Nikmati Kuetiau Sup Ala Kopitiam, Hasil Air Tangan Sendiri

Share

Jika jemu menggoreng, kita merebus. Jika bosan dengan kuetiau goreng, apa kata kita tukar dengan kuetiau sup pula. Buat cita rasa ala kopitiam. Bahan-bahan pun ringkas, dan mudah juga nak buat.

Selera kita memang berubah-ubah. Kadang kala rasa teringin nak ke kopitiam, tapi malas sungguh nak bersiap keluar. Jadi, cara paling mudah, buat saja kuetiau sup ini demi memenuhi selera. Resipi mudah ini ada dikongsikan oleh Siti Rahayu Ahmad

. Jom kita buat. Cili kicap dan garlic oil tu yang buat lagi terangkat rasanya.

KUETIAU SUP ALA KOPITIAM

BAHAN-BAHAN:

Kuetiau (cuci untuk buangkan lebihan minyak)

Sayur sawi pakchoy (dicelur)

(SUP)

Isi ayam

Fish ball

Fish cake

1 kiub pati ayam – Boleh beli online di sini

White pepper – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Rebus isi ayam hingga mendidih.

Masukkan fish ball dan fish cake.

Masukkan 1 kiub pati ayam dan white pepper.

Keluarkan isi ayam daripada kuah sup.

Sejukkan dan carikkan isi ayam.

(CILI KICAP)

BAHAN-BAHAN:

Cili padi

Kicap masin – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Potong cili dan campurkan dengan kicap masin.

(GARLIC OIL)

BAHAN-BAHAN:

1 labu bawang putih 

Minyak – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Cincang 1 labu bawang putih. Boleh pakai chopper

untuk memudahkan.

Masukkan minyak ke dalam kuali kecil dan masukkan bawang putih tadi.

Hidupkan api, gunakan api yang kecil sahaja.

Kacau hingga bawang garing dan kekuningan.

Kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus, nanti pahit.

CARA HIDANGAN:

Masukkan kuetiau ke dalam mangkuk. Susunkan isi ayam.

Sendukkan sup berserta fish ball dan fish cake.

Masukkan cili kicap dan garlic oil.

Sedia dinikmati.

Kredit: Siti Rahayu Ahmad

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida