Hari ini mood nak membaking datang. Bukan nak buat kek tapi rasa nak kudapan biskut. Jadi sis rasa nak buat oat coklat snow cookies.. Ade orang sebut jejari oat nestum. Apa pun namanya, biskut ni memang sedap buat kudapan. Tak sedar sebalang boleh habis.
Oat coklat snow cookies
Bahan-bahan:
1 cawan butter/marjerin dan 2 sudu minyak sapi. Tak nak tak apa, ganti dengan marjerin-BELI ONLINE DI SINI
3/ 4 cawan gula aising
1 1/2 cawan oat- blend halus
1/2 cawan nestum (saya ganti serbuk badam dan letak badam cincang sikit dalam segengam
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan emplec, tak ada boleh ganti tepung beras
1 cawan tepung gandum- diayak
3 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan susu tepung-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat:
1.Adun gula dan butter hingga sebati, Tak payah lama-lama.
2.Masuk semua bahan kecuali tepung. Akhir masuk tepung sikit-sikit, uli lembut. Kalau lembik tambah tepung.
4.Terap guna acuan yang disukai. Panaskan oven dulu.
5.Bakar dalam suhu 160, api atas bawah dalam 1/2 jam. Ikut kepanasan oven masing-masing. Bila dah masak, masa suam-suam bolehlah salut dengan susu.
Untuk salut:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula snow aising ( tak nak tak apa guna susu je)
Kredit: Badariah Abdrahman