Siapa suka cheesekut dan puding tiramisu? Keduanya mempunyai penggemarnya. Jadi untuk puaskan hati, kita gabungkan ke dua-duanya, puas hati dapat makan dua menu dalam satu bekas.
CHEESEKUT PUDING TIRAMISU
Bahan kastard:
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu)
1/2 tin susu pekat (saya kurangkan)-BELI ONLINE DI SINI
5 sudu besar tepung kastard-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan dalam kuali/periuk, kacau sebati dan tiada ketulan. Masak dan sentiasa dikacau dengan api perlahan hingga pekat dan meruap-ruap. Ketepikan.
Bahan cream cheese:
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat (saya kurangkan)
Cara membuat:
Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat, putar lagi hingga sebati.
Bahan hidangan:
1 bungkus biskut ladyfinger/marie
2 paket nescafe 3 in 1
2 cawan air panas
Milo/serbuk koko (saya campurkan)
Nestum original
Bahan tabur/hiasan/topping
Cara membuat:
1.Sudukan sedikit kastard ke dasar bekas.
2.Bancuh nescafe dengan air panas. Celupkan biskut ke dalam air nescafe. Susun biskut di atas lapisan kastard.
3.Taburkan milo/serbuk koko dengan rata di atas biskut.
4.Sudukan pula sedikit cream cheese di atas taburan milo/sebuk koko.
5.Taburkan nestum sebanyak yang disukai di atas lapisan cream cheese.
6.Ulangi langkah yang sama dari adunan kastard sehingga penuh bekas.
7.Lapisan akhir paling atas boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing. Boleh letakkan bahan tabur seperti milo, serbuk coklat, nestum, coklat cip, biskut oreo dan buah-buahan.
8.Simpankan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam. Kemudian bolehlah dinikmati.
Kredit :norfazidagda