
Comel sungguh tengok apam polkadot versi kartun ni. Anak-anak mesti suka tengok dan makan apam comel macam ni.
Jom sama-sama belajar cara buat apam polkadot versi kartun comel. Cara penyediaannya sama dengan apam polkadot.
Dengan resipi yang dikongsi Nor Laili Abu Bakar ini, mudah je nak buatnya.
APAM POLKADOT VERSI KARTUN

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam (saiz A)
1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu besar overlatte – beli online di sini
3 sudu teh baking powder – beli online di sini
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula – beli online di sini
1 cawan santan kotak/ susu segar atau susu cair – beli online di sini
Paper cup
Pewarna ikut corak yang kita nak buat
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi

CARA-CARA:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
2. Masukkan baking powder, overlatte, esen vanilla dan santan. Pukul biar sekata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Bahagikan adunan ikut corak yang kita akan buat (mengikut anggaran).
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan lukis mengikut corak yang diingini (boleh tonton video DI SINI)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Panaskan periuk kukus. Balut penutup periuk kukus dengan kain atau aluminium foil. Kukus 10 minit.

Kredit resipi: Nor Laili Abu Bakar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kena Kacau Lama-Lama, Baru Cantik Berkilat Khanom Pheak Phun
Sangat Sedap & Cair Di Mulut, Comel Buat Tart Nenas Ala Frozen
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suka Makan Puding?Ini Dia Aneka Puding Yang Pasti Buat Korang Terliur..Mudah & Sedap!

Hidangan anda pasti menjadi lebih lengkap dengan adanya pemanis pulut yang menyegarkan ini. Aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. RASA kongsikan 15 jenis puding yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada keluarga atau para tetamu yang datang.
PANNA COTTA BUAH MARKISA DENGAN PURI MANGGA

BAHAN-BAHAN:
- 600ml krim putar
- 375ml susu segar
- 185ml isi buah markisa (jika tidak mahu biji, boleh ditapis)
- 115gm gula kastor
- 1 sudu makan air panas mendidih
- 3 sudu teh serbuk gelatin
- 2 biji mangga bersaiz sederhana
- 1 sudu teh perahan limau nipis
- 3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Satukan krim putar, susu segar, isi buah markisa dan gula kastor di dalam periuk, masak di atas api sederhana selama 15 minit sambil selalu dikacau (elakkan daripada mendidih). Setelah adunan panas, matikan api dan ketepikan.
- Masukkan air panas ke dalam gelas dan campurkan serbuk gelatin. Kacau menggunakan garpu hingga gelatin larut.
- Masukkan air gelatin ke dalam adunan susu tadi dan kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian. Simpan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 6 jam untuk panna cotta mengeras.
- Untuk puri mangga, masukkan isi mangga ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga menjadi puri.
- Masak puri bersama perahan limau nipis dan 3 sudu makan gula hingga gula larut. Ketepikan.
- Apabila panna cotta sudah keras, paipkan puri mangga di atasnya dan sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Anda boleh menggunakan apa-apa isi buah dan puri untuk menggantikan markisa dan mangga.
PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN

BAHAN A (PUDING):
- 1 1/2 cawan susu segar
- ½ cawan air kelapa
- 5 sudu makan isi buah kundang
- 5 sudu makan isi buah oren
- 100gm chia seed
- 1 sudu makan madu
- 5 sudu makan gula
BAHAN B (TOPPING):
- 50gm isi buah kundang | potong kasar
- 50gm isi buah oren | potong kasar
- 3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
- Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
- Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
- Untuk menghidang, letakkan topping di atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.
INFO CHEF: Untuk yang sedang berdiet, boleh tukarkan susu segar kepada susu rendah lemak dan gula kepada madu.
PUDING AISKRIM OREO

BAHAN-BAHAN:
- 8gm serbuk agar-agar
- 100gm gula
- 500gm air
- 250gm krim putar
- 200gm susu segar
- 4 sudu makan aiskrim vanila
- 200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK :
- Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
- Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
- Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Untuk hidangan yang lebih menarik, pukul krim putar bukan tenusu sehingga kental, paipkan ke atas puding dan hiaskan dengan biskut Oreo sebagai hiasan.
PUDING TEH HIJAU

