
Buat nugget ni senang aje. Tapi dek sebab banyaknya jenama nugget dah siap proses kat pasaraya, tu yang beli aje.
Tapi nugget buatan sendiri ni lain macam sedap dan manisnya. Makan panas-panas sedap ni oooi. Kosnya pun murah sangat, lagi jimat buat sendiri kan.
NUGGET HOMEMADE SUPER ENAK

.
BAHAN-BAHAN :
- Isi ayam- cincang halus kisar sedikit
- Tepung gandum dalam 2 sudu
- 1/2 batang lobak merah | disagat
- Keju | jika nak letak
- 2 ulas bawang putih-cincang
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa

.
CARA MEMASAK :
Gaul semua bahan,kukus dalam 10 minit..Bila sejuk,potong ikut bentuk yg kita suka.
Bahan tambahan
- 2 biji telur ayam
- 1 mangkuk breadcrums

.
CARA MEMASAK :
Pukul telur,celup nugget yang dipotong tadi dalam telur kemudian salut breadcrums..Boleh terus goreng
Kredit Resepi : nor hidayah yahaya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas, Sosej dan Udang Digril Dulu. Mantaplah Rasanya

Terasa nak makan pasta hari ini. Selain spageti, fettucine pun best gak dimasak sajian Carbonara Mushroom.
Cerita Cikgu Afy @ Afy AL Habibi dalam FB nya, “Sebelum kenal fettucine rasa tak tertelan dalam tekak sebab saiznya lebar dari spageti, Fuhh bila rasa sekali rupanya ketagih pula nak makan.”

.
Resipi ringkas perkongsian dari Cikgu Afy ni tak muak dan ringkas cara memasaknya.
FETTUCINE CARBONARA MUSHROOM
.
BAHAN -BAHAN :
- Udang secukupnya
- Sosej secukupnya
- 1 sudu besar sos blackpepper – beli online DI SINI
- 1/3 sudu kecil sos tiram – beli online DI SINI
- secubit daun parsley
* Grill terlebih dahulu udang yang dibuang kulit dan sosej yang diperap dengan bahan-bahan dia atas
* Selepas masak, ketepikan.
Bahan lain :
- 2 sudu besar minyak zaitun – beli online DI SINI
- 2 ulas bawang putih – beli online DI SINI
- 1 tin sos Prego Keju & Herba Pilihan
- 1 tin air kosong | gunakan tin prego
- 4 genggam fettucine | rebus dan tapis
- 4 biji cendawan dalam tin atau cendawan shiitake
- 3 cubit lada hitam kisar – beli online DI SINI
- 1/2 sudu kecil garam bukit
- 1/2 sudu herba campur @ mix herb
CARA MEMASAK :
1. Tuangkan minyak zaitun, dan tumiskan bawang putih yang diracik hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sos prego keju & herba pilihan , gunakan tin yang sama untuk masukkan air kosong.

.
3. Selepas kuah mula memekat, masukkan fettuccine yang sudah direbus. Potong kecil cendawan dalam tin atau cendawan shitake. Masukkan sekali.
5. Kemudian masukkan lada hitam kisar beserta garam bukit.
6. Juga herba campur. Boleh beli dekat kedai bakeri.
7. Masak lagi sehingga kuah memekat dan bersalut pada fettuccine sebelum ditutup apinya.

8. Semasa menghidang, letakkan sekali udang dan sosej yang telah digrill tadi.

.
Siap. Selamat mencuba.
Kredit foto & resipi : Afy AL Habiby
#resepicikguafy
INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI DI SINI :
JOM TENGOK VIDEO MENARIK NI, LEBIH BANYAK VIDEO LAGI DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial
DAN RESIPI MENARIK DI SINI :
Resipi Nasi Ayam, Bihun Sup, Bubur & Spageti Carbonara Sedap
Cara Masak Spageti Aglio Olio Selera Melayu Yang Sanang & Ekspres
5 Kek Cawan ‘Homemade’, Panas Dari Oven

Kek cawan yang comel memang menarik dengan hiasan butter cream dan warna menarik. Mudah dimakan, keluar dari oven dah boleh makan. Tak payah susah-susah nak kena potong. Ngap aje…
Ni min kongsikan idea hebat Kek Cawan dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam. Jom cuba…
1. VANILLA CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
110gm mentega
110gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbornat
110gm tepung kek
1 sudu makan susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit jem strawberi untuk hiasan
Bahan Buttercream (topping) :
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan esen vanila dan gaul sebati.
3. Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
4. Masukkan susu segar dan gaul sekata.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 10-15 minit hingga perang.
7. Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
8. Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang.
9. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
10. Untuk menghias; sapukan jem strawberi di atas kek. Kemudian paipkan krim mentega di tepinya membentuk bunga.
11. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 12-15 biji
Jenis hidangan : Kek cawan
Keistimewaan : Aroma vanila yang wangi
2. CRÈME BRULEE CUPCAKE

