Omelet udang ini memang sedap. Ada juga panggil telur dadar udang. Korang mesti cuba buat, baru dapat rasa sendiri kesedapannya.
Selain isi udang ini, boleh juga kalau nak letak isi ayam. Sedap juga. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh En. Wan Luqman ini.
Udang (buang kulit)
3 sudu besar susu segar – boleh beli online di sini
Butter/ mentega – boleh beli online di sini
3 biji telur
Daun bawang (hiris)
Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini
** Kuantiti bahan sesedap rasa je ya.
Mula-mula, masukkan bahan perapan dalam satu bekas, masukkan udang. Gaul sebati, kalau dapat perap sekejap lebih baik.
Panaskan minyak. Goreng udang yang diperap tadi.
Sementara tunggu udang masak, dalam satu mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan susu segar. Kacau sekata.
Hiris daun bawang secukup rasa dan tambahkan ke dalam adunan telur tadi.
Angkat udang, kemudian cairkan sedikit butter dalam kuali.
Udang yang diangkat tadi terus dicampurkan ke dalam bancuhan telur.
Bila butter dah cair, tuang bancuhan telur tadi ke dalam kuali. Kat sini part paling penting. Masa tuang telur tadi, tolak-tolak sikit biar ada corak alunan di tengah telur.
Terpulang pada selera sendiri sama ada nak bagi telur tu masak sepenuhnya (well done) atau tidak. Tapi, kalau dibiarkan bahagian tengah sedikit lembek, ia akan lebih rasa creamy tau. Sedap.
Bila satu bahagian dah masak, bolehlah terbalikkan. Siap. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Tak perlu lauk lain lagi dah.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official