Siapa suka cheesekut dan puding tiramisu? Keduanya mempunyai penggemarnya. Jadi untuk puaskan hati, kita gabungkan ke dua-duanya, puas hati dapat makan dua menu dalam satu bekas.
CHEESEKUT PUDING TIRAMISU Bahan kastard: 1 tin susu cair 1 tin air (guna tin susu) 1/2 tin susu pekat (saya kurangkan)-BELI ONLINE DI SINI 5 sudu besar tepung kastard-BELI ONLINE DI SINI Sedikit garam Sedikit pewarna kuning-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Campurkan semua bahan dalam kuali/periuk, kacau sebati dan tiada ketulan. Masak dan sentiasa dikacau dengan api perlahan hingga pekat dan meruap-ruap. Ketepikan.
Ads
Bahan cream cheese: 250gm cream cheese 1/2 tin susu pekat (saya kurangkan)
Cara membuat: Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat, putar lagi hingga sebati.
Ads
Bahan hidangan: 1 bungkus biskut ladyfinger/marie 2 paket nescafe 3 in 1 2 cawan air panas Milo/serbuk koko (saya campurkan) Nestum original Bahan tabur/hiasan/topping
Ads
Cara membuat: 1.Sudukan sedikit kastard ke dasar bekas. 2.Bancuh nescafe dengan air panas. Celupkan biskut ke dalam air nescafe. Susun biskut di atas lapisan kastard. 3.Taburkan milo/serbuk koko dengan rata di atas biskut. 4.Sudukan pula sedikit cream cheese di atas taburan milo/sebuk koko. 5.Taburkan nestum sebanyak yang disukai di atas lapisan cream cheese. 6.Ulangi langkah yang sama dari adunan kastard sehingga penuh bekas. 7.Lapisan akhir paling atas boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing. Boleh letakkan bahan tabur seperti milo, serbuk coklat, nestum, coklat cip, biskut oreo dan buah-buahan. 8.Simpankan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam. Kemudian bolehlah dinikmati.
Kalau pergi ke pasar malam pasti nak mencari murtabak. Tidak kira murtabak daging atau ayam keduanya jadi kegemaran ramai. Sebenarnya buat sendiri murtabak ni lagi puas makan. Jom kita buat murtabak mini menggunakan kulit popia, mudah saja tidak perlu uli dohnya.Boleh cuba membuatnya ikut resipi Dianadiandra Diana. Confirm tak cukup satu.
MURTABAK MINI
Bahan-bahan kulit popia:
3 biji ubi kentang ( potong dadu)
2 biji bawang besar ( saya guna bawang Holland)
1 ulas bawang putih ( di dadu)
3 sudu makan rempah kari ikan
Daun sup/bawang
Isi ayam/daging dicincang
2 biji telur ayam
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan merah,masukkan rempah dan tuang sedikit air( jangan banyak),lepas rempah pecah minyak,masukkan isi ayam dan kentang, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering(dengan api sederhana).
2.Pecahkan telur masukkan sedikit garam dan pukul sebati kemudian masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam telur gaul sebati.
3.Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.
4.Letakkan di atas kulit popia.Lipat seperti bentuk murtabak.
5.Begini hasil setelah dilipat.
6.Goreng dalam periuk ajaib atau kuali yang tidak melekat dengan minyak yang sedikit.Jika mahu garing atau sebaliknya terpulang pada anda.Balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak siap untuk dihidangkan.
Dalam suasana raya, tetamu sentiasa datang bertamu, Jika ada tetamu datang malam anda mahu hidangkan satu menu berat yang ringkas. Dua menu ini boleh anda cuba, mudah disediakan dan rasa memang gerenti sedap. Lebih penting lagi semua orang boleh makan.
MI AYAM ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning | cuci dan tos
2 pokok daun bawang | hiris 3-4 cm panjang
2 pokok sawi Phat Choi | hiris memanjang
4 biji cili padi | titik
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
PERAPAN AYAM:
200gm isi dada ayam | hiris nipis kecil
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN SOS:
1 sudu makan air
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
BAHAN SUP:
1 mangkuk air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
1 hirisan halia
1 biji bawang putih | titik
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan ayam bersama bahan perapan, gaul rata.
Perapkan sekurang-kurangnya 15 minit (lebih lama lebih sedap).
Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata, ketepikan.
Untuk kuah sup air rebusan ayam tadi dipanaskan, campurkan bawang titik, hirisan halia, pati ayam dan perasakan dengan garam jika perlu.
Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan ayam yang telah diperap tadi seketika (tidak perlu garing). Angkat dan ketepikan.
Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, lalu tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
Kemudian masukkan mi kuning, gaul rata dan tuangkan bahan sos.
Kacau rata, masukkan Phat Choy dan ayam yang telah ditumis
Kacau supaya sos sebati dengan mi.
Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Hidangkan bersama kuah sup yang telah disediakan tadi.
NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
100gm sudu ikan bilis halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
1/2 batang lobak merah | dadu halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok Nasi
Ikan bilis goreng
Telur dadar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
Tak tau nak masak apa hari ni, berikut ada tiga resipi daging dan ayam yang mudah dan pedas. Cadangan ini sesuai sangat kalau masak hujung minggu untuk hidangan keluarga atau tetamu yang datang berkunjung di rumah. Sesekali ubah selera ubah selera apa salahnya.
DAGING LADA HITAM ALA HS NADA
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan lada hitam | kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3biji bawang besar | 2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
5 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika perlu
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan lada hitam, sos tira, hirisan daging dan hirisan bawang, kacau rata.
Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
AYAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit.
BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
Tutup api, ayam sedia dihidangkan.
GULAI KETING:
BAHAN-BAHAN:
1 kg keting | rebus
750ml santan
5 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
3cm lengkuas | hiris
4cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
Biarkan mereneh hingga keting empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!