Majlis Pelancaran Produk Nuuna yang berlangsung pada 25 Februari lalu di Mydin Mall, Subang Jaya berakhir dengan begitu meriah. Mana tidaknya, celoteh Fiza Frizzy serta Auni Yusri selaku pengacara memang mencuit hati. Gamat suasana dibuatnya. Kini, anda boleh mendapatkan produk Nuuna Bihun Goreng Segera di pasaran. Rupanya, ramai yang suka kerana rasanya yang sedap.
Dengan tagline ‘Nikmati Keceriaan Bersama’, majlis diserikan dengan gimik pelancaran yang menyaksikan letupan 21 biji belon secara serentak. Majlis dilancarkan oleh Mr. Low Zishi, Director of Serba Wangi Sdn Bhd, Mr. Chua Keng Jin, Senior Group Manager of Serba Wangi Sdn Bhd, Puan Ani Nadila, Pengurus Besar Ideaktiv dan Chef Zam Akmal selaku Chef Jemputan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis pelancaran berlangsung. Antaranya demo masakan serta Pertandingan Rasa Masak Challenge dan kuiz bersama para tetamu yang hadir. Bukan itu saja, terdapat juga booth Nuuna untuk para pengunjung yang ingin mencuba dan menikmati sendiri Bihun Goreng Segera ini. Produk ini juga dijual dengan harga serta promosi istimewa.
Chef Zam Akmal tampil sebagai Chef jemputan bagi demo masakan menggunakan produk Nuuna. Resipi yang dikongsi oleh Chef Zam Akmal adalah Nuuna Bihun Spicy Roll. Memang sedap kerana tekstur bihun yang kenyal serta kombinasi rasa pedas dan masam menjadikan ia satu hidangan yang cukup enak.
Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Rasa Masak Challenge di mana lima orang peserta yang terpilih diminta untuk memasak menggunakan Nuuna Bihun Goreng Segera selama 45 minit. Kehebatan para peserta terserlah dan masing-masing memasak dengan penuh kesungguhan demi menambat hati juri. Lima peserta yang terpilih ialah Liew Phaik Hoon, Norizah binti Husain, Ahsha A/P Damadaran, Nurul Irma Iza binti Zulkaffli dan Nor Afifah Solehah bt Nor Hamdan. Mereka dipilih menerusi komen di media sosial RASA berdasarkan slogan dan resipi bihun goreng paling menarik yang pernah dicuba. Juara Rasa Masak Challenge bersama Nuuna berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 beserta hamper Nuuna. Manakala empat pemenang saguhati menerima wang tunai RM250 beserta hamper Nuuna. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Nuuna Bihun Goreng Segera merupakan bihun goreng ‘ready-to-eat’ untuk rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk dan lapar. Dengan produk ini, anda dapat menjimatkan masa dan menikmati hidangan dengan cepat pada harga yang berpatutan. Hadir dengan dua perisa hebat iaitu Asli dan Pedas, Nuuna Bihun Goreng Segera memang wajib ada di rumah kerana ia sedap, cepat dan mudah.