Nikmatnya Dapat Makan Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus Ni

Share

Siapa yang suka sangat dengan kek coklat boleh cuba versi yang ini pula. Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus ni sedap disimpan dalam chiller dulu kemudian baru dipotong. Buat untuk minum petang nanti. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya.

Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus
110gm tepung gandum
2 sudu makan serbuk coklat
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu teh garam


1 sudu kecil baking powder
Ayak.kemudian gaul sebati dahulu. Ketepikan
2 biji telur
150gm gula kastor
Whisk hingga gula larut kemudian masukkan
125ml susu cair ,gaul hingga sebati.

Cara membuat:

1.Masuk bahan ayak sikit-sikit, kaup balik hingga betul-betul sebati dan adunan tak berketul. Adunan nampak licin je.
2.Kemudian masuk 45ml minyak jagung. Gaul betul-betul sebati,baru masuk loyang.
3.Panaskan kukusan. Kukus 30minit.Dah sejuk keluarkan dari loyang. Potong bahagian tengah kek.
4.Putar 250g cream cheese
5.Masuk ½ cawan whipping cream,kalau tak ada guna susu full cream pun boleh.
6.Masuk 1/2,cawan susu pekat,putar lagi.
7.Bila dah nampak leleh sikit.lapis kat bahagian tengah kek. Letak pulak lapisan kek lagi satu.


8.Untuk bahagian atas pulak,lapis lagi cream cheese kat semua lapisan atas.
9.Untuk curah coklat,Double boil coklat masakan. Saya guna coklat beryls milk bukan dark.boleh je mana-mana pun lebih kurang 3/4cawan. Masuk 1/2cawan whipping cream.Bila air dah didih,kacau coklat hingga cair tutup terus api.Tunggu sejuk sekejap baru curah atas lapisan atas cheese tadi.

10.Masuk lebihan cheese dalam piping beg .Lakarkan sikit atas tu.
Siap dah. Boleh simpan dalm peti sejuk dulu. Kemudian baru dipotong.


Kredit: Iedaa Jahaya

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Putri Adila Saari