Odeng Topoi, Oden Viral Dengan Kuah Gabungan Asam Pedas & Tomyam

Share

 

 

Bagi peminat oden, anda kini berpeluang untuk menikmati oden yang sedap dengan cita rasa masyarakat tempatan. Gerai Odeng Topoi menjual oden yang dikatakan sebagai hidangan popular dan turun temurun di Jepun. Namun kini oden semakin diminati di sini.

Menurut pemilik Gerai Odeng Topoi, Khairrul Azhar, gerainya mendapat tumpuan orang ramai yang suka makan oden. Ini kerana rasanya yang unik apabila kuah asam pedas dan tomyam digabungkan.

“Kami mula berniaga pada Ogos 2018. Kami tawarakan lebih 20 jenis pilihan bebola ayam dan kek ikan. Ada dua pilihan mi, udon dan mi shabu. Harga yang kami berikan pula sangat berpatutan. Harganya bermula dari RM1 hingga RM3 sahaja, kata Khairrul Azhar memulakan bicara.

CARI PELUANG

Menurut Khairrul, beliau membuka gerai oden kerana ingin memberikan peluang masyarakat sekitar untuk menikmati sesuatu hidangan yang belum ada dijual di kawasan sekeliling.

“Saya seorang yang cerewet bab makan. Dalam perniagaan ini, saya memilih menu yang akan menjadi kegemaran pelanggan dan yang belum ada lagi dijual di kawasan sekitar. Alhamdulillah, pelanggan suka makan oden. Selalu juga sampai tak menang tangan,” katanya.

UNIKNYA PADA KUAH


Seronok dapat makan oden

.

 

Rata-rata ramai yang mengakui bahawa keunikan menu oden yang dijual di Odeng Topoi adalah kuahnya. Kuah yang sedap menjadikan oden lebih enak dinikmati.

“Gabungan kuah asam pedas dan tomyam berjaya memikat selera ramai orang. Boleh dikatakan ini sebagai daya tarikan oden dengan cita rasa tempatan. Kuah ini juga mendapat pujian dan saya turut sediakan kuah yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Ada orang yang sudah berumur tidak tahu apa itu oden. Tapi bila mereka dah cuba sekali, mereka akan suka, kata Khairrul mengakhiri bicara.


Ramai tu yang beratur.

INFO KEDAI

Nama gerai: Odeng Topoi
Pemilik: Nor Tiara Aftikha dan Khairrul Azhar
Lokasi: PJCC Taman Medan
Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam
Menu: Pelbagai jenis bebola ikan, ayam dan kuah asam pedas tomyam

Published by
Maryam Elyas