Uncategorized

Nugget Ayam Homemade Guna Nasi Sejuk Dan Roti

Share

Nugget ayam homemade ini lebih mengenyangkan. Kalau anak-anak makan satu pun dah boleh kenyang. Mungkin kerana ada nasi dan roti di dalamnya.

Bila buat sendiri, kita boleh pastikan bahan-bahan yang dimasukkan itu lebih sihat untuk dimakan oleh famili kita. Selain itu, lebih istimewa kerana saiz nugget juga terpulang kepada kita yang tentukan. 

Macam-macam versi nugget ayam homemade. Apa kata kali ini cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zuraini Ramli

ini pula. Antara bahan asasnya ialah nasi sejuk dan roti.

NUGGET AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

1 cawan nasi sejuk – Kisar hingga halus dengan 1 cawan lebih sikit air masak.

4 keping roti – carikkan halus-halus

3 sudu besar tepung beras – boleh beli online di sini

1 sudu besar tepung ubi – boleh beli online di sini

Sedikit isi ayam dicincang halus (ikut selera nak letak banyak mana)

Setangkai daun bawang – racik halus

2 ulas bawang putih – ditumbuk halus – boleh beli online di sini

1sudu besar gula – boleh beli online di sini

Garam secukupnya

Sedikit serbuk roti – boleh beli online di sini

Serbuk perasa (pilihan)

Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini

Cara Memasak Nugget Ayam Homemade:

Masukkan nasi sejuk yang dikisar dengan air tadi dalam satu mangkuk. Tambahkan semua bahan lain ke dalamnya kecuali serbuk roti dan mnyak masak. Gaul kesemuanya hingga sebati.

Adunan ini akan sedikit lembik. Jadi, kena guna sudu untuk cedok dan bentukkannya.

Kemudian letakkan di dalam bekas berisi serbuk roti..Tekan-tekan bagi leper. Ulangi langkah hingga selesai.

Setelah siapkan semua, baru panaskan minyak. Goreng nugget di dalam minyak hingga kekuning-kuningan.

Angkat dan toskan. Siap untuk dimakan!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa