Dapat minuman sejuk seperti jelly teh bunga ni memang puas hati.Minum pula semasa tekak tengah haus. Menariknya minuman ini ada diletakkan jeli di dalamnya. Sedut air dan makan bersama jeli. Boleh juga jamu tetamu jika ada majlis tertentu. Boleh cuba buat nanti.
JELLY TEH BUNGA
BAHAN-BAHAN:
1 pek serbuk jelly
1 tin laici
2 kotak teh bunga kurang gula 1L
Asam ko
Dauan pudina
Limau Kasturi
Gula melaka
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan air teh bunga 2 kotak (2L) dalam periuk.
2. Apabila air dah panas, masukkan gula melaka yang telah dihancurkan.
3. Masukkan 1 pek serbuk jelly, kacau larut.
4. Kemudian masukkan daun pudina untuk naikkan aroma
5. Tunggu sehingga mendidih, tutup api dan asingkan daun pudina
6. Sejukkan 2-3 jam adunan tadi dalam bekas pilihan
7. Untuk hidangan, masukkan ais kiub dan tuang jelly keatasnya.
8. Masukkan perahan limau kasturi, hiaskan sedikit asam ko, buah laici dan daun
pudina.
Ibu-ibu yang ada anak kecil yang masih menyusu, boleh cuba buat dan amalkan minuman ini untuk menambah susu badan. Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ini adalah yang diamalkan oleh beliau sendiri. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MINUMAN PENAMBAH SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan barli
Gula batu / madu – ikut citarasa masing-masing.
1 liter air
Daun pandan – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Basuh barli dan toskan.
2. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air, daun pandan serta gula batu atau madu. Jumlahnya ikut kemanisan yang digemari.
3. Rebus semua bahan-bahan hingga barli kembang. Pastikan guna api perlahan sahaja.
4. Buang daun pandan dan boleh simpan dalam bekas bersesuaian. Minum 3 kali sehari.
Nikmati kesegaran jus dan minuman sejuk yang enak untuk meredakan rasa dahaga. Pastinya jika disediakan sendiri di rumah lebih jimat dan menepati cita rasa keluarga.
1. BANDUNG STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi ] dibelah 4
5 biji laici dalam tin
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
2. SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
3. AIR KATIRA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan sirap hijau
2 helai daun pandan
1 liter air
1 tin susu cair
250 ml soda
Sedikit katira ] getah anggur
Sedikit sagu
1 sudu makan cendol
1 sudu makan cincau
1 sudu makan gajus
1 sudu makan badam
1 sudu makan kacang tanah ] digoreng
1 sudu makan kurma
3 biji buah kabung
1 sudu makan kismis
1 csudu teh biji selasih
Sedikit buah semangkuk
Gula batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
2.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
3.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
4. JUS MANGGA PUDINA
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
5. PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 tangkai pudina
500ml air
2 biji lemon ] di perah jus dan tapis
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
6. JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
5 biji strawberi
1 cawan air
4 sudu makan gula
5 biji laici
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
2.Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
3.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
7. AIR KELAUT
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
2 gelas air
1 sudu teh pewarna biru
50gm tembikai ] potong dadu
1/2 biji epal hijau ] potong dadu
1/2 biji belimbing ] potong dadu
1/2 biji oren ] dipotong dadu
2 keping nanas dalam tin
1 sudu makan biji selasih ] direndam
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga larut. Masukkan pewarna.
2.Masukkan semua buah yang dipotong dadu, nanas dan biji selasih. Kacau sebati.
3.Masukkan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut kegemaran anda.
8. JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
9. CINCAU MILO TABUR
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan serbuk Milo
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan air panas
1/2 cawan air sejuk
3 sudu makan cincau
Ais secukupnya
3 sudu makan Milo ] untuk tabur
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4.Tambahkan ais. Sedia diminum.
INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.
10. SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
4.Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
5.Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
Ya Allah, nikmatnya kalau dapat minum Air Cendol Gula Melaka. Nak-nak pula cuaca panas. Memang terasa segar ditekak. Jika masih tercari-cari minuman yang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu, apa kata anda hidangkan Cendol Gula Melaka. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti menjadi kesukaan ramai. Jom kita cuba resipi Cendol Gula Melaka seperti yang dikongsikan oleh Shida Ambok
RESIPI CENDOL GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg cendol segera 1 tin susu sejat –BELI ONLINE 1 tin santan pekat (resipi akan lebih enak bila guna santan perahan kelapa parut) Secubit garam – BELI ONLINE Gula melaka (kalau tiada gula melaka boleh juga guna gula merah) – BELI ONLINE Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Campur 1 tin susu sejat dengan santan pekat (Nisbah1:1)
2. Kacau dan masukkan secubit garam untuk naikkan rasa.
3. Cairkan gula melaka di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
4. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap apabila ditambah ais.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.