
Siapa yang suka makan makanan laut, mesti suka makan ketam kan? Walaupun nak makan tu penuh cabaran sebab kena kopek kulit ketam tu, namun itulah keseronokan menikmati ketam. Kali ni RASA nak kongskikan resipi Ketam Cili yang simple tapi tetap menyelerakan.
KETAM CILI

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
2 biji bawang kecik
4 tangkai cili api
1 inci halia
5 tangkai cili besar
1/2 biji bawang besar
Bahan-bahan
1 sudu taucu
2 sudu sos tomato
Secubit garam
1 mangkuk air
3 ekor ketam
1/2 mangkuk air tepung jagung (jika perlu)
1 biji telur ayam
Bahan hiasan (jika mahu)
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Tambahkan taucu dan sos tomato.
3. Perasakan dengan garam.
4. Masukkan air sedikit dan biar kan mendidih.
5. Masuk ketam dan gaul sebati. Biarkan sehingga ketam masak.
6. Kemudian pekatkan kuah dengan air tepung jagung (jika perlu).
7. Pecahkan telur ayam kemudian tuang ke dalam kuah ketam. Gaul rata.
8. Taburkan bawang goreng dan daun sup / daun bawang jika perlu
Selamat mencuba.
Resipi oleh Siti Nurain Azmi dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Sajian ‘Simple’ Tapi Sedap Dari Ayu Shuhaimi di Rasa : Instafamous Episod 11.

Tengok dari rupa dan hidangannya pun dah tahu sedap. Rancangan Rasa : Instafamous episod 11 menampilkan Instafamous @ayu.shuhaimi dengan tiga resipi hebatnya Telur Sumbat @ Devil Egg, Tomyam Seafood dan Koktel Buah Ais Krim Vanilla.

Ayu Shuhaimi ni nama sebenarnya Ayuazuraimi Bt Ahmad Shuhaimi, 34 tahun, dia mempunyai latar belakang akademik Seni RekaGrafik dan Digital Media. Pernah bekerja di bidang ini , tetapi wanita kreatif ini kini menjalankan perniagaannya di pejabatnya sendiri iaitu Fotografi Perkahwinan dan jualan tudung jenamanya sendiri Juzy Store.

Akuan instagramnya memang padat dipenuhi dengan video memasak ‘step by step’ yang kini mempunyai pengikut mencecah lebih 50 ribu orang. Sebelah tangan memasak, dan sebelah tangan merakam video . Setiap hari Ayu akan membuat dua posting video iaitu pada jam 8 lebih pagi dan sebelah malamnya balik dari pejabat pada jam 8 malam untuk sajian malam pula.

“Asalnya saya hanya memuat naik cerita-cerita biasa yang berlaku di sekitar saya, baru dua tahun kebelakangan ini saya mula memuat naik video memasak. Saya tertarik dengan video memasak orang lain di IG dan saya rasa teruja nak berkongsi sajian dari saya pula. Lagi pulak masa tu saya tengah ‘test’ iphone yang baru dibeli, jadi saya ‘explore’ dengan mengambil foto makanan dan membuat video memasak sendiri.
Selepas memuat naik video yang ke sepuluh tiba-tiba jumlah followers makin ramai hinggalah meningkat ke lebih 50 ribu orang kini. Video yang paling ramai pengikutnya adalah semasa saya berkongsi sajian Asam Pedas, Chicken Buttermilk dan sajian Barat.” ceritanya kepada RASA.

Isteri kepada Mohd Zul Helmi Tahuddin, 36 tahun juga beruntung kerana hobinya ini mendapat sokongan dari suami. Ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Arfan, 1 tahun setengah ini juga banyak memuat naik sajian Johor iaitu hidangan yang dipelajari dari ibunya dari Johor.
Sejujurnya Ayu mengakui dia belajar memasak secara serius selepas mendirikan rumahtangga 2010. Lagi pula suaminya memang gemar makan di rumah. “Saya belajar masak tak tengok resipi. Masak ‘trial and error’, kalau biasa memasak lama-lama kita tahu sendirilah. Prinsip saya , saya suka masak yang simple tapi sedap.” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya bila bersiaran dan memasak di dalam rancangan Rasa : Instafamous, jawabnya, “ Terkejut dan teruja sebab dapat tengok kerja-kerja rakaman dan produksi di belakang tabir. Kalau biasa memasak depan video sahaja, bila berpeluang masak di kaca tv memang sangat mengujakan,” akhirinya dengan nada ceria.


