Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat tempatan yang terkenal dengan inovasi digitalnya, dengan bangganya mengumumkan pelancaran dua produk digital terbarunya iaitu aplikasi seeNi dan portal Kliik.
Pelancaran yang berlangsung di Hall 7, Kuala Lumpur Convention Centre ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Ybhg Datuk Fadzli Abdul Wahit.
Aplikasi seeNi adalah SuperApp terbaru yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv dengan misi mengubah cara rakyat Malaysia menikmati kandungan digital.
Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel, video, podcast dan siri seeNi Original.
Selain menikmati konten secara percuma, aplikasi ini juga memberi peluang kepada anda untuk menjadi pencipta kandungan dan menjana pendapatan melalui platform ini. Syok kan?
Pengguna juga dapat menikmati pengalaman interaktif seperti memberi tanda suka, mengulas dan berkongsi kandungan yang mereka suka.
Ads
Lebih menarik lagi, seeNi menawarkan akses kepada jenama-jenama media terkemuka seperti Sinar Harian, Astro Awano, Amanz dan Kita Family Podcast.
seeNi juga memberi ruang kepada pencipta kandungan seperti Hazeman Huzair dan Suhaib Henshin untuk berkarya.
Kliik.je pula merupakan platform yang interaktif dan berasaskan komuniti. Portal ini bertujuan untuk mencipta keterujaan dalam kalangan komuniti dengan menawarkan pelbagai menarik dan boleh mendapat ganjaran menarik termasuk akses kepada pertandingan, sampel percuma, event, seminar dan webinar.
Ads
Para pengguna boleh mendaftar di Kliik.je dan memilih tugasan serta cabaran yang bersesuaian dengan minat mereka untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan.
Dengan aplikasi seeNi, rakyat Malaysia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis kandungan yang bukan saja mendidi, malah menghiburkan. Portal Kliik.je pula menjadi pusat komuniti yang memperkasa pengguna dengan pelbagai ganjaran dan peluang.
Ideaktiv yakin kedua-dua platform ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, menyokong ekonomi digital negara.
Ads
Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, menyatakan kegembiraannya dengan peluang untuk membawa inovasi digital tempatan kepada masyarakat Malaysia.
Beliau turut menyatakan bahawa ini merupakan langkah awal yang mengujakan dalam usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara.
Encik Syamil menekankan bahawa aplikasi seeNi dan portal Kliik.je bukan sahaja membawa nilai tambah kepada pengguna, tetapi juga menyokong pertumbuhan industri kandungan tempatan.
Pelancaran kedua-dua platform ini sekali gus menunjukkan komitmen Nu Ideaktiv untuk terus berinovasi dan menyediakan pengalaman digital yang lebih baik untuk semua.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Subang Bestari, Shah Alam – Spr8love telah meraikan pelanggan dan vendornya dengan hari yang penuh dengan keseronokan dan keterujaan sempena majlis Cabutan Hadiah Utama Kempen Tahun Baru Spr8love. Karnival Mini yang diadakan pada hari Sabtu, 11 Februari dari jam 10 pagi hingga lewat itu menghimpunkan keluarga, rakan dan masyarakat untuk menikmati pelbagai aktiviti termasuk persembahan artis tempatan Andy Flop Poppy dan Fredo Fly Baits.
Karnival mini itu juga menampilkan jemputan khas kepada persatuan Parents of Little People yang dikenali sebagai POLP, sebagai sebahagian daripada inisiatif keterangkuman yang sejajar dengan imej Spr8love yang menyebarkan budaya saling menjaga dan menyayangi. Menyokong kesedaran terhadap ‘dwarfism’, Spr8love menjemput lebih 10 keluarga daripada POLP untuk menyertai keseronokan sambil menyebarkan kesedaran tentang kondisi kanak-kanak kerdil yang juga dikenali sebagai Achondroplasia.
Sama ada anda ingin mencari makanan yang lazat, menikmati muzik secaralangusng, atau sekadar mencari suasana yang menyeronokkan bersama keluarga, pasti ada sesuatu untuk anda semua di Spr8love. Spr8love mempromosikan dan mempamerkan lebih 600 SKU produk tempatan terdiri daripada makanan ringan, makanan sejuk beku, pelbagai produk gaya hidup, dimana semuanya merupakan keluaran tempatan.
“Kami sangat teruja untuk menganjurkan Karnival Mini tahun ini di Spr8love” kata Narzeenas Ibrahim, pemilik Spr8love, “Ia akan menjadi hari yang hebat yang dipenuhi dengan keseronokan dan hiburan untuk semua orang, dan kami suka melihat komuniti berkumpul untuk meraikan semangat saling membantu dan menyokong produk keluaran tempatan ”.
Kemuncak acara ialah pengumuman pemenang Hadiah Utama Kempen Tahun Baru Spr8love, di mana 13 pemenang bertuah membawa pulang sebuah telefon bimbit model terbaru Apple iphone 14, bekalan beras wangi tempatan setahun yang ditaja oleh FGV Ladang’57, sejadah mewah tajaan oleh Muzzaffar Mart dan baucar Spr8love RM50.
Malaysia Culinary World Cup 2023 yang disertai seluruh dunia telah diadakan di World Trade Centre di Kuala Lumpur bermula pada hari ini (21 Februari 2023 sehingga 23 Februari 2023) yang bakal berlangsung selama 3 hari.
Seramai 650 peserta dari Malaysia dan juga dari luar negara bersama menjayakan pertandingan ini bagi meraih Guinness World Records. Majlis telah dilancarkan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) bersama Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab (Ketua Pengarah Tourism Malaysia).
Melalui pertandingan ini juga, kita dapat mengenali pelbagai jenis menu dari pelbagai negara di dunia. Dalam pertandingan ini, sebanyak 9 kategori utama bakal dipertandingkan bersama 62 sub kategori termasuk 40 makanan lokal.
Setiap kategori akan diadili lebih kurang 100 Chef dari dalam dan luar Malaysia termasuk Chef Liza Zainol. Selepas tiga hari berlangsung, keputusan Guinness World Records akan diumumkan.
Pertandingan ini bakal dijadikan sebagai pertandingan tahunan menurut Malaysia Bersatu Culinary Association bagi memberi peluang industri makanan lokal dan internasional bergabung dalam satu bumbung dan dikenali ramai.
Siapa dah nikmati Roti Canai pagi ni? Kalau dah, anda patut berasa bangga kerana anda sedang menikmati hidangan roti terbaik di dunia!
Menerusi laman Instagram TasteAtlas, hidangan popular di Malaysia itu telah dinobatkan sebagai roti terbaik mengalahkan sajian-sajian lain yang popular di serata negara. Sebanyak 50 jenis roti terbaik telah disenaraikan dan Roti Canai mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Mengikut carta yang dikongsikan juga, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan Roti Naan, tetapi juga Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.
Malah tahun lalu, Roti Canai juga dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia. Wow… Tak sangka kan? Satu dunia mengiktirap sajian kegemaran ramai ini. Memang patut kita banggakan!
Jom cuba buat Roti Canai sendiri bersama kuahnya sekali.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!