
Snek ringan nugget homemade pasti menjadi kegemaran anak-anak. Puas hati buat nugget sendiri dengan terjamin dari segi kebersihan dan terhindar dari bahan pengawet.


BAHAN-BAHAN:
- 2 keping dada ayam | saiz besar
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah besar
- Brokoli secukupnya | dihiris kecil
- Daun ketumbar /daun sup secukupnya | dihiris
- 1 sudu teh lada hitam
- Secubit garam
- 1/2 cawan air masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga halus.


2. Keluarkan dan bentukkan mengikut kreativiti anda.
3. Kukus seketika nugget tadi hingga masak. Sejukkan.
4. Setelah nugget sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk beku dan digoreng pada bila-bila masa.

Kredit: Masz Rita
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Coklat Minda Homemade Guna Bahan Sunnah. Berkhasiat & Bagus Untuk Otak

Anak anda suka makan coklat? Jom buat Coklat Minda homemade ini untuk stok di rumah. Kanak-kanak dan coklat tidak boleh dipisahkan. Memang suka sangat! Untuk lebih sihat dan berkhasiat, anda boleh hasilkan sendiri coklat minda ni. Bahan-bahan sunah yang digunakan boleh memberi manfaat kepada anak-anak. Jom cuba resipi perkongsian MamaAlia dari blog penbirumama.blogspot.my ni. Memang bagus!
CARA MEMBUAT COKLAT MINDA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- Kurma – beli online disini
- Kismis – beli online disini
- Kacang badam – beli online disini
- Kacang pistachio – beli online disini
- Kacang walnut – beli online disini
- Madu – beli online disini
- Minyak habbatusauda – beli online disini
- Kapsul minyak ikan – beli online disini
- Coklat bar – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Kisar kurma, kismis dan semua kekacang sampai jadi halus. Boleh pakai ‘food processor’. Jika tiada, boleh pakai pengisar kering dengan mengisar sedikit demi sedikit. Kurma kalau nak senang kisar, beli yang jenis lembut.

2. Kemudian campurkan dengan 5-7 titis minyak habbatusauda, madu dan kapsul minyak ikan. Untuk minyak ikan tu, pemilik resipi menggunakan1 kapsul saja sebab kalau lebih ia akan menyebabkan ‘unpleasant smell’ (bau ikan).

3. Gaulkan bahan-bahan tadi sehingga menjadi doh. Kalau nak doh lebih rasa manis dari rasa kacang, lebihkan campuran kurma dan kismis.

4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak anda. Bila sudah sampai peringkat ini, ia sudah boleh di makan. Tapi untuk lebih menarik perhatian anak, bolehlah dicelup coklat.

5. Cairkan coklat bar secara ‘double boiler’. Langkahnya sama seperti proses mencelup biskut Almond London. Celupkan adunan yang dibulat-bulatkan tadi ke dalam coklat cair. Salut hingga rata.

6. Letak coklat di dalam dulang dan taburkan gula-gula manik. Biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: http://penbirumama.blogspot.my/2015/06/resepi-homamade-coklat-pintar.html
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Lai Chee Kang Stail Mak-Mak. Simple Tapi Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Aneka Resipi Cucur Yang Mudah Dibuat Untuk Hidangan Minum Petang Anda

Petang-petang begini, kalau dapat makan aneka cucur yang lembut, gebu dan garing dekat luar ni memang sedap. Cicah pula dengan sos atau kuah kacang. Fuhhh…Menyandar la juga. Bagi yang tak ada idea nak makan apa, bolehlah cuba aneka resipi cucur yang RASA kongsikan ni. Resipi simple je. Tapi rasa memang best!
1. CUCUR KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm filemen ketam @ crabstick | dihancurkan
- 3 tangkai kucai | dipotong kecil
- 1 biji cili merah | dicincang halus
- 1 biji bawang besar | dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
2. CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- 300gm udang kecil
- 2 biji bawang besar dihiris
- 1 ikat kucai | dihiris
- 1/4 biji lobak merah | dihiris nipis
- 1 putih telur
- 1/4 sudu makan serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Air dan minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung dengan kesemua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
- Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
- Balikkan cucur dan goreng hingga masak.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info Chef: Penambahan tepung beras menambah lagi kerangupan cucur udang sebenar.
3. CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 100gm ikan bilis
- 8 tangkai cili kering
- 1/2 cawan cincangan daun kucai
- Garam secukupnya
- Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
- Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
- Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
- Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
- Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
- Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
4. CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji ubi kentang | dihiris kecil
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 1 biji telur
- 2 batang sosej | dihiris nipis
- 1 cawan air sejuk
- 1 batang lobak merah | dihiris halus
- Sedikit daun kucai | dihiris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
- Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
- Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
- Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
5. CUCUR UDANG MAK TUN

BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 250gm taugeh
- 150gm daun bawang | potong kecil
- 150gm bawang besar | hiris
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 2 biji telur
- Udang | buang kulit
- Lobak merah | optional
- Cili merah | optional
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati.
- Biarkan batter ( adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.
Nota:
1. Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.
Kredit resipi & foto: Chef Garang #daporchefgarang
6. CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS)

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang | kupas kulit dan parut
- 4 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1 biji telur
- Daun sup atau daun bawang secukupnya
- Sedikit emping cili (chilli flakes)
- Serbuk lada putih secukupnya
- Serbuk pati ayam secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
- Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
- Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
- Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Tasya
Goreng Dulu Baru Tumbuk – Rahsia Inti Tauhu Bergedil Jadi Lebih Sedap

Tauhu Bergedil ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang nak tahu cara buat inti Tauhu Bergedil yang sedap. Naddy’s Kitchen ada kongsikan resipinya. Mudah dan tidak guna banyak bahan. Kosnya pun tak mahal. Nampak menyelerakan. Ada pula Sambal Kicap berapi. Fuhhh…. Sedapkan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI

BAHAN INTI TAUHU:
Ubi kentang – potong nipis – beli online disini
Bawang merah – hiris – beli online disini
Bawang putih – hiris – beli online disini
Daging cincang secukupnya – ditumis berasingan hingga masak
Tauhu Pok
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang /daun sup
Lada sulah secukupnya – beli online disini
Minyak masak
3-4 biji telur
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu dan kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
2. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam bersih. Kemudian tumbuk halus.
3. Seterusnya tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup@daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng), pukul dengan sedikit garam. Ketepikan.
6. Celup Tauhu Pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang bersama Sambal Kicap.

BAHAN SAMBAL KICAP BERAPI:
Cili padi hijau
Cili padi merah
Bawang putih
Kicap manis – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kisar halus.
2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.
3. Angkat dan sedia dihidang bersama Tauhu Bergedil.

Kredit resipi & foto: Naddy’s Kitchen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

