Nikmatnya Berbuka Dengan Buah Kiwi SunGold Zespri dengan Air Kelapa. Minum Sejuk Memang Best!

Share

Kombinasi buah kiwi segar, kelapa, kurma dan madu menjadikan minuman ini sangat menyegarkan dan menambah tenaga.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu besar madu
  • 2 Buah Kiwi SunGold Zespri – dipotong dadu
  • 2 kelapa muda, air dengan isinya – dihiris
  • 8 kurma – dihiris
  • 2 cawan kiub ais

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan madu, Buah Kiwi SunGold Zespri, air kelapa dan isinya ke dalam jag. Kacau.
  2. Seterusnya, masukkan kurma dan kiub ais.
  3. Sedia untuk dihidangkan.
Published by
Nur