Nugget Tauhu Ayam Yang Sedap & Rangup, Dengan Sos Lemon

Share

Tauhu yang diperbuat dari kacang soya ini memang kaya dengan protein bukan hanya sedap dijadikan campuran dalam masakan tetapi juga sedap sebagai kudapan sihat.  Sempena kedatangan Ramadan , boleh jadi snek sampingan di samping lauk pauk utama.

Resipi ni boleh lawanlah yang jual kat bazar ramadan tu. Kala PKP ni hanya masakan rumah aje yang menceriakan sajian berbuka minggu depan nanti. 


.

NUGGET AYAM SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu
  • 1 tiup tauhu Jepun
  • 1 cawan isi ayam | carik halus
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS LEMON:

  • 1 sudu makan pati oren Sunquick
  • 1 biji lemon | ambil jus sahaja
  • 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 sudu teh mentega

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
  2. Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  5. Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
  6. Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
  7. Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
  9. Setelah siap hidangkan nugget dengan sos lemon.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

VIDEO NI PUN BEST JUGAK :

Published by
Faridah Talib