Bersempena bulan kemerdekaan yang ke-67 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Rasa Suri sebagai penganjur utama bersama Puteri UMNO Bahagian Putrajaya & Wanita UMNO Bahagian Putrajaya mengadakan Program “Semarak Kemerdekaan” di Perkarangan Dewan Komuniti Fasa 18 R13, Presint 18, Putrajaya pada 17 Ogos 2024 yang lalu.
Program kemasyarakatan bertajuk “Jom Masak Dan Menang Bersama Rasa Suri“ ialah sebuah pertandingan memasak yang menggunakan kiub masakan Rasa Suri sebagai bahan utama dalam menu masakan pertandingan seiring dengan usaha untuk memperkenalkan masakan melayu tradisi kepada khalayak ramai.
Acara ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat mengenai produk Rasa Suri yang terkenal dengan slogan “Macam Mak-Mak Kita Masak” kerana keunikannya yang mudah digunakan, penyediaan yang sangat cepat dan sesuai untuk semua golongan umur. Tambahan pula, bahan kuib rasa suri yang digunakan adalah halal, produk tempatan dan tiada penggunaan MSG.
Selain pertandingan memasak, acara mewarna dan pertandingan busana traditional turut dipertandingkan bagi kategori kanak-kanak serta sukan rakyat seperti congkak dan batu seremban turut diadakan dengan kemeriahan kunjungan daripada pelbagai peringkat umur. Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh Mamee, Vida, Yobick, Fruit Plus dan juga rakan strategik daripada Puteri Umno Bahagian Putrajaya, Majlis Perwakilan Peduduk Putrajaya – Sub Zone 1 dan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan sepanjang program berlangsung antaranya ialah Kuih Corner, Kopiku, gerai baju, ais-krim pop dan juga booth jualan Rasa Suri.
Mengulas lanjut mengenai anjuran pertandingan “Jom Memasak dan Menang bersama Rasa Suri”, Surazi Jais
selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Rasa Suri berkata, “Dengan acara sebegini kita dapat melihat teknik masakan dan kreativiti dari 22 kumpulan yang bertanding untuk menawan hati juri sekaligus memperkenalkan makanan atau lauk warisan tradisi seperti Ayam masak gulai lemak cili api, Ayam Masak merah, Daging masak hitam, dan juga sambal tumis udang. Di samping memperkenalkan masakan tradisi Malaysia, program ini juga dapat mencungkil bakat terpendam para peserta. Acara seperti ini hendaklah diteruskan dan sasaran Rasa Suri adalah untuk menjelajahi satu Malaysia dengan memperkenalkan masakan tradisi menggunakan produk Rasa Suri.”Surazi Jais selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Rasa Suri (ketiga daripada kiri) dan YBhg Datin Seri Utama Datuk Anggraini Binti Sentiyaki selaku Penasihat Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan (berdiri di tengah)
Program ini juga disokong oleh YBhg Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki selaku penasihat, Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan serta majlis penutup dirasmikan oleh YB Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya selaku Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official