggunakan hidupan laut. Sushi yang dibuat dengan daging lembu Australia Wagyu, Hereford dan Angus, misalnya, akan menaikkan beberapa tahap dalam rasa dan tekstur.

Bebiri muda dalam sushi mungkin kedengaran agak pelik tetapi ia sebenarnya memberikan satu dimensi rasa yag menarik kepada para peminat sushi dan onigiri. Bebiri muda Australia merupakan pilihan protein yang sihat.

Sempena meraikan Chef Cash Fong untuk siri #DoneWithChef di Grand Hyatt Kuala Lumpur sehingga 3 September, Daging dan Ternakan Australia (MLA) dengan kerjasama Grand Hyatt Kuala Lumpur telah mengadakan satu ‘Masterclass Sushi’ dengan menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia bersama pihak media.

Chef Cash Fong merupakan Chef Eksekutif Jepun dari kumpulan restoran Tung Lok di Singapura, mengendalikan masterclass eksklusif di THIRTY8 Restaurant, Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan menunjukkan cara yang lazat untuk membuat sushi dan onigiri menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia.

Pihak media telah dijemput untuk merasai hidangan Jepun dalam Siri #DinewithChef. Antaranya ialah Platter Rasa Wagyu Australia, Wagyu Tataki Australia, Stik Kohitsuji Miso (bebiri Muda Australia) dan Stik Wasabi Australia. Memang enak-enak belaka sajian yang dihidangkan.

Daging lembu Australia Grassfed dikatakan mempunyai rasa yang mantap, bersahaja dan tekstur yang sangat baik. Sebagai makanan berkhasiat semulajadi, daging lembu yang diberi makan rumput dilihat sebagai komponen penting untuk diet yang sihat, secara semulajadi rendah lemak dan kolesterol. Ia mengandungi 12 nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik, termasuk vitamin Zat Besi, Zink, Omega-3 dan B.

Daging lembu Australia yang diberi bijirin termasuk daging lembu Wagyu Australia berasal daripada lembu yang telah diberi makanan yang seimbang dari segi pemakanan dan bercatuan tenaga tinggi untuk tempoh tertentu. Ini menghasilkan marbling yang dipertingkatkan, dengan kelembutan yang ditambah baik, lebih berjus dan rasa yang lebih baik.

Bebiri muda Australia, yang diternak terutamanya di padang rumput, menghasilkan daging tanpa lemak yang berkhasiat serta mengandungi 12 nutrien penting yang sama seperti daging lembu Australia.

Published by
Naqiyatul Uzma