
Nuget ayam tempura antara makanan segera kegemaran anak-anak. Boleh kata stok makanan ini sentiasa ada dalam freezer. Cuma sekarang harganya pun dah makin mahal.
Supaya lebih jimat eloklah kita belajar buat sendiri, malah lebih sihat untuk santapan anak-anak. Caranya boleh ikut perkongsian Siti Zunnurain.
Kaedah yang digunakan ini tak memerlukan adunan dikukus, sebaliknya boleh terus digoreng. Nuget ini tidak dicampur dengan tepung, memang isi ayam penuh lagi sedap. Tepung hanya digunakan sebagai bancuhan kulit agar rangup. Boleh disejuk beku, jadi boleh buat banyak dan simpan dalam freezer.
Nuget ayam tempura, guna isi ayam penuh
Bahan-bahan
Isi ayam
Telur
Garam
Serbuk blackpepper
Onion powder
Tepung goreng ayam Bon Chef
Tepung jagung
Cara membuat
1. Kisar daging ayam, telur, garam, blackpepper powder dan onion powder. Boleh perasakan dengan bahan perasa juga.
2. Letakkan adunan dikisar dalam bekas. Dalam satu bekas lain sediakan tepung jagung dan satu bekas bancuh tepung goreng ayam dengan air.
3. Gunakan sudu (sudu aiskrim) untuk ceduk adunan yang dikisar tadi kemudian bentukkan seperti nuget yang selalu kita beli.
4. Selepas itu salutkan dalam tepung jagung kemudian salut pula dengan bancuhan tepung ayam goreng.
5. Kemudian boleh terus digoreng untuk dimakan. Jika ingin disejuk beku goreng seketika dan tos, seterusnya boleh dimasukkan alam freezer.
Menurut Siti Zunnurain nuget ini tidak diletakkan tepung, 100 peratus isi ayam. Memang lagi sedap dan puas hati makan.
Kredit resipi & foto: Siti Zunnurain
Baca Lagi: Cara Buat Nuget Ayam Sedap Sebijik Macam Beli Dekat Kedai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI