Seronoknya dah jumpa resipi buat Tosei yang mudah faham dan gerenti jadi ni! Ternampak posting yang dikongsikan oleh Nur Masri di Facebook cara membuat Tosei sendiri di rumah. Alhamdulillah lepasni kalau admin teringin nak makan Tosei, admin dah boleh buat di rumah je. Hanya menggunakan 5 bahan sahaja dah menjadi Tosei. Apa tunggu lagi? Jomlah cuba resipi Tosei ni.
TOSEI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kacang ulunthu – BELI DI SINI
2 cawan beras
1 sudu kecil halba – BELI DI SINI
1 sudu kecil garam.
1 cawan nasi sejuk
Cantiknya Habib Desert 9K Rose Gold Pendant ni! Kalau dapat belikan untuk seseorang yang kita sayang confirm mereka suka! Dapatkan harga istimewa dengan menggunakan code RASGSP5 DISINI!!!
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam atau semalaman.
2. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman
(Jika nak buat petang rendam malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi , petang rendam, malam mula mengisar.
3. Toskan ulunthu dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair. Kisar sehingga betul-betul halus, kemudian masukkan garam.
4. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan didalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari.
Jika guna food processor boleh je kisar semua bahan sekali, jika guna blender boleh kisar ulunthu berasingan dengan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu.
5. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam.
6. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali , ceduk penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagian atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dengan cepat 1-2 minit, jika suka garing boleh lebihkan masa.
7. Keluarkan tosei anda dan lipat.
8. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, Kari, dan chutney kelapa.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa: