
Kek keju Nutella dengan topping coklat memang sedap sangatlah.Paling best tak perlu bakar dan tak perlu masak.
Ni dia resipi dari Raden Galuh, berbaloi-baloi untuk dicuba, tak payah pening bil elektrik naik sebab penggunaan oven…hehehe.
NUTELLA CHEESECAKE DENGAN CHOC GANACHE

BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan oreo :
20 keping oreo (lebih kurang) buang cream tu
5 sudu makan mentega
4 sudu makan nutella
Utk filling cake:
250g cream cheese
Sebotol nutella | saiz sederhana
100gm coklat masakan (any brand pon ok)
Utk ganache topping:
300gm cooking choc (baki choc utk filling td)
1/2 kotak kecik whipping cream/double cream
1 sudu makan mentega
Cho chip n almond secukup rasa
* Empunya resipi guna ni loyang springform size 9 inci. Nk buat kecik2 version cupcake or letak dlm gelas comel kecik pon boleh. Kita buat dia kan bkn dia buat kita.
Cara Membuat :
1. Nutella + cream cheese + melted choc (cairkan choc n sejukkan). Mix cream cheese sampai kembang.

2. Masukkan nutella dan coklat yang dicairkan. Tuang atas base / lapisan oreo. Sejukkan dlm peti sejuk sampai set

3. Cooking choc + whipping cream + mentega sikit utk kilat. Double boil n sejukkan dengan suhu bilik sebelum tuang atas kek

4. Taburkan almond dan cip coklat. Sejukkan dalam peti sejuk dalam 4 jam.
Kredit : Raden Galuh
Daridapur.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Biskut Mazola Mudah & Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yang enak, resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA

BAHAN-BAHAN:
- 2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
- 1/2 cawan gula icing – diayak
- 2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
- 1 cawan minyak jagung
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur secukupnya
- Kacang tanah goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Suzi Yanti Md Hane
JANGAN LUPA CUBA RESIPI DI BAWAH NI YA
4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak. Jom kita try lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.
Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.
Jom kita cuba rasa juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Rugi kalau korang tak cuba.

1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)

BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
- 1 batang serai |dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1.5 sm lengkuas | dikisar halus
- 6 biji cili hijau besar | dikisar halus
- 20 gm belacan | dibakar dan kisar
- 1/2 sm kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh ketumbar
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 1 biji kulit limau purut | disagat
- 4 helai daun limau purut | dihiris halus
- 200 gm daging /dihiris nipis
- 20- 30 gm daun selasih
- 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
- 10 gm kubis bunga/ dihiris
- 3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
- 2 sudu teh gula
- 2 sudu makan kicap sotong @ ikan
- 62 ml air rebusan daging
- 100 ml santan
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini.
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan
simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)

BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ditumis :
- 400 gm daging | dihiris nipis
- 6 sudu makan pes cili kering
- 2 batang serai | dikisar halus
- 2 sm lengkuas | dikisar halus
- 4 helai daun limau purut | dikisar halus
- 1.5 sm belacan bakar | dikisar
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
- 2 biji kulit limau purut | dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1 batang kayu manis | dikisar halus
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1 cawan air
- Minyak untuk menumis
- 40 ml santan segar
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh
Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.
4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)

BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor udang | dicincang
- 1 ekor sotong | dicincang
- 4 ekor kupang | dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang | dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak | dicincang halus
- 2 batang cili padi | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland | dicincang
- 2 biji bawang merah | dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5.Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
5.Gar Hor Bai Toey (Ayam pandan)

BAHAN-BAHAN :
250 gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan
Bahan untuk perapan :
- 40 ml susu cair
- 1 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
- 3 ulas bawang putih /dikisar halus
- 3 ulas bawang merah /dikisar halus
- 1 sm halia /dikisar halus
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
6. Kukus selama 5-6 minit
7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Kukus dan goreng
Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam
TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q,
Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
Sedapnya… Resipi Asam Pedas Ayam Nyonya Ni Kena Cuba

Menu Asam Pedas Ayam Stail Nyonya ni nampak sangat menyelerakan. Sangat membuka selera jika dihidangkan tatkala berbuka puasa. Ada lauk ni tak perlu dah menu utama yang lain. Cukup sekadar nasi panas, sambal belacan berserta ulam-ulaman. Memang terangkat! Saudari Umi Watie ada kongsikan resipinya. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI ASAM PEDAS AYAM STAIL NYONYA

BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam
1 biji bawang merah (**) – beli online disini
3 ulas bawang putih (**) – beli online disini
½ inci halia (**) – beli online disini
10 tangkai cili kering (**) – beli online disini
2 sudu makan serbuk kari ikan – beli online disini
Belacan sebesar guli (**) – beli online disini
Asam jawa sebesar bola pinpong – beli online disini
Terung
Tomato
Daun limau purut

CARA MEMASAK:
1.Kisar halus bahan-bahan bertanda (**). Cili kering perlu direbus sekejap bagi lembut barulah dikisar.
2. Dalam kuali, tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Kacau-kacaukan tapi jangan sampai hangit.
3. Tengok dah pecah minyak dan garing elok, masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau lagi sampai ayam kecut.

4. Masukkan air asam jawa dan juga air dengan secukupnya. Biarkan mereneh sampai ayam masak.
5. Masukkan terung, kalau suka bendi pun boleh letak. Ubi kentang pun boleh. Ikut selera. Masak lagi sampai semua bahan masak elok. Perasakan dengan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
6. Asam Pedas Ayam stail nyonya siap untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Sayur Masak Bening Yang Sedap, Ringkas & Mudah Masak
Resipi Murtabak Daging & Kuah Cuka Bawang Macam Di Bazar Ramadan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

