Ohh Ini Caranya Kurangkan Masak Buah, Mudah Sungguh Uols.

Share

Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.

Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah. Anda hanya perlu taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan banyak lagi. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.

Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah, ia membantu buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel dan belimbing. Oleh itu, selepas potong buah-buah ini kemudian rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan.  Selain itu,  segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.

Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…

 

Published by
Norasida Myasin