Tauhu yang diperbuat dari kacang soya ini memang kaya dengan protein bukan hanya enak dijadikan campuran dalam masakan tetapi ia juga sedap sebagai kudapan sihat atau dijadikan menu  untuk bekal anak ke sekolah. Hari ini RASA kongsikan dua resipi mudah tauhu sebagai kudapan lebih sihat.

Nugget & Jejari Tauhu Idea Bekal Anak Ke Sekolah Yang Sedap & Sihat.

JEJARI TAUHU BERDAGING

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu | hancurkan
  • 1 keping tauhu Jepun  | hancurkan
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 150gm daging kisar
  • 1/2 hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • BAHAN SOS MASTARD
  • 2 sudu makan sos mustard
  • 1 sudu makan mayones
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan madu
  • 2 biji cili padi | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
  2. Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
  4. Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  6. Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
  7. Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.

Nugget & Jejari Tauhu Idea Bekal Anak Ke Sekolah Yang Sedap & Sihat.

Ads

NAGGUT AYAM SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 3 keping tauhu
  • 1 tiup tauhu Jepun
  • 1 cawan isi ayam | carik halus
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • BAHAN SOS LEMON
  • 1 sudu makan pati oren Sunquick
  • 1 biji lemon | ambil jus sahaja
  • 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 sudu teh mentega

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
  2. Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  5. Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
  6. Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
  7. Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
  9. Setelah siap hidangkan naggut dengan sos lemon.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI