Puding Di Raja ni memang cukup istimewa sekali dan antara menu istimewa Istana Pahang. Ia menjadi salah satu menu manisan pencuci mulut yang dihidang semasa majlis santapan sempena Hari Pertabalan Agong yang lalu.
Bahan asasnya adalah pisang lemak manis, kacang gajus, susu cair dan yang paling penting adalah jala emas yang dihidangkan bersama sos yang dibuat dari susu, telur , esen vanilla dan bahan lain.
**sedikit mentega untuk mengoreng pisang tersebut.
Ads
CARA MEMASAK : Cara menjala :
1. Masukkan air bersama air gula dalam kuali dan tunggu sehingga gelegak
2. Sebatikan kuning telur tadi dan tapis untuk mengelakkan ia daripada susah keluar waktu menjala.
3. Masukkan dalam botol muncung tiga (botol roti jala) atau kelongsongkan daun pisang dan buat lubang yang kecil pada hujungnya (cara zaman dulu).
Teknik menjala:.
1. Untuk menjala pastikan jangan diangkat botol tersebut untuk mengelakkan daripada putus (tak cantik ler) dengan cara picit secara membulat ikut bentuk kuali.
2. Tunggu dalam 2 minit sedia diangkat dan toskan ia.
3. Goreng pisang menggunakan mentega (jangan dipotong pisang tersebut).
4. Air gula jangan dibuang terus masukkan pisang yang digoreng tadi.
Bahan untuk kuah :
Ads
3 biji kuning telur.
1 tin susu cair.
1/2 tin air (guna tin susu tadi).
1 sudu kecil esen vanila.
11/2 senduk gula.
1 helai daun pandan.
Cara buat kuah :
1.Masukkan susu cair,kuning telur,gula,esen vanila dan air ke dalam bekas.
2. Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali.
3. Kukus bahan tadi didalam periuk yang berisi air panas menggelegak atau nak masakkan terus boleh tapi jangan biar sampai berketul.
4. Kacau sehingga kuah puding menjadi pekat.
5. Tutup api dan sejukkan,(masukkan dalam peti ais).
CARA HIDANG :
1. Bila nak makan,letakkan pisang yang digoreng ke dalam mangkuk puding.
2. Hiaskan ceri hijau dan merah dan juga kacang gajus atasnya.
3. Tuang kuah yang sejuk atasnya.
Selamat Mencuba , Cuti Kemerdekaan ni boleh cuba buat Kredit : Resepi Sarapan Pagi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cucur manis jagung, menu yang ringkas dan sesuai untuk minum petang. Rahsia nak buat cucur manis jagung yang lembut adalah dengan menggunakan air panas. Anda tentu berpuas hati dengan hasilnya. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita buat cucur manis jagung menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Julia ALeen Aireish.
Mak-mak pening kepala, anak tak reti jemu dengan menu ayam, sampai tak ada idea nak masak apa dengan ayam. Jangan risau, RASA kongsikan lagi lima menu ayam yang gerenti jilat jari makan. Semuanya sedap dan mudah je nak masak, pilih je mana satu yang berkenan di hati, atau masukkan semua dalam senarai menu harian anda semua.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji bawang besar | hiris
5 batang serai | titik
3 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
4 batang serai | titik kasar
1 biji bawang besar | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
6 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
500ml santan pekat
Daun pegaga secukupnya
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm halia muda
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
Kalau makan nasi, memang sedap kalau ada sambal belacan. Automatik terus mengundang selera. Adakala, cukup nasi dengan ikan goreng dan sambal belacan pun dah cukup menyelerakan.
Nak tahu cara buat sambal belacan yang sedap? Ikuti perkongsian resipi oleh Farra Eira ini. Gerenti menambah-nambah nasinya. Jom buat stok banyak-banyak. Senang kalau nak makan nanti, ambil sahaja daripada peti sejuk.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!