BAHAN-BAHAN:
- 10gm serbuk gelatin
- 2 sudu makan air sejuk
- 300gm susu segar
- 50gm gula
- 1 ½ sudu makan serbuk teh hijau
CARA MEMASAK :
- Taburkan serbuk gelatin ke dalam air sejuk. Biarkan selama 10 minit sehingga kembang. Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro teknik ‘double-boil’ sehingga gelatin mencair. Sejukkan seketika tetapi jangan sampai memekat.
- Panaskan susu segar dan gula. Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan.
- Masukkan larutan gelatin ke dalam sebatian teh hijau. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Hidangkan sejuk di dalam bekas puding.
- Sedia dinikmati.
INFO CHEF : Hidangan mesti disajikan sejuk-sejuk kerana gelatin akan cair semula pada suhu bilik. Boleh gantikan dengan serbuk agar-agar untuk puding yang lebih stabil.
PUDING SUMI KASTARD

BAHAN-BAHAN:
- *10gm serbuk agar-agar
- *200gm gula pasir
- *1000gm air
- *4 sudu makan tepung kastard
- *400gm susu cair (1 tin)
- 1 bungkus sumi atau secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KASTARD:
- 400ml susu cair
- 200ml air
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Susun sumi di dalam bekas dan bekukan sebentar (15-20 minit) di dalam peti sejuk dingin beku.
- Satukan semua bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas api sehingga agar-agar larut.
- Angkat periuk dan biarkan adunan sedikit suam (tidak terlalu panas). Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan jika suka. Tuang adunan kastard ke dalam bekas yang berisi sumi beku. Sejukkan semula sehingga kastard mengeras.
- Untuk membuat sos kastard untuk dituang di bahagian atas; satukan kesemua bahan untuk sos kastard dan masak di dalam periuk. Kacau dan masak hingga sos memekat. Angkat dan sejukkan.
- Untuk menghidang, keluarkan puding dan tuangkan sos kastard di atasnya hingga meleleh untuk lebih sedap dan lemak.
- Hiaskan dengan strawberi segar untuk warna yang lebih menarik.
INFO CHEF : Tujuan sumi dibekukan adalah untuk mengelakkan sumi mencair apabila kastard panas dituang.
PUDING PISANG COKLAT

BAHAN-BAHAN (UNTUK MEMBUAT LAPISAN PUDING COKLAT):
- 500gm susu segar
- 80gm gula halus
- 25gm mentega
- 120gm coklat hitam | dipotong kecil
- 25gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit susu
UNTUK MEMBUAT LAPISAN KASTARD PISANG:
- 5 biji pisang emas | kupas dan potong kecil
- 200gm gula
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 500gm susu segar
- 4 biji kuning telur
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu teh esen perasa pisang
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
- Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
- Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
- Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
- Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
- Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.
INFO CHEF : Puding ini merupakan puding lembut dan seeloknya dihidangkan di dalam bekas puding yang sesuai. Bukan jenis agar-agar yang boleh dipotong.
PUDING COKLAT HERSHEY’S

BAHAN-BAHAN:
- 50gm gula
- 400ml susu penuh krim
- 30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
- 1 sudu makan serbuk agar-agar
- 1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
- ½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN:
- Sedikit krim putar
- Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
- Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
- Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
- Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
- Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
- Sedia dinikmati ketika sejuk.
Info chef: Hiaskan dengan kepingan coklat dan sedikit parutan coklat untuk lebih menarik.
PUDING PADDLE POP

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan susu tepung
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu teh serbuk agar-agar
- 1000ml air
- ½ cawan gula halus
- Pewarna dan perisa makanan /esen makanan
- (Strawberry paste/emulco, Pandan paste, mangga)
CARA MEMASAK:
- Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air ke dalam periuk dan kacau rata.
- Pastikan ia dimasak sehingga mendidih.
- Bahagikan kepada beberapa warna dan letakkan perisa. Sebagai contoh pewarna kuning untuk mangga, pink dengan strawberi, hijau dengan pandan atau epal.
- Tuang satu adunan satu perisa/warna ke dalam botol dan sejukkan.
- Jika ingin pelbagai lapisan warna dalam satu botol; tuangkan satu lapisan warna contohnya kuning dan sejukkan. Bila lapisan tersebut mengeras tuangkan pula lapisan yang lain dan ulang proses tersebut sehingga habis.
Info chef: Anda boleh membuat lapisan pelbagai warna dalam satu botol atau satu warna sahaja untuk setiap botol. Terpulang pada cita rasa anda.
PUDING BLUEBERI