Ni dia 3 resipi dari Ayu, bolehlah dicuba nanti, ya. Memang sedap dan mudah dibuat, gerenti jadi .
1.TELUR SUMBAT




2. TOMYAM SEAFOOD






3. KOKTEL BUAH AIS KRIM VANILA




Untuk resipi yang lebih menarik di episod akan datang, teruskan menonton rancangan Rasa : Instafamous setiap Isnin jam 12 tengahari , hanya di Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/vl.2216996325249586/1741019722687752/?type=1
Resipi Rendang Udang Pedas, Sedap Cicah Lemang & Nasi Impit. Makan Dengan Nasi Putih Pun Enak Juga

Resipi rendang udang pedas ini boleh juga jadi menu untuk jamu tetamu yang datang beraya di rumah.
Kalau biasa hidang rendang ayam atau daging untuk kelainan buat rendang udang pedas ini. Memang berselera tetamu makan. Lagi sedap kalau guna udang segar.
Boleh hidang dengan lemang, nasi impit atau makan dengan nasi putih pun sedap juga.
Resepi rendang udang pedas

Bahan-bahan
1/2 kilo udang – ikut saiz kegemaran korang
3 batang serai – kisar
1 inci halia – kisar
1 inci lengkuas – kisar
3 biji bawang besar – kisar
5-6 biji bawang putih – kisar
Cili kering – kisar (ikut tahap pedas yang disukai)
Kacang panjang – potong ikut suka
Sedikit sos tiram
Santan
Kerisik
Gula perang
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun kunyit – dihiris halus
Sekeping asam keping

Cara penyediaan
1.Tumis bahan kisar dalam minyak panas sampai naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan garam dan gula perang, kacau rata.
3.Tuangkan santan dan sedikit air, biarkan mendidih dan naik minyak.

4.Masukkan udang dan asam keping, renehkan seketika sampai udang masak sempurna.
5.Tambah kerisik dan kacang panjang, biarkan seketika untuk sebati.
6.Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan serbuk lada hitam, kacau rata dan tutup api.
Kredit resepi & foto: Zana Mokhtar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Resipi Sambal Sotong, Ringkas Je Rencahnya Tapi Sedap

Sambal Sotong yang mudah, sedap dan ringkas cara memasaknya tentunya sangat digemari ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa mengikut selera. Terdapat pelbagai resipi Sambal Sotong yang boleh dicuba dimana penggunaan bahan-bahannya juga terdapat kelainan. Bagi anda yang suka resipi sambal sotong yang ‘basic’, resipi dari saudari Haziraida Md Isa atau lebih mesra dengan panggilan Zie ini antara yang boleh dicuba. Sedap! Jom lihat cara-cara penyediaannya.
RESIPI SAMBAL SOTONG CARA ZIE

BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong
- 3 biji bawang besar – beli online disini
- 3 ulas bawang putih – beli online disini
- 13 tangkai cili kering Kelantan – beli online disini
- Sedikit air asam jawa – beli online disini
- Garam dan gula secukup rasa
INFO: Zie guna cili kering Kelantan yang saiz besar kerana cili kering jensi tersebut tidak pedas. Jika suka pedas, boleh guna cili kering yang halus kerinting. Pastikan jumlah cili digandakan kerana saiznya lebih kecil.
CARA MEMASAK:
1.Siang sotong, bersihkan dan toskan airnya. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti bila masuk dalam sambal, sotong akan cepat kecut, lebih berair menjadikan sambal lebih berkuah seterusnya menyebabkan sotong jadi keras.

2.Rebus cili kering dan kisar hingga betul-betul lumat.
3.Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih. Kisar sekejap sahaja sebab tak nak terlalu lumat.
4.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak dan pecah minyak.

INFO: Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama.

5.Masukkan sotong, garam dan gula. Bila sudah masukkan sotong, masak sekejap sehingga sotong masak sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.
6.Sambal Sotong ringkas sudah siap dimasak dan sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Haziraida Md Isa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