BAHAN KEK CAWAN:
180gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
70gm mentega
120gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50ml susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Buah strawberi secukupnya untuk hiasan
BAHAN UNTUK KRIM PASTRI:
200gm heavy cream
100gm susu segar
100gm gula kastor
1/8 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan mentega
Sedikit gula | hiasan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan terlu dan pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila dan susu. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
7. Sejukkan dan ketepikan.
8. Untuk membuat krim pastri; Satukan semua bahan. Gaul bahan dan masak di atas api sederhana hingga likat. Sejukkan sebelum digunakan.
9. Untuk menghias kek, picit krim pastri dan taburkan gula di atas krim pastri. Dengan menggunakan kitchen torch, panaskan bahagian atas krim pastri hingga gula perang.
10. Hiaskan dengan buah strawberi dan hidangkan.
Info chef: Hiasan atas terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Saiz hidangan : 9-10 biji
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak
Jenis masakan : Pencuci mulut
3. LEMON BLUEBERRY CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
140gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
2 biji telur
200gm gula kastor
120gm mentega
1 ½ sudu teh esen vanilla
2 sudu makan jus lemon
70gm blueberi
Wafel coklat untuk hiasan
Buah blueberi secukupnya untuk hiasan
Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga adunan kembang.
4. Masukkan esen vanila dan jus lemon. Gaul sebati.
5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
6. Masukkan blueberi dan gaul sekata.
7. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
8. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
9. Sejukkan dan ketepikan.
10. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
11. Paipkan ke atas kek cawan dan hias dengan sebiji buah blueberi dan wafel coklat. Sedia dihidangkan.
Info chef: Kurangkan adunan membuat krim mentega jika perlukan sedikit sahaja krim untuk hiasan.
Saiz hidangan : 9-10 biji
Keistimewaan : Ada rasa masam manis lemon dan blueberi
Jenis masakan : Pencuci mulut
4. CHOCOLATE CHIP CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
200gm tepung red rose/ kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
50gm mentega
80gm gula kastor
100gm coklat cip semi sweet
50gm coklat cip putih
2 biji telur
100ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Acuan kek cawan secukupnya
Cip coklat putih secukupnya untuk hiasan
RESIPI COKLAT GANACHE (TOPPING):
400gm coklat masakan
200gm heavy cream
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur pukul kembang.
2. Satukan tepung, soda bikarbornat, serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan. Tuangkan susu dan gaul sebati.
3. Masukkan coklat cip. Gaul sekata.
4. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
5. Bakar dengan suhu 180⁰ c selama 15-20 minit hingga perang.
6. Sejukkan dan ketepikan.
7. Untuk membuat coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat.
8. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi. Gaul sebati hingga semua coklat larut.
9. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.
10. Untuk menghias kek cawan, paipkan coklat ganache di atas kek dan hiaskan dengan cip coklat putih. Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk hiasan, boleh gunakan manik warna-warni untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 12-15 biji
Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap
Jenis masakan : Pencuci mulut
5. PIE APPLE CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
120gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
120gm mentega
220gm gula kastor
2 biji telur
80ml susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit parutan coklat untuk hiasan | pilihan
INTI EPAL:
2 biji epal | potong dadu
50gm gula perang
50gm air
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
3. Satukan tepung dengan garam, serbuk penaik, soda bikarbornat masukkan ke dalam adunan.
4. Kaup balikkan hingga sebati dan masukkan susu. Gaul sekata.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
7. Sejukkan dan ketepikan.
1. Untuk membuat inti epal, panaskan gula perang dan air hingga mendidih. Masukkan epal dan kacau.
2. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan biarkan hingga sedikit kering.
8. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
9. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
10. Untuk menghias kek; Lubangkan bahagian tengah kek. Isikan dengan inti epal. Paipkan krim mentega di atasnya. Tabur sedikit parutan coklat dan hidangkan.
Info chef: Boleh letak sedikit hirisan epal di atas sebagai hiasan.
Saiz hidangan 10-12 biji
Keistimewaan : Ada elemen kejutan kerana ada inti epal di dalam kek
Resipi Makaroni Keju Paling Mudah & Sedap Untuk Penggemar Pasta.

Bagi penggemar hidangan Makaroni Keju, anda pasti pantang dengar nama menu ni dah rasa nak makan kan? Ha…Min faham. Mahu tak nak. Dah nama pun makanan kegemaran. Kepada sesiapa yang tercari-cari resipi Makaroni Cheese yang mudah dan sedap, resipi ni salah satu yang boleh dicuba. Sangat berbaloi. Boleh makan puas-puas! Malah ia juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.
MACARONI CHEESE SEMPOI

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan macaroni
- 3 cawan susu segar
- 6 keping keju cheddar Cheesedale
- 1 sudu besar susu pekat manis
- Brokoli secukupnya – dicelur
- Cendawan butang secukupnya – dicelur
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus makaroni dan toskan airnya.
- Dalam pan atau periuk, masukkan makaroni tadi dan buka api sederhana. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
- Letakkan kepingan keju dan susu pekat manis di atas makaroni tadi.
- Bila keju mula cair, gaul kesemuanya supaya rata.
- Masukan hirisan brokoli dan cendawan yang telah direbus atau dicelur.
- Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam untuk rasa yang lebih sedap.

Kredit resipi & foto: Irmaz Zamri