BAHAN-BAHAN:
- 5gm serbuk agar-agar
- 2 ½ cawan air
- 4 sudu makan gula
- 200ml susu cair/ susu segar
- 300gm buah blueberi
UNTUK HIASAN:
- Sedikit krim putar
- Sedikit buah blueberi
- Sedikit daun pudina
CARA MEMASAK:
- Kisarkan buah blueberi bersama susu dan tapiskan.
- Satukan gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk berisi air sehingga mendidih.
- Masukkan susu cair dan buah blueberi yang telah dikisar dan ditapis.
- Kacau rata dan tuangkan ke dalam bekas kaca kecil. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
- Keluarkan dan hiaskan dengan sedikit krim putar, buah blueberi dan daun pudina untuk lebih menarik.
- sedia dinikmati.
Info chef: Sedap dimakan ketika sejuk.
PUDING FRUITS DELIGHT

BAHAN-BAHAN A:
- 15gm serbuk agar-agar
- 600ml air
- 150gm gula
- 2 biji putih telur
BAHAN B:
- 10gm serbuk agar-agar
- 600ml air
- 120gm gula
UNTUK HIASAN:
- Sedikit buah strawberi dipotong nipis
- Sedikit buah blueberi, pic atau buah-buahan lain
CARA MEMASAK:
- Atur hirisan buah strawberi di sekeliling bekas atau acuan plastik bersegi. Ketepikan.
- Masak bahan A sehingga mendidih kecuali putih telur. Ketepikan seketika dan biarkan suam.
- Putar putih telur sehingga kembang. Masukkan adunan agar-agar tadi sedikit demi sedikit sambil diputar dengan kelajuan sederhana.
- Tuang agar-agar putih telur ke dalam bekas atau acuan sehingga paras hirisan strawberi. Biarkan beku.
- Susun buah-buahan yang anda sukai di atas permukaan lapisan yang telah beku tadi.
- Masak bahan B hingga mendidih, biarkan suam dan tuang ke atas buah-buahan sehingga penuh.
- Sejukkan terlebih dahulu dan enak dinikmati ketika sejuk.
Selamat mencuba!
Resipi Ayam Pandan Ekspress, Guna Satu Pes Ni Je Dah Siap

Bagi penggemar sajian Ayam Pandan, pasti mengetahui keenakan hidangan ini. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Tapi resipi perkongsian saudari Elaine Tan ni lagi mudah! Hanya guna Pes Bihun Goreng je, anda boleh hasilkan menu istimewa ini untuk keluarga tanpe perlu kisar rempah lain. Wow… Sesuai sangatlah masak ni bila kesuntukan masa. Jom cuba!
RESIPI AYAM PANDAN AIR FRYER, GUNA OVEN PUN BOLEH

BAHAN-BAHAN:
500gm dada ayam – dibersihkan
2 bungkus Perencah Bihun Goreng segera – beli online disini
2 sudu makan minyak masak
Daun pandan secukupnya
Toothpick/lidi sate
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kiub. Boleh dapat dalam 25 ketul asam.
2. Satukan ayam dengan Perencah Bihun Goreng dan juga minyak masak. Gaul sebati dan perap selama 3 jam.


3. Ambil daun pandan, bersihkan dan potong ikut saiz yang sesuai.
4. Ambil isi ayam dan gulung dengan daun pandan.
5. Cucuk dengan lidi supaya kemas dan daun pandan tidak terburai. Lakukan hingga habis isi ayam.

6. Susun Ayam Pandan dalam Air Fryer. Jika tiada, boleh guna ketuhar atau digoreng pun boleh.

7. Masak ayam selama 20 minit dengan suhu 180°C.
8. Selepas 10 minit, pusing ayam dan bakar lagi hingga habis masa supaya semua bahagian masak sempurna.
9. Ayam Pandan paling simple dan mudah sedia untuk dihidangkan.


Kredit resipi & foto: Elaine Tan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sambal Telur Puyuh Petai, Lauk Sedap & Menyelerakan

Sebagai peminat sambal, rasanya tak perlu ada lauk banyak-banyak pun dah boleh makan dengan berselera. Lagipun, kadang kita tak cukup masa nak masak banyak lauk. Mungkin nak cepat atau hari tu malas nak memasak. Jadi cukuplah satu lauk sahaja. Kalau macam tu situasi anda, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN

BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Selamat mencuba.

